Wednesday, January 26, 2022

Kerajaan Tak Tegas Kawal Harga Barang?

HARGA barangan terutama barang kawalan atau barang dapur seperti daging, sayuran dan rempah ratus sering kali naik terutama menjelang musim perayaan. Disebabkan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memperkenalkan pelbagai kaedah seperti Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM), Harga Patut dan sebagainya untuk mengawal dan mengekang kenaikan harga selain mendenda peniaga yang mengambil kesempatan menjual pada harga terlalu tinggi di bawah Akta Pencatutan.

Kita dapati kaedah ini dapat mengawal hanya kenaikan harga pada waktu sementara seperti SHMKM yang akan tamat pada 4 Februari nanti. Selepas tarikh itu, rakyat diminta memahami serta menerima sebarang kenaikan harga dengan pelbagai alasan.

Tindakan tersebut tidak wajar ketika majoriti rakyat masih dihimpit kesengsaraan hidup akibat penularan pandemik Covid-19. Masih ramai yang hilang pekerjaan dan ditimpa dugaan apabila harta benda rosak akibat banjir besar baru-baru ini.

Sebaliknya kerajaan disaran melanjutkan lagi tempoh SHMKM atau memperkenalkan kaedah pengawalan harga yang menyeluruh dan seterusnya menstabilkan harga terutama barang dapur.

Terbuktilah kata-kata penjual sebelum ini tentang beberapa barang atau perkhidmatan akan naik pada tahun depan (tahun ini) seperti tayar, servis kenderaan dan barang basah.

Pada masa sama, kerajaan tidak boleh berdiam dalam situasi ini sebaliknya harus turun padang dan berjumpa peniaga untuk mendapatkan maklumat tentang kenaikan harga di pasaran. Jangan terima bulat-bulat alasan mereka yang menyerap kerugian semasa pandemik untuk menaikan harga. Ia tidak masuk akal sedangkan mereka naikkan harga hampir 50 peratus sementara barangan berkaitan kenderaan pula naik antara 100 hingga 200 peratus pada tahun ini.

Sedar atau tidak, tindakan peniaga itu memberi tekanan kepada pengguna. Jadi, lebih baik kerajaan memperkenalkan skim kawalan harga bersasar dan menyeluruh kepada semua barangan pengguna. Ini kerana kita tidak mahu terjadinya kenaikan barangan secara mega sekali gus menjejaskan pengguna terutama golongan B40 dan ke bawah.

Kerajaan perlu bertindak lebih tegas dan bijaksana dalam membantu rakyat menghadapi kenaikan harga mega ketika ini. Jadilah kerajaan yang baik dan tidak gagal dalam menjadi juara menentukan harga minimum.

Oleh: ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang

3 comments:

  1. We want to inform everyone about Datuk Yip Kum Fook internet, there are many complaints, comments and posts about him, we Chinese or MCA/Buddhists are shyer and cruel when we listen to people said (gossip) because we live in the Kepong area, we also live, in front of the Buddhist Temple in Taman Desa Jaya, Kepong...and Datuk Yip Kum Fook house near the Temple as well.

    Now MCA is robbing his son (Lawrence Yip) the Chairman of MCA Gombak, Datuk Yip Kum Fook appointed this, now many people know the reason for the way of governing like the father, deceiving people and telling lies, adding actions or boasting. , if he continues to serve, MCA will fall more in the future.

    On the other hand, about the Samnak Suriyo Buddhist Temple in Taman Desa Jaya, Kepong...because he cheated everyone in the Temple and removed the Buddhist monks from the temple...called the police to harass the monks...he will suffer for his whole life and his family will also fall apart one day…

    Please everyone be more careful and not be associated with this Datuk Yip Kum Fook because this man is like a crocodile, he has nothing to be ashamed of….

    Shared by Mr. Lee

    ReplyDelete
  2. We have a former committee member and founder of Samnak Sambodhi Buddhist temple, Taman Desa Jaya, Kepong. Then DATUK YIP KUM FOOK rejected us as a committee there and the founder Master rejected like us

    DATUK YIP KUM FOOK is the president of this Temple and his relatives have elected by him to be a committee, from the beginning until today, to finance this temple by the public, not his money and we are not satisfied with what he is doing.

    Many monks said they have to go and stay in a hotel overnight because DATUK YIP KUM FOOK and his team do not allow monks to stay in the Temple many more, this is what we need to inform the public know about this situation happening

    We live near the Temple and we know anything happened to the Temple, we know this DATUK YIP KUM FOOK is more jealous of the Monks because the monks is smarter than him, and many devotees respect and give more Funds to the monk but DATUK YIP KUM FOOK has nothing- what, this is so embarrassing

    We live near the Temple and we know what happened to the Temple, we know this DATUK YIP KUM FOOK is jealous of the monk because the monk is smarter than him, and many devotees respect and give more Funds to the monk but DATUK YIP KUM FOOK is nothing, this is very embarrassing for our Buddhist practice

    On the other hand, name is SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya, Kepong), and this man needs to be careful because he is a very dangerous human being, he is CID to DATUK YIP KUM FOOK.

    From, MR. LIM, Taman Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete
  3. Datuk Yip Kum Fook (peguam) di Kepong membuat agama Buddha di Malaysia malu kerana menghina sami Buddha atau ajaran Buddha, dia tidak tahu membuat kesilapan dalam agama Buddha dan peraturan yang salah dalam negara, kini ramai yang mentertawakan pada dia, dia akan membawa karma ini selama-lamanya dalam hidupnya

    Datuk yip kum fook dan Simon Low Kok Meng menggunakan polis dan samseng untuk mengganggu orang ramai dan sami Buddha di Taman desa jaya, Kepong....sekarang orang dan sami mengganggu kembali di internet, dan sesiapa sahaja boleh menyelidik internet tentang Datuk Yip Kum Fook

    Hari ini ramai yang bergosip dan berkongsi tentang Datuk Yip Kum Fook dan Simon Low Kok Meng kerana mereka mengeluarkan sami Buddha dari Samnak Sambodhi (Taman Desa Jaya, Kepong) mereka tidak akan senang tinggal di kawasan Kepong dan hari ini ramai orang tahu apa mereka melakukan di belakang

    Kami berharap semua orang berhati-hati dan menjauhi mereka, mereka akan menggunakan anda seperti binatang, mereka telah menggunakan anda kemudian mereka akan membuang anda

    Brother Lee, taman desa jaya, kepong

    ReplyDelete