PENIAGA di Forest City Johor didakwa menjual kuih menggunakan matawang Negara China, Yuan. Sekeping gambar yang dikirim di Twitter berhubung perkara itu, oleh pengguna Twitter bernama Zata menjadi viral di media sosial.
Seorang pengguna lain pada awalnya meluahkan rasa tidak senang melihat papan tanda "Jangan pijak rumput" dalam bahasa Cina, sambil mendakwa Johor Baharu sedang dijual kepada pelabur-pelabur dari Negara China.
"I hate that JB is being sold off to mainland China investors. How ridiculous it is that you need Chinese signboards for 'don't step on grass', " tulis Iman Tanita Al Ghul di akaun Twitter miliknya.
Tweet itu kemudian dibalas oleh Zata beserta satu gambar yang didakwa diambil pada September tahun lalu (4 bulan lepas) di Forest City, Johor Baharu menunjukkan peniaga menjual kuih dengan memaparkan harga dalam matawang Yuan yang digunakan di Negara China.
Perkara itu menimbulkan perbualan hangat di media sosial. Ini menggambarkan seolah-olah begitu ramai warga China berada di Forest City pada waktu ini sampaikan peniaga boleh gunakan matawang Yuan untuk berniaga.
Jika kuih di Forest City dijual dengan harga mengikut Dollar Singapura, SDG masih boleh difahami kerana Negeri Johor memang terletak begitu hampir dengan Singapura.
Sama seperti di Golok, Thailand — Rantau Panjang, Kelantan contohnya, peniaga menerima matawang Ringgit Malaysia, RM atau Thailand Baht dalam transaksi perniagaan kerana lokasi premis terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand.
Sebelum ini Tun Mahathir meluahkan kebimbangannya mengenai pembangunan di Forest City, Johor yang didakwa membina bangunan pencakar langit untuk menempatkan lebih 700,000 warga asing dari China memandangkan harga rumah yang dibina sangat mahal lebih RM1,000,000 sekaligus menjadikannya mustahil untuk dibeli dan dipenuhi oleh warga tempatan.
Sumber : http://www.milosuam

No comments:
Post a Comment