Sunday, January 16, 2022

Majlis Daerah Batu Gajah: Tulisan Jawi Tak Wajib Tapi Digalakkan

Majlis Daerah Batu Gajah menjelaskan bahawa arahan terbaru untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan tanda bukanlah perintah wajib, tetapi dasar untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan tulisan Jawi di kawasan pentadbiran mereka.

Penjelasan itu hadir berikutan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP Kampar Thomas Su mengenai rasional pihak berkuasa untuk mengeluarkan arahan sedemikian.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Malaysiakini hari ini, majlis daerah itu berkata arahan itu dikeluarkan pada 31 Dis tahun lepas berikutan kelulusan semasa mesyuarat bulanan, dengan tujuan mempertingkatkan penggunaan tulisan Jawi pada papan iklan dan papan tanda di Batu Gajah, Perak .

"Objektif pelaksanaan polisi ini adalah sebagai mekanisma bagi memperkasakan tulisan Jawi dalam kawasan pentadbiran selain memelihara warisan tulisan Jawi yang pernah digunakan sebagai penulisan dalam lingua franca suatu masa dahulu.

"Pentadbiran ini tidak meletakkan penggunaan tulisan Jawi di papan iklan premis perniagaan sebagai syarat wajib pengeluaran lesen perniagaan sebaliknya menggalakkan dan mempromosi penggunaan tulisan Jawi dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah," katanya.

Sebelum ini, bahagian "tidak wajib" arahan itu hanya didedahkan oleh MCA dan DAP selepas notis dikeluarkan tahun lepas.

Berdasarkan notis yang dilihat oleh Malaysiakini, majlis daerah itu mengumumkan bahawa semua pemegang lesen perniagaan hendaklah memasukkan tulisan Jawi dalam papan tanda komersial mereka mulai 1 Jan dan seterusnya.

“Bermula 1 Januari 2022, semua urusan berkaitan permohonan baru dan pembaharuan Lesen Premis Perniagaan dan iklan di kawasan Majlis Daerah Batu Gajah dikehendaki mematuhi peraturan berkenaan penggunaan tulisan Jawi bagi keterangan aktiviti perniagaan pada visual papan iklan atau papan tanda premis perniagaan masing-masing,” kata notis itu.

Notis itu dikeluarkan oleh yang dipertua majlis daerah, yang menggesa semua pemegang lesen supaya bersedia dan mengikut arahan mengikut Seksyen 10(1)(a) undang-undang kecil pengiklanan MDBG 2013.

Awal hari ini, Su mempersoalkan keperluan majlis daerah mengeluarkan notis itu sekiranya arahan berkenaan penggunaan Jawi tidak diwajibkan.

Dia menggesa majlis daerah menarik balik pengumuman itu dan menghormati hak peniaga tempatan untuk membuat pilihan.

“Menteri Besar Perak (Saarani Mohamad) juga perlu menjelaskan sama ada majlis daerah dan bandaraya lain perlu mengikutinya,” kata Su dalam satu kenyataan pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Su menyifatkan ia boleh dianggap. sebagai arahan.

“Apabila notis sedemikian dihantar, kemungkinan ia akan dilaksanakan. Ia tidak sepatutnya dihantar sama sekali,” katanya.

Dia juga mendedahkan bahawa majlis daerah hanya memaklumkan kepadanya bahawa arahan itu sebenarnya "tidak wajib" melalui perbualan telefon apabila dihubungi oleh pasukannya.

Sementara itu, media sebelum ini melaporkan ahli majlis daerah MCA Batu Gajah Leong Chee Wai berkata arahan itu telah berubah daripada "wajib" kepada "digalakkan" selepas bantahan oleh MCA dan BN.

Menurut Sin Chew Daily pada 30 Dis, Leong berkata cadangan untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan tanda datang daripada parti dalam Perikatan Nasional, tetapi MCA menentang keras idea itu dalam mesyuarat berkenaan.

“Batu Gajah mempunyai lebih 80 peratus bukan Islam. Dasar ini tidak boleh diluluskan. Kami tidak menentang tulisan Jawi, tetapi kami berpandangan bahawa rakyat berhak memilih,” katanya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan Leong pada 27 Nov tahun lepas, beliau mendakwa cadangan itu datang daripada PAS.

“Walaupun cadangan itu belum dibawa ke mesyuarat majlis daerah, MCA Batu Gajah akan menolak sekeras-kerasnya sebarang dasar yang bertentangan dengan kebebasan beragama dan budaya di negara ini.

“(MCA) akan mempertahankan hak orang bukan Islam dan bersedia meletak jawatan sebagai protes,” katanya. - malaysiakini

1 comment:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
    Forwarded by Khoong, Cheras

    ReplyDelete