Ibarat seperti ‘melukut di tepi gantang’
KUALA LUMPUR - Situasi penggunaan bahasa Melayu yang semakin lemah dalam kalangan masyarakat ketika ini diibaratkan seperti ‘melukut di tepi gantang’ sehingga terdapat pihak beranggapan bahasa kebangsaan itu tidak setanding di peringkat antarabangsa.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, penggunaan bahasa kebangsaan tersebut dilihat semakin diketepikan kepentingannya apabila semakin banyak bahasa pinjaman menjadi pilihan dalam komunikasi hari ini.
“Bahasa Melayu itu bahasa kita, bahasa rakyat negara ini tetapi sayangnya, bahasa keramat itu masih tidak dihormati sepenuhnya oleh semua insan yang bergelar warganegara Malaysia.
“Saya bukan ingin menuding jari kepada mana-mana pihak, tapi orang Melayu sendiri dilihat tidak menyanjungi bahasa Melayu yang suatu ketika dahulunya pernah menjadi salah satu bahasa dunia. Keadaan itu amat menyedihkan,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan daripada peserta mengenai situasi penggunaan bahasa Melayu di Malaysia ketika menjadi panel Bicara Bahasa: Ungkaian Keindahan Bahasa dari Buku Nadir dan Manuskrip Melayu, di sini hari ini.
Terdahulu, program anjuran Perpustakaan Negara Malaysia itu dirasmikan oleh Ketua Pengarahnya, Nafisah Ahmad dan menampilkan seorang lagi panel iaitu Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Abdul Razak Ab. Karim.
Mengulas lanjut, Kok Seong memberitahu, ada sesetengah orang Melayu sendiri yang mempertikaikan bahasa tersebut tanpa memahami dan mengetahui sejarah sebenar asal usulnya.
“Adalah menjengkelkan apabila ada orang Melayu sendiri mempertikaikan bahasa percakapan hariannya. Apalah guna menjadi rakyat Malaysia jika bahasa Melayu tidak boleh dikuasai dengan baik sedangkan pekerja asing dari Bangladesh juga boleh berbahasa Melayu selepas enam bulan berada di negara ini,” ujarnya.
Sementara itu, Abdul Razak turut melontarkan pandangan sama apabila menyatakan bahasa Melayu semakin hilang taringnya apabila orang Melayu tidak berusaha memperkasakannya.
“Punca bahasa Melayu menjadi semakin lemah adalah disebabkan oleh orang Melayu tidak mahu memahami atau mengetahui sejarah lahirnya bahasa Melayu.
“Jangan sampai orang luar lebih hormat akan bahasa Melayu dan bersungguh-sungguh memelihara bahasa tersebut berbanding orang sendiri,” jelasnya. - utusan malaysia

No comments:
Post a Comment