Abdul Hamid Mohamad berkata, jika Umno dan gabungan itu gagal menangani perkara berkenaan, ia boleh menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah Johor.
Beliau berkata, perkataan seperti ‘rasuah’, ‘penyalahgunaan kuasa’ dan ‘integriti’ akan mempengaruhi pengundi muda.
Dilaporkan bahawa terdapat kira-kira 6% daripada 2.5 juta pengundi di Johor, terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun.
Hamid berkata, pembangkang akan menggunakan perkataan itu sebagai senjata untuk melawan Umno dan mudah mempengaruhi golongan muda.
“Umno tiada pilihan. Ia perlu hapuskan imej sebagai parti yang korup. Ia mesti ‘merehatkan’ pemimpin yang terlibat atau terbabit dengan rasuah. Najib dan Zahid mesti berundur,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, ketika Mohamad Hasan memangku jawatan presiden parti pada Dis 2018, BN menang tiga pilihan raya kecil berturut-turut iaitu Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau.
Mohamad mengambil alih tampuk pemerintahan selepas Zahid mengambil cuti bagi mengelak lebih ramai wakil rakyat Umno keluar parti ketika itu.
Hamid berkata, beliau berasa lega dan mengharapkan ia tanda Umno sudah mula pulih.
Bagaimanapun enam bulan kemudian, Zahid kembali menerajui, manakala Najib dibawa masuk sebagai penasihat BN pada 2019.
“Saya melihat ini sebagai petanda Umno tidak akan berubah. Dan apa yang berlaku sejak itu sehingga hari ini, menunjukkan Umno menuju ke arah itu.”
Jelas Hamid, Najib dan Zahid dilihat mahu menggunakan Umno untuk membebaskan mereka daripada pertuduhan di mahkamah manakala Ahli Majis Kerja Tertinggi (MKT) menuruti perancangan mereka.
Najib disabitkan dengan tujuh pertuduhan rasuah pada Julai 2020 dengan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta. Beliau sedang merayu kes itu.
Zahid baru-baru ini diarahkan membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. - freemalaysiatoday
We want to inform everyone about Datuk Yip Kum Fook (Lawyer, former Chairman of MCA Gombak), he paid money to someone to remove or delete websites from the internet, and our blogger and company website disappeared a few months ago. We suspect Datuk Yip Kum Fook and his team did it
ReplyDeleteAttention, lawyers, and his teams of scammers are removing or deleting bloggers on the internet
Kami ingin memaklumkan kepada semua orang tentang Datuk Yip Kum Fook (peguam, bekas Pengerusi MCA Gombak), beliau membayar wang kepada seseorang untuk membuang atau memadam laman web dari internet, dan laman web blogger dan syarikat kami hilang beberapa bulan lalu. Kami mengesyaki Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya melakukannya
Perhatian, peguam, dan pasukan penipunya sedang mengalih keluar atau memadamkan blogger di internet
Thanks / Terima kasih
Danny Chong, Kepong
Shared by LEE KOK MENG AGENCY · LEE LAY ENG · LEE LAY SEE · LEE LAY SEE · LEE MIAU TAN · LEE ... SIMON MOTOR TRADING CO · SIN BOON HOE ENTERPRISE · SIN CHUN YEANG MOTOR SDN .