Siapakah gerangan manusia yang mendapat gelaran sebegitu rupa, yang sedap disebut, walaupun ada sedikit kesukaran melafazkannya dengan lancar ?
Bagi para pembaca yang peka dengan suasana politik UMNO sekarang juga melibatkan suasana politik pemerintahan keranjaan Malaysia, sudah tentu tahu siapakah orang besar negara kita yang membawa gelaran tersebut.
Antara orang yang amat kerap mengguna dan menyebut gelaran itu setiap kali menulis artikel berkenaan orang yang membawa gelaran itu ialah Dato' A Kadir Jasin di dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin.
Itu merupakan antara blog yang paling kerap saya singgah dan baca kerana banyaknya maklumat yang amat berguna untuk hal ehwal semasa di Malaysia. Sejak mengikuti segala penulisannya dari dulu, rumusannya adalah ternyata Dato A Kadir Jasin, walaupun umum tahu kecenderungannya lebih kepada UMNO, tetap menulis dengan penuh etika kewartawanan serta punya integriti dan tidak beremosi.
Kesultanan Gowa
Gelaran sebegitu datangnya daripada Bugis dan punya kaitan dengan para pembesar Bugis ketika zaman kebesaran mereka dahulu. Atau lebih tepat lagi Kerajaan Gowa yang masyarakarnya masih wujud di Indonesia sekarang ini.
Kerajaan Kesultanan Gowa ini merupakan sebuah kerajaan yang wujud pada abad ke-16 di Daerah Sulawesi Selatan. Para penduduknya terdiri daripada orang Melayu dari Suku Makassar.
Perkataan Makassar atau di sebut sebagai 'Mangkasara' dengan lidah Makassar membawa maksud "mereka yang bersifat terbuka".
Suku Makassar terkenal dengan jiwa penakluk. Mereka amat handal di laut dan gemar berperang. Namun begitu, mereka dikenali juga dengan sikap demokratis atau terbuka dalam pemerintahan.
Ada yang mengatakan Suku Bugis adalah sama dengan suku Makassar, tapi ianya tidak dapat dipastikan kerana bahasa Bugis adalah berbeza daripada bahasa Makassar. Dari perbezaan bahasa itu menunjukkan bahawa mereka adalah dua etnik atau suku yang berbeza.
Apa yang pasti, satu masa dahulu, penjajah Belanda amat benci dengan Suku Makassar ini. Di mana saja mereka bertembung dengan armada Belanda, sudah tentu akan diperanginya tanpa sedikitpun rasa gentar. Ia banyak menyusahkan Penjajah Belanda pada ketika itu.
Antara raja Gowa yang terkenal dan mendapat pengktirafan sebagai pahlawan besar di Indonesia adalah Sultan Hasanuddin. Beliau diberikan nama ketika lahir sebagai "Mallombasi Muhammad Bakir Daeng Mattawang Karaeng Bonto Mangape". Sesudah diangkat menjadi Sultan diberikan pula nama "Sultan Hasanuddin Tumenanga Ri Balla Pangkana".
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone
Apa hubungannya Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, dengan kerajaan kesultanan Makassar ?.
Menurut tuan punya badan sendiri, ayahnya pada satu ketika (1973) telah membawa beliau melawat ke Gowa. Dalam lawatan itu beliau di bawa melawat ke pusara Sultan Hasanuddin dan di sana ditunjukkan pada salah sebuah pusara lain.
Di bawah pusara itulah bersemadinya seseorang yang bernama Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, iaitu merupakan putra kepada Raja Gowa ke XVI. Itulah salasilah keturunan orang besar yang sedang kita sebut sekarang ini.
Bagaimana pula orang besar mendapat nama itu sekarang ?
Orang besar kita itu mendapat nama tersebut ketika berziarah balik ke Gowa. Ketika balik itulah dia telah diberikan nama sebagai Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, sempena mengambil nama neneknya yang disebut tadi.
Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone
Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone itu sekarang sedang mendapat ujian yang amat besar. Baru-baru ini saja kerajaan yang sedang diketuai oleh Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, mendapat teguran daripada para Sultan di negara kita.
Seingat saya, tidak pernah lagi berlaku di mana berkumpulnya raja-raja Melayu, bermesyuarat dan kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan dalam bentuk gesaan memerintahkan agar kerajaan pimpinan sekarang segera selesaikan isu WanEmDiBi.
Rakyat Malaysia negara kita perlu berterima kasih atas keperihatinan para Sultan tersebut yang mungkin dapat merasakan keresahan rakyat dengan segala peristiwa yang mencurigakan berlaku di depan mata.
Saya sendiri betada dalam keadaan konfius dengan apa yang sedang berlaku. Dari segi persepsinya, samada betul atau tidak betul, Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone seeloknya turun saja dari takhta kerana tidak ada lagi kepercayaan rakyat terhadapnya, malah diseluruh dunia, nampaknya (berdasarkan media-media utama dunia).
Tapi itu semua tidak berlaku dan kelihatan Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone adalah seorang yang amat kebal. Ilmu apa yang telah diperturunkan kepadanya agaknya ya?.
Memang hakikatnya rakyat macam tak boleh buat apa-apa. Tun Mahathir yang mengetuai sekelompok para elit yang giat menggesa penurunan Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone, juga menemui jalan buntu.
Persoalan saya cuma satu sahaja, apakah para menteri kabinet kesemuanya daripada spesis tongkol yang tidak nampak kegusaran dan kepanasan keadaan kucar kacir di negara kita?
Apa yang perlu ditunggu sebenarnya ?
Sumber : http://www.pendapatanda.com
No comments:
Post a Comment