Friday, January 7, 2022

Surau Di N.Sembilan, Kedah, Perak, Terengganu Makin Kurang

PUTRAJAYA: Ketika bilangan masjid direkodkan bertambah awal tahun ini, lain pula dengan surau apabila empat negeri mencatatkan kemerosotan jumlah premis ibadah solat jemaah itu.

Demikian laporan statistik terkini diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang memaparkan perbandingan bilangan masjid dan surau bagi setiap negeri untuk awal 2022.

Berdasarkan perangkaan terbaharu agensi itu, Negeri Sembilan didapati telah pun merekodkan pengurangan bilangan surau kepada 1,073 buah berbanding 1,106 buah awal tahun lepas.

Secara mudah, ia memberi maksud sebanyak 33 buah surau di negeri tersebut sudah tiada lagi beroperasi, namun Jakim tidak pula menyatakan apakah punca isu defisit berkenaan.

Ini diikuti Kedah yang menyusut sebanyak enam surau kepada 2,082 buah, Perak pula kurang tiga surau lagi kepada 1,970 buah dan Terengganu defisit cuma satu surau kepada 1,848 buah.

Ironinya, lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan pula mencatatkan pertambahan jumlah surau baharu dengan Pahang sebagai paling banyak iaitu meningkat 20 buah kepada 1,747 buah.

Disusuli jirannya, Kelantan yang menokok sembilan buah kepada 1,077 buah, Wilayah Persekutuan Putrajaya lagi lima buah kepada 111 buah dan Sabah pula empat buah kepada 1,176 buah.

Dua negeri iaitu Melaka dan Perlis menambah dua buah surau baharu kepada masing-masing 813 buah dan 205 buah untuk awal tahun ini berbanding direkodkan Jakim pada awal tahun lalu.

Baki empat negeri lagi iaitu Johor dengan 2,042 buah, Pulau Pinang (554), Selangor (2,170) dan Sarawak (832) masih lagi kekal dengan bilangan surau yang sedia ada seperti tahun lepas.

Tidak ketinggalan kata agensi tersebut ialah dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan tetap adalah sama jumlah suraunya masing-masing sebanyak 513 buah dan 43 buah.

Secara keseluruhan, Jakim merekodkan 18,261 buah surau di seluruh negara iaitu menokok empat buah berbanding awal tahun lepas dengan Selangor kekal unggul sebagai paling tinggi.-UTUSAN ONLINE

1 comment:

  1. Reports against 9 for allegedly using fake titles

    The Council of Datuk Dato’ Malaysia says these individuals are among many Malaysians claiming to be bestowed with Datuk, Datuk Seri and Tan Sri titles.

    The Council of Datuk Dato’ Malaysia (MDDM) has lodged police reports against nine individuals for using fake Datuk, Datuk Seri and Tan Sri titles.

    The individuals named included personalities in the corporate, entertainment and business sectors, and members of NGOs, said MDDM secretary-general Samson Mamon.

    “We also came across a whole family using fake and unrecognised titles. Everyone in the family was a Datuk and we found none of them was legal,” he told reporters after lodging the reports at the Puchong Jaya police station.


    Samson said there are also cases of many individuals listing these honorifics in their Companies Commission of Malaysia and Registrar of Societies records to enhance their corporate status.

    “We also found that individuals had been using their fake titles when appearing on talk shows,” he said, adding that people who are approached by those with these fake awards often contacted the council for verification.

    He reminded Malaysians that buying or selling such titles is against Act 787, which covers offences related to awards.

    Samson said the council is not an enforcement body, but merely wants Malaysians to be aware that it is an offence for anyone to claim to have these titles without having received them.

    The public may check their authenticity at the official government portal at www.istiadat.gov.my.

    But DATUK YIP KUM FOOK is a fake title lawyer and he bought titles from some institutes from UK because he wants to play politics in Malaysia...Anwar's government needs to do a study as soon as possible, now many people know about it..he is still open to the law -official law and cheating people

    K.L. Koong, Kuala Lumpur

    ReplyDelete