Tuesday, January 11, 2022

Orang Melayu Terlalu Sensitif?

SEBENARNYA kalau orang Melayu nak berjaya dan menjadi sebuah bangsa yang kuat, produktif dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa, perkara yang perlu diambil perhatian secara serius adalah sikap dan cara berfikir.

Perhatikan sebahagian negara hebat dan maju, bangsa-bangsa mereka mempunyai persamaan sikap dan cara berfikir yang lebih jauh ke hadapan, tegas dan jitu dalam segenap aspek.

Menurut pemerhatian saya, terdapat beberapa sikap orang Melayu lama yang dilihat tidak lagi relevan untuk diteruskan pada era serba moden ini. Ia mungkin dilihat remeh bagi sesetengah orang, namun impaknya terlalu besar terhadap generasi masa depan.

Sebahagian orang tua yang tertutup mindanya sering mengungkapkan ayat ‘aku makan garam lebih dahulu daripada kamu.’ Ucapan ini selalunya ditujukan kepada orang muda yang mempunyai pandangan dan pendapat berbeza. Mereka rasa geram dan sakit hati sekiranya ada anak muda yang boleh berbahas dan tidak bersetuju dengan pandangan mereka.

Ucapan negatif seperti ini perlu dilupuskan. Orang-orang berusia seharusnya sedar zaman mereka tidak sama dengan zaman sekarang, apatah lagi melibatkan perkembangan teknologi maklumat (IT) yang pesat.

Hargailah pandangan anak-anak muda. Kalau rasa tidak betul, tegur dengan baik atau sekiranya tidak mampu menepis hujah mereka, maka turunkanlah ego itu dan menerima pandangan dengan hati terbuka.

Pengalaman sendiri beberapa tahun lepas sewaktu mewakili sebuah negara, saya diamanahkan bertemu pengurusan sebuah syarikat Melayu bagi membincangkan kerjasama projek yang boleh dijalankan bersama.

Namun, apa yang berlaku sangat mengejutkan. Saya diherdik dengan teruk sekali oleh ketuanya hanya kerana beliau mempersoalkan kenapa orang muda dan Melayu seperti saya dihantar berbincang dengan mereka? Mereka nak berbincang dengan orang putih!

Tegur mesti berlapik. Ini satu lagi masalah. Entah mengapa orang Melayu punya adab dan kesopanan terlalu tinggi hingga kadang-kadang dilihat keterlaluan. Orang kita terlalu sensitif, baru kena perli sikit, sudah tersentap hati. Baru kritik sikit, terus tarik muka dan tidak mahu bertegur sapa. Tegur berlapik tidak sesuai untuk setiap situasi.

Kalau orang itu sudah buat salah, tegur sahajalah supaya dia jelas dengan kesalahannya itu. Orang kita selalunya tidak faham kalau ditegur dengan penuh kesopanan. Itu sebab kesalahan sama terus berulang.

Disebabkan sikap sensitif ini jugalah, kita selalu terasa hati dengan orang asing terutamanya dalam kalangan pak Arab dan mat salih memandangkan budaya mereka tegur secara berterus terang. Kalau nak jadi hebat, hati kenalah kental atau kata orang zaman sekarang, hati kering.

Kalau fakta itu salah, kata salah, tidak perlu disebabkan nak jaga hati orang sehingga membuatkan kita takut-takut nak tegur. Kalau yang ditegur itu boleh terima, maka dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi kalau dia menarik muka, bermakna pemikirannya tertutup dan sensitif.

PENGKHIANAT ISLAM
Selain itu, orang Melayu dilihat takut mendengar kritikan atau menerima naratif berbeza. Sebagai contoh, empayar-empayar Islam terdahulu dilihat baik belaka. Apa sahaja datang daripada mereka semuanya positif. Kalau ada yang mencuit salah silap empayar tersebut walau sedikit, sebahagian daripada kita pasti melenting dan mentohmah dengan pelbagai caci maki seperti ‘pengkhianat Islam’, ‘pemecah belah umat’ dan sebagainya. Bawalah fakta macam mana sekalipun, orang kita pasti tidak akan terima kerana bagi mereka, empayar-empayar Islam semuanya hebat suci murni tanpa apa-apa kesalahan.

Namun, berbeza pula dengan Arab Saudi. Apa sahaja mereka buat dilihat jelik belaka dan disifatkan sebagai konspirasi dan hipokrit. Segala kebaikan dan sumbangan mereka ke atas kita seolah-olah tidak bermakna. Antara tohmahan yang sering dituju ke atas mereka sudah tentu Wahabi (konsep) dan ejen Zionis.

Sikap ini sangat merisaukan kerana kita mengambil keputusan untuk menidakkan sesuatu yang berbeza terhadap apa yang kita sudah dengar dari kecil. Kalau dari kecil kita sudah dibiasakan yang Eropah itu jahat, maka sampai ke matilah kita akan pegang naratif sama. Kalau ada naratif bertentangan berkunjung sejenak, kita jadi seperti cacing kepanasan dan menentangnya habis-habisan.

Angan-angan mat jenin sangat sinonim dengan bangsa kita. Kita selalu terbuai dengan fantasi kononnya kita hebat. Dahulu ada seorang penceramah dengan mudahnya mendakwa kita ini pengikut Imam Mahdi di akhir zaman kelak. Diberinya contoh, bani Tamim. Katanya, ta bermaksud tanah dan mim membawa erti Melayu. Jadi, kesimpulannya bani Tamim itu adalah Tanah Melayu.

Kasihan saya tengok sebahagian penceramah kita. Mereka bermati-matian cuba mengangkat bangsa Melayu dengan pelbagai cerita dusta dan fakta sejarah yang tidak jelas. Itu semua dibuat kerana pada hakikatnya kita akur bahawa bangsa kita bukanlah hebat seperti bangsa lain. Jadi, untuk menyedapkan hati, kita pun ciptalah macam-macam cerita.

Kononnya nak jadi pengikut Imam Mahdi di akhir zaman nanti, tapi nak pertahankan Islam di negara sendiri yang sering dirobek maruahnya oleh kaum minoriti pun takut-takut. Itu belum lagi nak banteras kaum-kaum persis Sajat yang semakin berleluasa di tanah air kita. Daripada sibuk mempengaruhi orang-orang kita, lebih baik fikir kaedah dan strategi untuk memperkasakan anak bangsa kita dari segenap aspek.

Banyak lagi perkara yang bangsa kita perlu ubah kalau nak lebih maju dan berdiri seiring negara-negara kuasa besar dunia. Henti berangan-angan dan jadilah sebuah bangsa yang tegas dan berani mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Saya tahu, pasti sebahagian pembaca marah dengan penulisan bersifat sinis dan terlalu berterus terang ini. Namun, apa yang saya kongsikan ini adalah realiti yang kita perlu terima. Biar sakit hati tetapi faham dengan mesejnya akan tetapi janganlah bermusuhan pula dengan si penulisnya.

1 comment:

  1. Datuk Yip Kum Fook's case is very funny because he always uses police and gangsters to disturbed people in Taman Desa Jaya, Kepong KL, his brother-in-law SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya, Kepong) spied on him, anyone should be careful with this Simon Low, when talking somethings about Datuk Yip, he (Simon Low) will inform Datuk Yip Kum Fook

    SIMON LOW KOK MENG knows everything what Datuk Yip Kum Fook is planning...today many people know what Datuk Yip is doing because you do research on the internet, you will see what people post and comment because there are people who edit his photos to say somethings on him....this is embarrassing for MCA and Buddha

    These two men are very dirty minded and they make it so interesting in Buddhist teachings but they think further in Buddhist teachings but they will suffer in fraud....in Kepong if anything happens, please suspect these two men only

    Last time we were close to Simon Low but now we are far away from him because he is more proud of himself and we know he does not have children but he bought children in Sabah or Sarawak many years ago, this may be GOD punishing this family.

    Message shared by Mr Choy, Taman Ehsan, Kepong

    ReplyDelete