Wednesday, December 1, 2010

Tarif Air Johor Naik: Kenapa Puak UMNO Tidak bising?

Berita ini agak lewat, tapi penulis nak post jugak untuk info bersama..

Ketika negeri Kedah mengumumkan kenaikkan tarif air sebulan yang lalu, punyalah heboh satu negara..media pro-Umno seperti biasa ditugaskan utk menghangatkan isu ini di ruang2 media..

Tidak cukup dgn itu, di'upah'nya beberapa penyokong Umno bawahan untuk berdemontrasi, para blogger jumud Umno pula berhempas siang dan malam merangka artikel utk dipublishkan di dalam blog2 mereka...

Hari ini (beberapa minggu yang lalu), apabila kerajaan negeri Johor mengumumkan kenaik tarif air di Johor, semua pemimpin Umno ini jadi bisu dan pekak..satu habuk pun tak komen, media perdana dimandulkan..rakyat khususnya pembaca Utusan Malaysia (contohnya) menjadi semakin sempit dan jahil maklumat...

Rasional kenaikan di Kedah..
Sedangkan negeri Kedah adalah antara negeri yang termurah tarif airnya, dan terakhir semakan harga dibuat adalah pada tahun 1993, iaitu hampir 17 tahun lamanya...

"Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA) Dato’ Adzmi Haji Din mengumumkan kenaikan tarif air di Kedah mulai 1 Oktober 2010. Secara puratanya kenaikan tarif air hanyalah RM0.10 bagi setiap meter padu air.

Kali terakhir tarif air di Kedah di semak ialah pada 1 Mac 1993. Mulai tarikh itu sehingga 30 September 2010, harga satu meter padu air ialah RM0.40. Ia adalah harga air yang kedua terendah di Malaysia selepas Pulau Pinang. Harga semeter padu air di Pulau Pinang hanya RM0.30, manakala perlis yang berada di tempat ke tiga terendah ialah RM0.48. Kedua-kedua negeri itu mendapat sumber air percuma dari sungai serta kawasan tadahannya yang berada di Kedah.

Semakan dan pelarasan yang diumumkan Kedah ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air - Negeri Kedah) 2010. Maknanya, Pusat sudah merestuinya. Pusat pasti merestuinya kerana ia memudahkan kerajaan negeri untuk membayar balik hutang pengurusan air kepada Pusat sebanyak RM50 juta setahun.

Kenaikan akan juga berlaku di negeri-negeri lain, termasuk negeri yang sealiran dengan Pusat. Cuma Kedah yang mula dahulu."

*Baca selanjutnya di SINI....

Perenggan terakhir di atas membuktikan kenyataan Ketua Pegawai SADA di atas adalah benar..negeri Johor akhirnya telah mengumumkan kenaikannya, dan penulis yakin selepas ini negeri2 lain akan menyusul...

Korang bayang la, Kedah naikkan tarif air dari RM0.53/m3 kepada 27%, tetapi Johor naikkan dari RM0.98/m3 kepada 60%...kenaikan mana yang lebih tinggi?..sudah la negeri Johor negeri yang tertinggi tarif airnya, dinaikkan lagi sehingga 60%..korang fikirlah sendiri...

Akhir kalam..ternyata pemimpin Umno termasuklah pencacai2 bawahannya adalah manusia yang hipokrit dan bermuka2..ini termasuklah barisan bloggernya...mohon disebarkan berita ini kpd seluruh rakyat...wallahua'lam..

Pelarasan tarif air Johor
JOHOR BAHRU - SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ Holdings), operator bekalan air di negeri ini semalam mengumumkan pelarasan tarif air berkuat kuasa 1 November ini bagi seluruh Johor sebagaimana yang diluluskan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, pelarasan itu tidak membebankan pengguna di negeri ini di mana kenaikan bil air kepada pengguna-pengguna majoriti adalah purata RM1.85 sebulan sahaja.

Bagaimanapun ia mempunyai elemen-elemen bagi menggalakkan penjimatan penggunaan air di kalangan pengguna sambil mengekang pembaziran air yang melampau.


“Pelarasan ini juga dapat memenuhi peningkatan kos operasi bekalan air yang meningkat serta untuk membina aset baru yang akan membantu SAJ Holdings untuk menyediakan bekalan air yang berterusan dan berkualiti kepada rakyat Johor.

“Di samping itu, selepas pelarasan ini dilaksanakan, pengguna berhemah yang menggunakan hanya 20,000 liter air sebulan akan mendapat penjimatan 25 sen sebulan daripada bil bulanan asal mereka, iaitu bayaran pada RM12.25 pada kadar tarif lama kepada RM12.00 pada kadar tarif baru ini untuk 20,000 liter.

Bagi pengguna yang menggunakan 25,000 liter air sebulan pula, peningkatan bil bulanan adalah amat minima iaitu sebanyak RM1.45 sahaja,” katanya.

Menurut Abdul Wahab lagi, dengan pelarasan ini juga sebagai program tanggungjawab korporatnya dalam memberi rebat-rebat percuma bagi golongan miskin tegar dan miskin.

Golongan miskin tegar katanya, akan menerima rebat percuma air sebanyak 20,000 liter sebulan manakala golongan miskin diberikan rebat percuma sebanyak 10,000 liter sebulan.

Golongan ini dikenal pasti melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA). Program ini juga adalah salah satu dari inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memberi bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar.

“Pelarasan ini sudah melalui beberapa forum perbincangan sebelum ianya diputuskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan seterusnya direstui pihak Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),” katanya.

Pelarasan tarif itu juga mewajarkan pulangan yang setimpal bagi memperbaiki perkhidmatan SAJ Holdings kepada pelanggan-pelanggannya serta untuk berdaya maju dalam jangka masa yang panjang ke arah kemampanan jangkapanjang dalam industri.

Ini bermakna instalasi bekalan air di negeri ini harus terus dibangunkan dan pembangunan itu berupaya menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berdaya maju untuk kesejahteraan orang ramai. - SH

sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

1 comment: