Friday, January 14, 2022

Mahkamah Arah Majikan Bayar RM190,000 Kepada Pekerja Kerana Bagi Tugas Yang Membosankan

Semua orang pasti pernah merasa bosan di tempat kerja. Anda akan masuk ke pejabat dan duduk di tempat yang sama sambil termenung. Kerja yang anda lakukan pula boleh diselesaikan dalam masa hanya satu jam. Masa-masa yang selebihnya, anda akan duduk membuang masa sambil menunggu waktu pulang.

Tahap bosan yang anda alami sebenarnya boleh menggangu fikiran anda dan boleh membawa kepada penyakit kemurungan. Selain itu, ia akan membuatkan anda merasa lesu dan cepat muram. Disebabkan itu, seorang lelaki di Perancis telah bertindak menyaman majikannya kerana membuatkan dia bosan.

Pada tahun 2020, Frederic Desnard, dari Paris, telah diberikan ganti rugi €40,000 (RM190,000) daripada jenama Interparfums, pembuat minyak wangi mewah di Perancis.

Beberapa tahun dahulu, Desnard telah diberhentikan kerja pada 2014 selepas bercuti sakit selama tujuh bulan disebabkan kemalangan. Peguamnya Montasser Charni mendakwa perasaan ‘bosan’ telah menyebabkan dia mengalami epilepsi semasa memandu, yang membawa kepada kemalangan dan menyebabkan dia koma selama beberapa hari, dan kemudian tidak dapat hadir untuk membuat kerja.

Sebelum mula ‘bosan’, Desnard adalah seorang pekerja yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai tugasan dan dikenali sebagai orang yang sentiasa memberi sepenuh tenaga untuk syarikatnya. Namun dia mula ‘diketepikan’ selepas syarikatnya gagal untuk membida satu kontrak utama sehingga Desnard menghabiskan banyak masa dengan hanya menjalankan tugas untuk presiden syarikatnya.

Selama empat tahun, dia akan melakukan sekitar ’20-40 minit kerja setiap hari’, dan tiada siapa yang ambil tahun jika dia tiba tepat atau lewat pada masanya. Dia menyifatkan budaya kerja yang dialami olehny seperti di neraka, lapor Unilad. “Saya tidak lagi mempunyai tenaga untuk buat apa-apa. Saya merasa bersalah dan malu untuk mendapat gaji secara percuma. Saya mempunyai tanggapan saya tidak wujud di syarikat itu,” katanya.

Victor Billlebault, peguam Desnard, memberitahu tribunal bahawa terdapat hubung kait di antara kerja dan ‘kemerosotan kesihatannya’, lapor Telegraph. Dalam pembelaan, peguam syarikat berhujah bahawa Desnard ‘tidak pernah berkata apa-apa tentang bosan dalam tempoh empat tahun,’ dan berkata ‘jika dia sebenarnya tidak ada apa-apa untuk dilakukan selama ini, mengapa dia tidak memberitahu?’

Desnard kemudiannya membuat aduan di tribunal perhubungan buruh, menuntut €360,000 sebagai pampasan dan ganti rugi. Walaupun syarikat itu berhujah Desnard tidak pernah mengadu sepanjang tempoh perkhidmatannya, mahkamah bersetuju bahawa ‘bosan’ telah membawa kepada ‘bentuk gangguan’, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan Paris. - thevocket.com

1 comment:

  1. Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak

    Lelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)

    Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang

    Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?

    Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
    Forwarded by Khoong, Cheras

    ReplyDelete