SABAN kali pasti isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ini akan bergema. Tidak pernah habis. Tidak pernah ada penegasan secara tuntas. Setiap kali isu ini akan digunakan bahan ugutan kepada kerajaan.
Jika tidak diiktiraf maka sokongan akan ditarik balik. Lebih-lebih dalam kedudukan hari ini, majoriti tipis. Bila-bila masa boleh tumbang.
Maka, peluang ini digunakan sepenuhnya oleh ultra kiasu. Kita sangat hairan kenapa perlu takut dengan ugutan ini sedangkan kita mahu membina negara? Terbaharu, dikatakan ia akan diiktiraf dengan beberapa syarat yang tidak dapat diterima akal.
Sama seperti isu kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), keputusan mulanya hanya dibuka kepada pelajar aliran kebangsaan, malah aliran agama pun tidak diterima. Orang Melayu Islam tidak menentang, keputusan MARA itu.
Hairannya yang paling kuat menentang adalah ultra kiasu, supaya dibuka kepada SJKC. Ultra kiasu langsung tidak bercakap tentang nasib aliran agama. Nampak sangat perjuangan mereka terlalu perkauman.
Apabila ditentang dan diugut, kerajaan cair. Polisi berubah, ditarik balik semula iklannya. Sekali lagi tiada penegasan. Walhal, memang sudah menjadi budaya orang Cina terutamanya tidak mahu menghantar anak mereka di asrama MRSM kerana takut dimelayukan atau diislamkan.
Tetapi oleh kerana kuota telah ada, maka mesti dipertahankan walaupun tidak ramai atau tidak sampai kuota untuk masuk ke MRSM.
Sama juga isu di Maktab Tentera Diraja (RMC) mulanya kuota hanya disediakan 10 peratus, tidak ramai Cina yang memohon, kerana budaya takut mati (kiasi). Takut dimelayukan dan diislamkan, jika masuk sekolah berasrama penuh (regimented).
Polisi berubah demi meraikan orang lain, kini RMC buka kepada 30 peratus kepada bukan Melayu, tidak juga ramai yang mohon. Saya tidak menafikan bahawa bukan Melayu yang terselit masuk, berada di sekolah berasrama penuh kerajaan, jauh bezanya perwatakannya, berbanding mereka yang berada di SJKC, UEC dan sebagainya. Itulah kelebihan apabila bercampur, berasimilasi sedikit.
Katakan, selepas ini, kerajaan ambil keputusan kembali asal, kepada 10 peratus, untuk bukan Melayu, kerana tidak mendapat sambut, sudah pasti mengecilkan peluang ini akan ditentang habis-habisan walaupun memang mereka tidak berminat.
Sama juga keadaan sekolah (SJKC) kurang murid, langsung tidak ada murid Cina, contoh, SJKC Choon Hwa Batu 18, Hulu Langat. Banyak lagi contoh sekolah sebegini. Langsung tidak ada murid Cina. Murid di sana ada hanya sekitar 20 orang. Semuanya Melayu, kalau ada India atau Cina, mungkin lekat satu dua orang, kini mungkin langsung tiada. Jadi, ada ertinya ada SJKC berada di situ? Lebih baik ditutup atau tidak dijadikan aliran kebangsaan. Tidak boleh sama sekali ditutup.
Kalau ada cadangan ditutup, pastikan akan ditentang habis-habisan walaupun tidak ada Cina di situ langsung. Begitulah kuatnya gerakan NGO komunis ini.
Cuba fikirkan kenapa? Cari jawapannya? Kenapa, orangnya tidak ada (SJKC kurang murid), minat tak ada nak masuk MRSM dan MTD, tetapi kuota tetap dipertahankan.
Inilah ultra kiasu namanya, mereka mahu ruang, ruang itu jangan ditutup sama sekali. Kerana dalam ruang itu ada peluang.
Mereka akan menggunakan seribu macam alasan, kalau dulu guna alasan 1Malaysia, gagasan Najib Razak. Apa juga tindakan yang boleh mengecil ruang dan peluang, mereka akan tentang habis-habisan, bertentangan dengan 1Malaysia.
Kali ini setelah lenyap alasan 1Malaysia, ruang dan peluang digunakan atas alasan ianya bertentangan dengan konsep Keluarga Malaysia. Bila ditanya tentang apa dia Keluarga Malaysia, mereka tidak tahu, ternganga. Apatah lagi gagasan Keluarga Malaysia belum lagi dihuraikan sepenuhnya secara ilmiah.
Tetapi teriakan Keluarga Malaysia, bergema bagai nak kiamat, hanya kerana mahukan sama rata sama rasa.
Sama juga dengan perkataan derhaka, tidak pernah dengar sama sekali, ultra kiasu menyebut perkataan derhaka, Bahasa klasik Melayu. Tetapi kerana sedikit kesilapan yang dilakukan oleh PN sebelum ini, perkataan derhaka bergema di Parlimen. Cuba tanya ultra kiasu, apa asal-usul perkataan derhaka, mereka akan ternganga. Tetapi laungan derhaka berkumandang gamat di Parlimen? Kenapa? Kerana adanaya sikitol dan mandeliar yang mengajar mereka.
Nak buat macam, inilah strategi terlicik ultra kiasu dan sangat jahat dan perlu ditentang habis-habisan. Jika tidak semua isu tidak akan dapat diselesaikan.
Malangnya, kita membina negara, kita tidak pernah fikirkan soal kepentingan masa hadapan, yang penting untuk pastikan kekal berkuasa masa ini. Ini bukan cara negarawan memimpin negara. Negarawan mesti ada penegasan yang tuntas.
Lebih 64 tahun merdeka, kita tidak pernah menjadi matang. Percaturan politik kuasa dan kemarukkan undi tetap menjadi taruhan sehingga terpaksa menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara.
Amat malang sekali, ketika PH memerintah, sejumlah peruntukan besar telah diberikan kepada institusi pendidikan ini. Hari ini mereka menuntut perkara yang sama walaupun kerajaan sudah beralih.
Wahai pemimpinku, bangunlah…
Saya amat hairan, kenapa KPM yang begitu arif tentang UEC dan begitu juga KPT begitu arif dengan Kolej New Era, terus membiarkan perkara ini berlaku?
Kenapa disyaratkan hanya lulus subjek sejarah BM dan Sejarah peringkat SPM. Kenapa tidak kaji secara keseluruhan institusi yang sangat bersifat perkauman ini.
Kenapa institusi pendidikan agama boleh ikut semua syarat dan diarusperdanakan, kenapa institusi pendidikan ini terus dibiarkan, seolah-olah tidak boleh sentuh?
Wahai pegawai-pegawai tinggi KPM dan KPT, kenapa kamu tidak berkata benar, dengan memberikan laporan yang benar-benar ikhlas kepada pihak berwajib, Perdana Menteri, mengenai kedudukan UEC dan Kolej New Era.
Kenapa kita harus berpura-pura untuk sama-sama kekal di tampuk kekuasaan.
Tidakkah kita semua sedar bahawa semua ini adalah suatu pengkhianatan kepada agama, bangsa dan negara.
Nampaknya kini, siapapun memerintah, sama sahaja. Tetap dengan percaturan untuk kekal berkuasa. Sehingga terpaksa prinsip dan maruah negara. Sedih yang teramat sangat.
64 tahun merdeka, tidak pernah mematangkan kita dalam membina negara. Kita terus melepaskan tali, dengan menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara, demi memastikan kita kekal ditampuk kuasa. Tidakkah ini suatu pengkhianatan?
Syarat lulus subjek Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah peringkat (SPM) bukan alasan kukuh untuk iktiraf sijil ini. Kaji secara keseluruhan sistem pendidikan sekolah persendirian ini.
Selagi sistem pendidikan secara keseluruhannya tidak dirombak mengikut kehendak negara, jangan sama sekali diiktiraf. Kita masih berserabut dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dengan penguasaan BM yang begitu lemah dan banyak lagi masalah lain.
Belum pun isu SJKC selesai, kini sudah mahu mengiktiraf UEC, yang begitu jauh dengan sistem pendidikan negara? Tidakkah ini suatu pengkhianatan?
Kenapa kita tidak belajar daripada sejarah? Kenapa tidak diterangkan kepada dunia, bagaimana UEC ini boleh diwujudkan? Kenapa UEC tidak mahu turut serta akan arus pendidikan negara? Kenapa UEC memilih untuk tidak bersama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC)?
Peliknya, mereka sendiri yang membuat keputusan sedemikian, tanpa rasa malu, mereka juga yang meminta bantuan dan pengiktirafan? Kita pun melayan, kerana takut hilang kuasa. Tidakkah pengiktirafan ini suatu pengkhianatan?
Kita hairan, bagaimana mudah sangat semua subjek UEC diluluskan dan diiktiraf oleh pihak berwajib sehingga diterima untuk masuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) menjadi guru Bahasa Cina di SJKC.
Bagaimana dengan latihan dan pemikiran yang dibawa? Kita turut menjadi hairan bagaimana abang kepada UEC, iaitu Kolej Universiti New Era (dahulunya kolej sahaja), turut diluluskan oleh KPT dengan taraf kolej universiti.
Sekurang-kurangnya kita berlaku adil kepada pelajar-pelajar Cina di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC)/ Mereka bertungkus lumus, bersama anak bangsa kita yang lain, mengambil peperiksaan yang sama di peringkat SPM. Tiba-tiba kita iktiraf UEC yang jauh daripada sistem pendidikan negara, dengan menggunakan Bahasa Cina sebagai Bahasa pengantar.
Dalam kata lain, kenapa pelajar Cina sendiri di SMJKC harus dimangsakan dan diskriminasikan demi kepentingan politik.
Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
No comments:
Post a Comment