Tuesday, January 11, 2022

Amalan Rasuah Kini Sudah Menjadi ‘Budaya’ Di Malaysia

BANGI – Amalan rasuah yang berakar umbi sejak sekian lama kini sudah sebati menjadi ‘budaya’ dalam kalangan individu berkepentingan di negara ini.

Amalan tersebut sekiranya tidak ditangani secara telus dan terbuka, akan terus menjadi ‘hidangan’ individu terbabit yang bakal menjahanamkan negara.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad menyifatkan, rasuah berlaku berpunca daripada ketamakan dan kurang integriti, selain lemah iman.

“Semua isu melibatkan rasuah berpunca dengan tiga sebab utama iaitu salah laku kuasa, gilakan kuasa dan dipergunakan menjadi mangsa kartel ekonomi hitam.

“Dalam kes rasuah-rasuah ini, boleh dikatakan hampir semua bukan kerana desakan hidup tetapi ini lebih kepada ketamakan kuasa.

“Persekitaran berkenaan sekiranya tidak dipandang serius bakal menjadikan negara musnah,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masa pihak berwajib memainkan peranan membanteras gejala tersebut sehingga ke akar umbi.

Selain itu, Hasan turut merayu, Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dan melihat isu ini sebagai ancaman serius serta perlu tindakan segera.

Katanya, rakyat kini sudah merasa tidak selamat apabila pihak yang dianggap boleh melindungi mereka juga tidak jujur. - ismaweb.net

1 comment:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
    Forwarded by Khoong, Cheras

    ReplyDelete