KM dah tunjuk samseng? KPN akan tunjuk jantan?
Wah! Penuh warna warni di musim menyambut kemerdekaan Malaysia kali ini. Ada suka duka, ada geram dan gembira. Antara yang terbaru adalah kes Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang.
Jangan lupa asal pulau itu adalah dari wilayah Kedah dengan sejarah dipajak, penipuan dan dominasi 'Francis Light the Liar' dan kerana angkara British, akhirnya kini 'Pulau Mutiara' itu didominasi kaum Cina dan dipimpin oleh chauvinis DAP.
Ketika menonton video klip di media baru ini, saya terkejut, kecewa dan geram melihat aksi Ketua Menteri bernama Lim Guan Eng. Belum pernah saya dengar atau lihat seorang yang memegang kedudukan rasmi pemimpin negeri bertindak ala samseng membidas, melawan dan mencabar Ketua Polis Negara. Dulu DS Anwar bertembung dengan KPN Dato Rahim Nor ketika beliau tidak menyandang jawatan apa-apa lagi. Dalam kes berkaitan PPS ini, Guan Eng menunjukkan tindakan angkuh samseng, yang sangat tidak wajar serta contoh buruk lagi memalukan diri, parti DAP dan juga Pakatan Rakyat.
Tentu sekali sebagai KM beliau mesti tunjuk contoh baik kepada rakyat Pulau Pinang, dengan menghormati lunas undang-undang serta menyerahkan hal tersebut kepada timbang tara negara.
Saya lihat pemikiran DAP termasuk pemimpin utama mereka sangat bercelaru. Ada kala mereka kata mereka ini menyeru kepada ketelusan, beretika, menyuruh rakyat dan pemimpin mematuhi sistem dan undang-undang, menyeru keharmonian negara, menentang salah laku dan kegaganasan. Dalam masa yang sama mereka membuat tindakan yang menyanggah seruan mereka. Jadi, yang betul bagi mereka hanyalah apa-apa yang memberi untung kepada agenda DAP. Dia buat boleh, orang lain buat tak boleh! Macam perangai Yahudi.
Dalam kes PPS ini Guan Eng telah melakukan kesalahan yang besar dan serius. Dia mencalar imej dan kedudukan serta kehormatan jawatan Ketua Menteri. Beliau menzahir dalam dan luaran sifat bongkak ala samsengnya dengan mencabar KPN sebagai penguatkuasa keselamatan nombor 1 Ini juga bermakna Guan Eng mencabar pelaksanaan undang-undang dan pengecut untuk diadili.
Sangat serius! Aksi beliau menunjukkan akhlak buruk kepada rakyat dengan contoh melawan penguatkuasa undang-undang. Sikap tidak hormat undang-undang kerana merestui atau menaungi pertubuhan yang sudah amat besar dengan keahlian mencecah 9000 ahli itu. Suatu yang boleh mengancam keselamatan negara bila kumpulan tidak berdaftar seramai itu, yang juga boleh dianggap kumpulan haram tidak diawasi di negeri yang dipimpin oleh orang seperti Guan Eng.
Dia juga bertegas mahu mempertahankan habis-habisan dan melindungi PPS. Tindakan ini boleh juga ditafsir sebagai menghasut rakyat supaya berani dan jangan takut untuk mencabar pihak berkuasa agar jangan patuh kepada undang-undang.
Persoalan yang wajar ditanya, mengapa perlu kepada PPS? Mengapa enggan mendaftar pertubuhan yang membawa wajah dan susuk penguatkuasa yang dilaporkan sudah ada insiden memukul orang? Apa beza status persatuan itu dengan kongsi gelap yang tidak didaftarkan? Apa akan terjadi sekiranya setiap negeri dan daerah dibiarkan sesuka hati membentuk PPS sendiri tanpa perlu didaftarkan?
Kalau ada MB yang menjadi musuh politiknya berbuat sedemikian, agaknya apa tindakbalas Guan Eng, Kit Siang atau Karpal Singh sekiranya dia masih hidup?
Guan Eng tidak boleh dilepaskan tanpa sebarang tindakan. Adakah KPN cukup 'jantan' untuk bertindak tegas dan pantas terhadap KM itu tanpa rasa takut? Siasatan segera perlu dilakukan terhadapnya sama seperti rekod polis yang begitu pantas menyiasat dan mendakwa Presiden ISMA walaupun hanya kerana mendedahkan fakta sejarah kedatangan secara menceroboh kaum Cina ke Tanah Melayu semasa era British dahulu.
Sama-sama kita perhati seterusnya lagak KM itu dan sejauhmana pula keberanian KPN kita itu. Saya fikir rakyat yang rasional mengutuk unsur samseng Guan Eng selaku KM Pulau Pinang itu dan memuji keberanian dan sikap professional Tan Sri Khalid selaku KPN.
Saya tak sanggup mendengar kali ini pula orang menghina kehormatan jawatan KPN dengan gelaran 'kangkung'. Keberanian atau 'kejantanan' KPN serta keadilan sangat ditagih untuk mengurus kebiadapan terhadap undang-undang negara masa kini. Bahkan, tindakan melindungi dan mencegah sebarang perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara Islam seperti Malaysia adalah suatu yang syarie dan dituntut oleh Islam.
Sumber : http://www.ismaweb.net
No comments:
Post a Comment