SEJAK DAP menang besar dalam pilihan raya dan menguasai kerajaan, suara menghina Allah, Rasulullah ﷺ, al-Quran dan ajaran-ajaran Islam semakin berleluasa di media-media sosial khususnya dari golongan yang berbangsa Cina.
Entah apa yang mendorong mereka berbuat demikian kita tidak pasti.
Mungkin faktor faham rasisme yang menganggap bangsa mereka lebih superior, mungkin faktor fahaman agama yang menganggap Malaysia sebagai tanah yang dijanjikan tuhan untuk mereka atau kemungkinan ada sebab-sebab lain.
Secara umum, kita boleh faham seolah-olah mereka merasakan kini mereka berkuasa, mereka lebih utama atas negara ini berbanding bangsa Melayu, lalu mereka mula menzahirkan kesombongan, menunjukkan rasa bosan dan rimas dengan agama Islam dan bangsa Melayu yang selama ini mereka benci dan pandang hina.
Justeru itu, mereka luahkan isi hati mereka dengan perbuatan yang menghina, mencaci, mencerca dan mengejek agama Islam dan orang Melayu.
Saya tidak pasti mereka ini telah membuat perhitungan yang waras, atau ada pihak yang menggalakkan mereka melakukan demikian, namun saya fikir mereka silap.
Sebenarnya orang Melayu belum kalah.
Orang Melayu tidak bertindak balas secara radikal kerana mereka adalah bangsa yang sopan, mereka bangsa yang rasional, berdisiplin, berperadaban, mengutamakan keharmonian dan masih percaya kepada undang-undang.
Kalau keadaan memerlukan mereka menyatakan ketegasan, mereka akan lakukan. Jangan anggap ketertiban dan kesopanan orang Melayu sebagai kelemahan. Saya percaya mereka akan mempertahankan maruah, agama dan tanah air mereka jika keadaan memerlukan.
Jadi tak payah lah over sangat nak tunjuk “action“. Masih ada ruang untuk mencari keharmonian.
Mereka harus sedar bahawa sikap sebegini jika tidak dibendung boleh mencetuskan ketidaktenteraman dalam masyarakat.
Kita juga hairan kenapa pemimpin masyarakat Cina tidak ambil tanggungjawab memberitahu anak buah mereka supaya menghentikan perbuatan provokatif seumpama itu sehingga mencetuskan ketengan dalam masyarakat.
Apa sebenarnya mereka hendak beritahu?
Oleh : Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman Amir
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
1.Mereka berani SEBAB diorang tengok Melayu sama Melayu bergaduh sesama sendiri...2.Mahathier, Anwar , Mujahat pun tak marah !
ReplyDeletebosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
ReplyDeletedaripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^