Tuesday, January 4, 2022

Ribuan Sekolah Kerajaan Masih Daif Terutama Di Kawasan Pedalaman

Vernakular bukan badan awam, alih peruntukannya kepada SK
BANGI – Tindakan kerajaan memberi peruntukan kepada sekolah vernakular – bukan pihak berkuasa awam – ibarat menganaktirikan institusi pendidikan milik Kementerian Pendidikan yang masih daif.

Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, sebagai badan swasta, sekolah tersebut seharusnya membiayai sendiri semua perbelanjaannya dan tidak menggunakan atau memohon peruntukan kerajaan.

“Banyak taikun yang kaya-raya boleh dan sedia membantu mereka pada bila-bila masa sahaja.

“Apatah lagi dasar dan sikap kebanyakan mereka tidak mahu meraikan bahasa rasmi negara sebagai bahasa penghantar. Lebih-lebih lagi apabila kurikulum yang tidak berkiblatkan negara ini seperti UEC misalnya,” katanya kepada Ismaweb.net.

Justeru, beliau menyarankan segala peruntukan untuk sekolah tersebut dialihkan sepenuhnya bagi memperkasakan sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah yang sedia mematuhi kurikulum, falsafah pendidikan dan bahasa kebangsaan.

Jelasnya, selain daripada agensi kerajaan dan badan awam, tentunya tidak menjadi kewajipan serta tanggungan pihak kerajaan untuk memberikan sebarang bantuan kewangan apatah lagi peruntukan khusus daripada belanjawan negara pada setiap tahun.

“Jika hal ini diambil kira maka apakah statusnya segala peruntukan tahunan berjumlah jutaan ringgit daripada belanjawan negara yang cukup banyak yang diberikan secara tetap setiap tahun kepada bukan badan awam selama ini seperti sekolah vernakular tersebut yang dikelaskan sebagai bukan badan awam?

“Tidakkah sebenarnya peruntukan yang besar itu sepatutnya disalurkan kepada ribuan sekolah kerajaan sendiri yang masih daif terutama di kawasan pedalaman semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak?” soalnya.

Kamal berpandangan bahawa tidak mustahil pihak kerajaan dan KPM terdedah kepada tindakan undang-undang susulan keputusan mahkamah baru-baru ini menyatakan sekolah vernakular bukan bersifat badan awam.

“Ini kerana menyalurkan bantuan yang begitu banyak setiap tahun atau secara berkala kepada institusi tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular tidak melanggar Perkara 5 (kebebasan diri), Perkara 8 (hak kesamarataan), Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan), Perkara 11 (kebebasan beragama) dan Perkara 12 (hak berkenaan pendidikan) Perlembagaan Persekutuan.

Malah, sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan berdasarkan latar belakang sejarah serta perundangan Perkara 152 (bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan). - ismaweb.net

3 comments:

  1. Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
    Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
    Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
    Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

    Kami Yang Benar,
    RAKYAT GOMBAK

    MCA Youth chief Gombak YIP JIUN HANN,
    Concerned father U (YIP KUM FOOK, Gombak MCA) three, four wives and rich, the case U itself,
    Yip Jiun Hann, U are not Muslims we please don't touch of Muslim's religion and the good thing Prophet MUHAMMAD S.A.W.
    Why U try generate name of PROPHET MUHAMMAD S.A.W. for bad name of benefits. U try to remember the shameful of Muslim?
    If not, we'll teach U such things happen in the USA

    Our sincerely,
    PEOPLE GOMBAK

    ReplyDelete
  2. Kes Datuk Yip Kum Fook(MCA Gombak) sangat melucukan kerana dia selalu menggunakan polis dan samseng untuk mengacau orang ramai di Taman Desa Jaya, Kepong KL, adik iparnya SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya, Kepong) merisiknya, sesiapa pun harus berhati-hati. dengan Simon Low ini, apabila bercakap sesuatu tentang Datuk Yip, dia (Simon Low) akan memaklumkan kepada Datuk Yip Kum Fook

    SIMON LOW KOK MENG tahu segala-galanya apa yang Datuk Yip Kum Fook rancang...hari ini ramai yang tahu apa yang Datuk Yip lakukan kerana anda membuat kajian di internet, anda akan melihat apa yang orang siarkan dan komen, kerana ada orang yang mengedit fotonya. katakan sesuatu padanya....ini memalukan MCA dan Buddha

    Kedua-dua lelaki ini sangat berfikiran kotor dan mereka menjadikannya begitu menarik dalam ajaran Buddha tetapi mereka berfikir lebih jauh dalam ajaran Buddha, tetapi mereka akan menderita dalam penipuan....di Kepong jika apa-apa berlaku, sila syak kedua lelaki ini sahaja

    Kali terakhir kami rapat dengan Simon Low tetapi sekarang kami jauh darinya kerana dia lebih bangga dengan dirinya dan kami tahu dia tidak mempunyai anak tetapi dia membeli anak lelaki di Sabah atau Sarawak bertahun-tahun yang lalu, ini mungkin ALLAH menghukum keluarga ini. .

    Mesej yang dikongsi oleh En Choy, Taman Ehsan, Kepong

    ReplyDelete
  3. Simon Low Kok Meng ialah Datuk Yip Kum Fook adik ipar dan CID kerana membawa maklumat berita kepada keluarga datuk Yip, kena berhati-hati dengan mereka, selalu mendatangkan masalah kepada orang kepong dan Taman Desa Jaya, Kepong, sekarang ramai yang tahu tentang apa yang mereka lakukan

    Semua perkara yang mereka lakukan seperti membakar Kuil Hindu (Taman Daya) dan mengeluarkan sami-sami Buddha dari Samnak Sambodhi atau kuil Buddha di Taman Desa jaya, kepong...juga MCA runtuh kerana mereka juga, mereka mendapat kuasa untuk mendapatkan wang dan untuk mereka berniaga

    Cina, India, Melayu dan lain-lain perlu berhati-hati yang tinggal di Kepong, kerana golongan ini boleh melakukan sesuatu kepada semua orang. Datuk Yip Kum Fook ialah seorang peguam (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) No 2A & 2B, Tingkat 2, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan... tetapi ada orang atau kawan-kawannya berkata, Datuk Yip Kum Fook bukan peguam sebenar, kerana Datuk Yip membeli sijil dari beberapa institut undang-undang di UK sahaja

    Kami berharap kini presiden Malaysia (Datuk Seri Anwar) akan menyemak Datuk Yip Kum Fook kerana banyak komen dan posting di internet, dan ramai orang mengesyaki melakukan projek haram dan kesilapan undang-undang di Malaysia

    Perkongsian dan siaran oleh Encik Chong dan keluarga, Kepong

    ReplyDelete