Saturday, March 2, 2019

Malu apa bossku…

relaks bossku, jangan kecoh-kecoh
TAK semena-mena ada ustaz melatah dengan troll atau slogan malu apa bossku…haram katanya…terkejut saya…biasalah tu bossku…..relaks bossku…jangan sakit hati bossku…kita berada dalam dunia tanpa sempadan…

Tidak ada yang dengan perkataan boss. Selama ini perkataan boss selalu digunakan. Cuma ada yang tak perasan, sehinggalah dipopularkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan geng anak mudanya.

Apa khabar boss? Nak ke mana boss? Di Terengganu disebut sebagai boh….bereh boh. Justeru, ada apa dengan perkataan boss? Malah panggilan boss menjadikan kemesraan lebih terjalin.

Persoalannya, kenapa ada segelintir termasuk ustaz yang panas punggung? Sehingga sanggup berkata kata-kata “maluapabossku” haram disebut. Beliau dikaitkan dengan hadis Nabi, malu itu sebahagian daripada iman, iaitu kita kena merasa malu melakukan maksiat atau kemungkaran. Siapakah yang tidak merasa malu itu?

Sejak bila pula slogan “maluapabossku” digunakan bagi tujuan mesti malu apabila melakukan perkara tidak baik, seperti 1MDB? Macam mana jika ada orang malu melakukan perkara yang baik? Tidak pula dikupas. Kasihan ustaz macam ini bossku… Jangan begitu bossku. Jangan marah bossku. Relakslah bro.

Sedangkan semua maklum “malu apa bossku” hanya kata-kata yang tidak membawa apa-apa makna, apatah lagi tidak malu melakukan kemungkaran dan maksiat. Malu apa bossku, hanya kata-kata mainan alam sibar. Saya menjadi pelik… Haram kat mana bossku?

Nak kaitkan tidak malu dengan maksiat. Sejak bila malu apa bossku dikaitkan dengan tidak malu dengan maksiat atau apa jua penyelewengan seperti rasuah? Ia kata-kata orang muda. Panas ke bossku?

Macam-macam ayat boleh dibina dengan perkataan bossku. Mau apa bossku? Ada apa bossku? Apa khabar bossku? Mau kena ke mana bossku. Begitu juga dengan malu apa bossku? Sudahlah, ustaz-ustaz kita ni usahlah jadi naif.

Biarkanlah Najib dengan raja troll nya, tak usah dikacau. Diterima atau tidak, biar rakyat yang menilai. Rakyat zaman sekarang sudah cerdik. Hatta, atuk-atuk da, nenek-nenek yang rabun matanya sudah pantai guna telefon pintar. Mereka tahu menilai kaca dan permata.

Kata akar boss, dalam bahasa Inggeris merujuk kepada ketua. Penggunaan boss oleh orang Melayu, sudah kedengaran sejak dahulu, bukan baharu.

Semakan di Twitter mendapati perkataan slanga ‘bossku’ (kawanku) didakwa selalu digunakan oleh orang Sabah, terutama di daerah Tawau. Orang Sabah menggunakan perkataan bossku terutama bila berjual beli, bagi mewujudkan hubungan dan transaksi yang mesra.

Perkataan ‘boss’ bagi orang berniaga, terutama orang Sabah digunakan untuk merujuk seorang yang kita tak tahu atau tidak kenal. Sama juga perkataan apa khabar bro, nak ke mana bro, malu apa bro. Bro merujuk kepada brother atau saudara. Bukankah ia lebih mesra daa lebih dekat. Justeru apa isunya?

Sementara sebutan ‘malu apa bossku” mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib Razak. Pemuda tersebut kedengaran menyebut ‘bossku’ dan disambut oleh Najib dengan menyebut, ‘Malu apa bossku’.

Perang alam siber atau psywar (psychology warfare) seperti ini adalah suatu perkara yang biasa dalam dunia tanpa sempadan hari ini. Jika Najib boleh buat ‘troll’ yang sedemikian rupa, pemimpin yang lain lakukanlah perkara yang sama. Kemudian kita lihat, hantaran siapa yang paling popular.

Rakyat tidak mudah atau akan lupa dengan apa yang telah dan sedang berlaku. Tiada ada seorang yang mahu menghalalkan 1MDB. Semua mengakui ia satu kesilapan, termasuk Najib.

Yang sudah, sudahlah. Kita mahu melihat masa depan, membina masa depan. Rakyat hari ini marah, apabila mereka masih belum dapat melihat masa depan seperti yang dijanjikan.

Kerajaan yang dipimpin PH telah menjanjikan macam-macam dalam manifestonya. Justeru, berusahalah untuk tunaikan. Sampai bila mahu menyalahi Najib. Najib sudah pun mengakui. Akan dibicarakan pun. Biarlah mahkamah yang menghakimi sama ada Najib bersalah atau tidak. Cukup, cukup sudahlah kita menyalahinya.

Dalam banyak pertuduhan, tak mungkin Najib akan terlepas kesemuanya. Najib tahu dan sudah bersedia untuk menghadapinya. Jika tidak, mana mungkin Najib terlalu aktif. Lebih baik dia duduk diam sahaja.

Adakah kita akan berpesta gembira saudara seagama ditimpa musibah? Bagaimana mereka yang masih terlepas, disebabkan masih ada hakim yang tidak berpegang kepada neraca keadilan? 

Rakyat mahu lihat apa yang PH boleh tawarkan untuk masa kini dan masa akan datang. Harga barang masih tidak turun. Kehidupan semakin terhimpit dengan jatuhnya harga komoditi. Rakyat sudah bosan dengan sikap asyik berpolitik. Rakyat mahu perutnya diisi. Menteri asyik berswafoto sana sini dan dikelilingi dengan bodyguard dan trafik.

Turunlah berkain pelikat ke kampung-kampung dan Felda, Felcra dan sebagainya. Tidak usahlah berlagak hanya kerana berjawatan. Kata mahu mencontohi almarhum Umar Abdul Aziz dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Kehidupan almarhum sangat sederhana. Pengiring almarhum termasuk bodyguard tidaklah sangat ketika mereka memerintah.

Kedengaran cakap-cakap di luar sana, mahu jumpa menteri terlalu sukar. Sibuk sokmo sejak jadi menteri.

Bukan sahaja menteri yang sibuk, pegawai-pegawai dan orang keliling menteri turut menyibuk. Ada yang melaporkan RTM atau media kerajaan tidak memberikan liputan meluas terhadap menteri mereka. Sejak bila pula menteri ini gilakan publisiti?

Media lain kan ada, seperti TV3, TV Hijrah, dan media-media parti. Kenapa sasarannya kepada RTM? Ada apa-apa ker? Mahu balas dendam kepada RTM. Lagipun dari segi populariti, RTM tidaklah sehebat TV swasta yang lain. Ada agenda apa sebenarnya, bila hanya RTM yang dimangsakan? 

Lagipun, nak buat liputan macam mana, tidak banyak bahan yang dapat dipaparkan dan dilaporkan. Buat kerja nak bagi orang tengok atau buat kerja demi rakyat. Apa kisahnya bossku, orang laporkan ke tidak, janjikan khidmat kita dirasai rakyat hingga ke akar umbi. Ini tidak sibuk mencari publisiti, mau apa sebenarnya bossku.

Untuk menyiarkan secara langsung memerlukan kos yang tinggi. Justeru, jika tiada pulangan, apa perlu liputan dibuat? Malu apa bossku?

Ingatan saya, semakin kita ‘alergi’ dengan slogan “maluapabossku” semakin bahang kian terasa, terutama kepada mereka yang berada di Semenyih. - www.ismaweb.net

1 comment:

  1. bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^


    ReplyDelete