ORANG Melayu ialah penduduk majoriti di Seksyen 5, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor. |
Sebenarnya bantahan itu berasas sekali dan alasan pembinaannya bukan sahaja sangat tidak masuk akal, ia jelas memperlihat sifat ‘bangsat’ etnik Cina.
Pembinaan SJKC baharu itu akan pertama-tamanya merosakkan struktur sosial etnik Melayu yang merupakan penduduk dominan di Seksyen 5.
Sehubungan ini, struktur sosial itu yang terdiri pelbagai institusi sosial Melayu dalam bentuk budaya dan warisan mereka, akan terkesan dengan kewujudan institusi sosial bukan Melayu di dalamnya.
Dengan adanya SJKC baharu itu, ia akan menyebabkan budaya dan warisan Melayu di situ menjadi tidak setimbal (seimbang) yang akan akhirnya membawa kepada keadaan tidak utuh.
Keadaan tidak setimbal akan terjadinya kerana ketidakcocokan kehadiran institusi sosial bukan Melayu yang terserlah pula sifatnya dalam kawasan budaya Melayu.
Manakala keadaan tidak utuh bakal berlaku kerana perubahan yang mendadak, iaitu hadirnya institusi sosial bukan Melayu kerana ia bukan norma sebelum ini, adalah sesuatu yang sangat asing dan besar kejutannya kepada etnik Melayu.
Ini semua tidak patut dipandang ringan. Oleh sebab itulah, etnik Melayu di situ membantah keras kerana musibah yang bakal berlaku kepada mereka, khususnya terhadap struktur sosial mereka. Hal sama pasti akan dibantah apabila institusi sosial bukan Cina dan yang signifikan pula mahu diadakan dalam kawasan budaya Cina.
SESAK
Dengan alasan bahawa enrolmen sekitar 20 peratus murid bukan Cina yang rata-ratanya Melayu, SJKC kini sudah berupa sekolah rakyat, yakni bukan lagi sekolah vernakular Cina semata-mata melainkan untuk semua etnik, malah diakui Sekolah Wawasan yang digagalkan etnik Cina sendiri.
Ini sama sekali tidak tepat kerana mereka tidak pernah mudah mahu menerima sebarang perkara bukan Cina untuk diadakan di SJKC, walaupun unsur pendidikan neutral untuk kebaikan murid Cina itu sendiri.
Ini dapat dilihat dengan jelas pada penolakan pendidikan tulisan Jawi biarpun dalam bentuk amat ringkas untuk tujuan pengenalan sahaja. Sehubungan ini, terdapat sebilangan SJKC melalui Persatuan Ibu Bapa Gurunya sengaja menolak pilihan ibu bapa yang mahu anak mereka mengikuti pendidikan ini.
Ini dan banyak lagi dilakukan dan sering pula secara pengakuan terbuka atas dalil ia akan mencairkan identiti SJKC. Dengan kenyataan ini yang cauvinis lagi rasis, SJKC bukan sekolah bagi semua etnik, melainkan sekolah vernakular Cina yang mahu wujud dalam keadaan setotok-totoknya, walaupun di wilayah yang hanya ditenggeknya.
Pembinaannya juga didalilkan sebagai tidak boleh dipindahkan lagi dan perlu wujud di situ kerana ia keputusan kerajaan terdahulu. Dalil ini bukan sahaja helah, ia mahu mengelirukan rakyat. Ini kerana beberapa keputusan kerajaan lepas diubah kerajaan semasa. Antaranya penjajaran semula Laluan Rel Pantai Timur sehingga tidak mengikuti pelan asalnya di negeri tertentu.
Dalil pembinaan SJKC baharu itu yang diyakini mampu menangani masalah kesesakan lalu lintas yang kini berlaku di tempat lain adalah amat tidak bertanggungjawab. Ini kerana beban yang ditanggung penduduk di kawasan sesak itu, mahu dipindahkan untuk digalas penduduk di kawasan lain yang tidak sesak.
Amat malang cara berhujah kepimpinan etnik Cina di situ yang langsung tidak memperlihat integriti, yang patut ada pada seorang yang dipilih rakyat untuk menjaga semua penduduk di seluruh Kinrara.
CEROBOH
Enrolmen murid bukan Cina yang ramai dan kian meningkat kini yang pada satu masa dahulu dicemuh etnik Cina, kini diakui mereka talian hayat untuk kewujudan SJKC sekarang dan pelestariannya pada masa mendatang.
Dengan ini, etnik Cina mahu memanfaatkan aspek kepopularan SJKC untuk membinanya sebanyak yang boleh dan di sebarang tempat pula, sehingga sanggup mencerobohi kawasan budaya etnik lain. Ini bukan sahaja sikap buruk yang menjijikkan, ia juga kerakusan yang memualkan.
Sesungguhnya fenomena sosial dan politik negara, khususnya di Semenanjung, yang terbina dari perkembangan sosiobudaya dan sosiopolitik yang amat berunsur etnik untuk sekian lama sehingga sudah bersifat konservatif sekali, adalah tidak mudah diubah strukturnya.
Ini kerana ia sudah menjadi sistem dan mantap pula. Justeru, untuk menjaga keharmonian, kita bukan sahaja perlu mengikutinya, ia juga kaedahnya dalam bernegara di Malaysia.
Dengan ini, menjadi keperluan mendesak agar SJKC baharu itu dipindahkan ke kawasan budaya Cina. Ini selari dengan citra yang mahu dibina untuk dikekalkan melalui identiti Cinanya yang tidak boleh sesekali dicairkan sebarang unsur bukan Cina.
Ia dapat dilihat pada ketidaksediaan SJKC menjadi Sekolah Wawasan yang menganjurkan kewujudan sekolah vernakular bersekali Sekolah Kebangsaan dalam satu kompleks sama, tetapi masih berupa entiti berasingan.
Ini ditolak, hanya etnik Cina yang mecurigainya sebagai satu perancangan licik untuk meleburkan jati diri Cina pada SJKC. Dalam pada ini, sungguh pelik sekali apabila SJKC kini bukan sahaja rela, tetapi mahu dipaksa dibina dalam kawasan Melayu dan yang amat dominan pula budaya kemelayuannya.
Oleh: Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong
No comments:
Post a Comment