Thursday, January 6, 2022

Selamatkan Tanah Rizab Melayu...

NGO-kerajaan mesti sepakat laksana strategi perkasa tanah rizab Melayu
BANGI – Semua pihak termasuk kerajaan perlu bersepakat melaksanakan strategi memartabat dan menjaga tanah rizab Melayu di seluruh pelosok negara.

Isu memartabatkan tanah rizab Melayu bukan sekadar membentuk pasukan dan menubuhkan jaringan semata-mata, sebaliknya strategi serta sinergi berkenaan perlu mantap dengan ilmu pengetahuan mengenai tanah, data dan maklumat lengkap.

Justeru, kesatuan semua pertubuhan yang mempunyai tujuan sama adalah satu kemestian, selain peranan kerajaan menyantuni dan menyambut seruan untuk memajukan tanah rizab Melayu dengan sikap terbuka.

Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA), Prof Ismail Omar berkata, isu tanah rizab Melayu menjadi perjuangan banyak NGO di negara ini, termasuklah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA).

“Dalam soal ini, perbincangan positif antara MPM dengan PERTAMA bersama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) tidak lama dahulu memberi pencerahan baik.

“Perbincangan harmoni itu, membuahkan banyak tindakan ampuh dengan strategi utuh untuk memperkasa tanah rizab Melayu di negara ini,” katanya dalam tulisan di Berita Harian, hari ini.

Prof Ismail berkata, hasil perbincangan itu, kerajaan mengisytiharkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030, mengambil kira usaha memperkasa tanah rizab Melayu dan tanah wakaf.

Katanya, antara perancangan itu termasuk cadangan menubuhkan Unit Data Tanah Rizab Melayu, badan amanah untuk membeli tanah terbiar bagi dimajukan, pembiayaan dan pendanaan untuk memajukan tanah rizab Melayu serta mengharmonikan perundangan berkaitan.

“Cadangan dikemukakan PERTAMA bagi memajukan tanah rizab Melayu adalah kerajaan melalui TERAJU di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan sokongan Majlis Tanah Negara menubuhkan Jawatankuasa Khas Tanah Rizab Melayu dianggotai wakil kerajaan negeri dan pakar tanah dalam dan luar negara.

“Seterusnya membentuk Pelan Induk Tanah Rizab Melayu yang mengambil kira semua isu berkaitan dan pelbagai cara penyelesaian terbaik,” katanya.

Beliau berkata, koordinasi itu memperkasa usaha ke arah memajukan tanah rizab dan pegangan Melayu di seluruh negara, kerana kesatuan fikiran memantapkan peranan, strategi serta tindakan diambil.

“Menurut pendekatan moden hari ini, pengurusan bukan lagi sekadar arahan semata-mata, sebaliknya koordinasi dan penyelarasan mengharmonikan.

“Apabila NGO bersatu untuk mencapai matlamat sama memelihara, memaju dan mengurus tanah rizab Melayu di seluruh negara, kerajaan juga menghulur tangan memberi bantuan diperlukan.

“Seterusnya, kejayaan berkenaan dapat diguna untuk memajukan tanah lain seperti tanah adat, wakaf dan tanah natif, sekali gus menjadikan cara serta gaya pembangunan tanah berkenaan boleh dijadikan contoh untuk memajukan tanah yang mempunyai halangan serupa pula di luar negara,” katanya. - ismaweb.net

1 comment:

  1. VENERABLE PHRA PIYADHAMMO (Penang Buddhist monk who retired from the Singapore Criminal Investigation Department (CID) and MCA member) said about the character of Datuk Yip Kum Fook and his polite (morality) sharing to the public, how bad is this datuk yip....

    Without suspecting the president of the Buddhist temple to be like an animal in the forest without knowledge of humans and without compassion or having a good heart as well, you are a Buddhist and a Buddhist leader of any Dhamma in the brain, this is a very wrong path in the knowledge of Buddhism, in in your brain there is only jealousy and desire, again very embarrassing for the Buddhist

    How much Dhamma is in Buddhist texts, you also don't know, now many people know about you doing bad things in Buddhism because many websites say about you ... MCA members are also suffering about what you are doing for the party....we are also members of MCA, we embarrass others

    MCA will be humbled because of you (Datuk Yip Kum Fook) and his assistance or spy SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya, Kepong), this needs to be careful when you talking near him, very dangerous Kepong people, more careful the better, before having something

    Furthermore, my father said, don't talk about Mr. Yip because he(my father) had a fight with Mr. Yip, if you talk bad about Mr. yip listen, Simon Low will contact Mr. Yip soon....this is very sad in Buddhist chests and Buddhist Temples from believers fund in Malaysia or abroad

    Our country is not safe and stable, if there are people like that and also our society becomes weak in many ways, DATUK YIP KUM FOOK will fall in the future

    Shared by MS PING….Kepong

    ReplyDelete