LONDON - Antara bau yang tidak digemari manusia adalah kentut, namun jangan terkejut kerana kajian sebuah universiti mendapati, bau kentut sebenarnya mempunyai rahsia kesihatan tersendiri yang mampu mencegah penyakit barah, angin ahmar, serangan jantung, dan nyanyuk.
Menurut saintis dari Universiti Exeter di United Kingdom, hidrogen sulfida, satu daripada gas berbau yang dihasilkan oleh bakteria semasa memproses makanan di dalam perut dapat membantu melindungi sel-sel dan melawan penyakit jika berada dalam jumlah yang sedikit.
Namun menurut laporan portal mirror.co.uk, hidrogen sulfida dalam jumlah yang berlebihan amat berbahaya kerana mengandungi toksik.
Pensyarah dari Sekolah Perubatan Universiti Exeter, Matt Whiteman berkata, semasa sel-sel menjadi tertekan oleh penyakit, sel itu cuba untuk menarik enzim-enzim bagi menghasilkan gas hidrogen sulfida sendiri.
“Bahan kimia itu melindungi mitokondria dan membenarkan sel untuk terus hidup. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, sel itu akan mati dan kehilangan upaya untuk mengawal kehidupan dan keradangan.
“Kami telah mengeksploitasi proses semula jadi ini dengan membuat suatu sebatian yang dikenali sebagai AP39, yang perlahan-lahan menyampaikan sejumlah kecil gas ini terutamanya kepada mitokondria.
“Hasil ujian kami menunjukkan sekiranya sel-sel yang ditekan itu dirawat dengan AP39, mitokondria boleh dilindungi dan sel-sel kekal hidup,’’ kata Whiteman.
Sebelum bahan itu boleh diuji ke atas manusia, saintis telah menjalankan uji kaji terhadap model pesakit bagi melihat keberkesanan AP39.
Hasil awal yang diterbitkan oleh jurnal Medicinal Chemistry Communications menunjukkan, bahan kimia itu boleh membantu sehingga 80 peratus mitokondria untuk terus hidup dalam keadaan yang boleh membawa kerosakan seperti penyakit jantung. - utusan

No comments:
Post a Comment