Saturday, January 1, 2022

‘Silap Pemimpin Dahulu Biarkan Sekolah Vernakular Wujud’

BANGI – Malangnya apabila sekolah vernakular – yang jelas menjadi punca tidak tercapainya perpaduan antara kaum masih wujud hingga sekarang.

Tidak dinafikan, kewujudan sekolah vernakular ini disebabkan salah percaturan daripada pemimpin lama yang tidak memperjuangkan bahasa kebangsaan.

Lebih malang, kerajaan pula dilihat seolah-olah membiarkan sistem pendidikan negara ‘hancur’ angkara desakan pihak-pihak berkepentingan lain, kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hassan Mad.

“Tidak mustahil bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan negara akan hilang identiti sekiranya tidak diperjuang bersungguh-sunguh.

“Sepatutnya dalam apa jua keadaan, bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa pengantara dan wajib digunakan termasuk di sekolah vernakular. Tiada bahasa lain yang boleh menggantikan kedudukannya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, yang memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Hormat dengan keputusan mahkamah, beliau bagaimanapun percaya kewujudan vernakular ini kesan daripada kesilapan pemimpin negara terdahulu yang terlalu mengamalkan pendekatan ‘pejam mata’ bagi kepentingan diri dan politik.

Mungkin ini juga kesan daripada salah percaturan daripada pemimpin lama yang tidak memperjuangkan nasib bahasa kebangsaan, katanya.

“Dahulu masa pemimpin buat salah tiada yang berani menegur dan hari ini generasi baharu yang menerima kesan daripada perbuatan tersebut,” katanya.

Beliau tidak menafikan ini juga kesan daripada kelemahan ahli politik yang terlalu bagi muka kepada pihak lain semata-mata mahu menjaga ‘hubungan’.

Semua itu dibuat semata-mata tidak mahu kehilangan kuasa dan hilang undi, katanya.

Semalam, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular tidak melanggar Perkara 5 (kebebasan diri), Perkara 8 (hak kesamarataan), Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan), Perkara 11 (kebebasan beragama) dan Perkara 12 (hak berkenaan pendidikan) Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Nazlan berkata, sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan berdasarkan latar belakang sejarah serta perundangan Perkara 152 (bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan).

Ketika ini terdapat lebih 1,800 buah sekolah jenis kebangsaan di seluruh negara merangkumi lebih 500,000 pelajar pelbagai bangsa. - ismaweb.net

1 comment:

  1. Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK

    MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
    Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
    Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don't touch of Muslim's religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
    Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
    If not, we'll teach U such things happen in the USA

    Our sincerely,
    PEOPLE GOMBAK

    ReplyDelete