Wednesday, January 5, 2022

Jangan Terus Angkuh, Orang Melayu Masih Toleransi Sampai Sekarang

Sekolah Cina sejak dulu lagi memang bermasalah
BANGI – Keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kewujudan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan sepatutnya memberi keinsafan kepada golongan rakus Cina.

Tanpa menyebut mana-mana pihak, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, mereka perlu insaf daripada keputusan itu kerana buat kali ini memihak kepada mereka.

“Jadi mereka janganlah terus angkuh. Selama ini orang Melayu tidak kisah pun dengan sekolah Cina sebelum, selepas merdeka sampai sekarang.

“Ada toleransi selama 64 tahun. Tetapi akhir-akhir ini sebab tingkah laku orang Cina yang rakus menolak banyak sangat unsur Melayu secara agresif dan tiada adab khususnya dalam kes tulisan Jawi, jadi orang Melayu melenting,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Kok Seong berkata, seharusnya sekolah Cina di negara ini mesti ada unsur watan dan Melayu.

“Tidak bolehlah apa-apa (perkara) yang Melayu nak tolak. Itupun melanggar perjanjian Kontrak Sosial,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengakui bahawa sekolah Cina ‘bermasalah’ ketika penjajahan British sehingga selepas merdeka.

“Sebelum merdeka, penjajah Inggeris ‘sakit kepala’ dengan orang Cina dan sekolah Cina.

“Setelah merdeka sampai ke hari ini, orang Melayu ‘sakit kepala’ dengan sekolah Cina, jadi ia memang bermasalah.

“Semenjak (penjajahan) British sampai ke hari ini. Selama 64 tahun orang Melayu ‘sakit kepala’ pun masih ada toleransi,” katanya. - ismaweb.net

1 comment:

  1. VENERABLE PHRA PIYADHAMMO (Penang Buddhist monk who retired from the Singapore Criminal Investigation Department (CID) and MCA member) said about the character of Datuk Yip Kum Fook and his polite (morality) sharing to the public, how bad is this datuk yip....

    Without suspecting the president of the Buddhist temple to be like an animal in the forest without knowledge of humans and without compassion or having a good heart as well, you are a Buddhist and a Buddhist leader of any Dhamma in the brain, this is a very wrong path in the knowledge of Buddhism, in in your brain there is only jealousy and desire, again very embarrassing for the Buddhist

    How much Dhamma is in Buddhist texts, you also don't know, now many people know about you doing bad things in Buddhism because many websites say about you ... MCA members are also suffering about what you are doing for the party....we are also members of MCA, we embarrass others

    MCA will be humbled because of you (Datuk Yip Kum Fook) and his assistance or spy SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya, Kepong), this needs to be careful when you talking near him, very dangerous Kepong people, more careful the better, before having something

    Furthermore, my father said, don't talk about Mr. Yip because he(my father) had a fight with Mr. Yip, if you talk bad about Mr. yip listen, Simon Low will contact Mr. Yip soon....this is very sad in Buddhist chests and Buddhist Temples from believers fund in Malaysia or abroad

    Our country is not safe and stable, if there are people like that and also our society becomes weak in many ways, DATUK YIP KUM FOOK will fall in the future

    Shared by MS PING….Kepong

    ReplyDelete