Thursday, April 29, 2021

Jika Rakaman Palsu, Kenapa Tiada Kenyataan, Laporan Polis Dibuat?

‘Video rebus katak’, rakyat nak tahu rancangan 25 tahun Archbishop KL
Rakyat Malaysia perlu tahu apakah ‘perancangan 25 tahun’ yang sebenarnya didakwa dalam rakaman suara tular Ketua Biskop (Archbishop) Kuala Lumpur, Julien Leow, baru-baru ini.

Sebelum ini, tular video ucapan Julien mengenai agenda 25 tahunnya untuk ‘merebus umat Islam seperti merebus katak’, namun ada pihak termasuk orang Melayu tampil mempertahankan bahawa ianya adalah palsu.

Selain itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Katolik dalam satu kenyataan pula mendakwa, suntingan rakaman pada 2014 berkenaan adalah di luar konteks.

Bagaimanapun, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan bahawa rakaman terbabit adalah tulen dan ucapan itu benar diungkapkan oleh Archbishop Kuala Lumpur.

“Kalau mereka mengatakan rakaman itu diambil di luar konteks, maka apakah konteks sebenarnya? Puas saya memikirkan kemungkinan konteks dan sisi baik dari ucapan ‘rebus katak’ sedemikian.

“Kita mahu tahu juga apa perancangan 25 tahun yang sebenar dari ucapan yang kononnya mengikut konteks itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aminuddin turut mempersoalkan, apakah agenda Archbishop Kuala Lumpur itu sebenarnya tidak disenangi dalam kalangan ahli gereja sehingga ada yang merakam dan menyebarkan ucapan berkenaan.

“Yang merakam audio ucapan beliau ini dikatakan adalah ahli gereja dan pastinya penganut Katolik. Yang hadir ke gereja biasanya bukan calang-calang, pastinya penganut yang benar-benar tegar dan komited.

“Dan apakah yang dimaksudkan ‘berniat’ mengancam keamanan dan keharmonian antara penganut pelbagai agama oleh NGO tersebut sebenarnya merujuk kerja ‘orang dalam’?,” soalnya.

Beliau berkata, sekiranya penyebaran rakaman itu adalah kerja ‘orang dalam’, maka hasil konflik dalaman mereka saling memecahkan tembelang masing-masing.

“Sehinga kini, saya belum dengar Archibishop KL tampil dengan kenyataan rasmi dan membuat laporan polis dalam isu ini.

“Selepas sekian lama ianya tular, hanya NGO Katolik sahaja yang tampil,” katanya. - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment