Sunday, August 31, 2014

Kebangkitan semula Komunis Di Tanah Melayu?

KM dah tunjuk samseng? KPN akan tunjuk jantan? 
Wah! Penuh warna warni di musim menyambut kemerdekaan Malaysia kali ini. Ada suka duka, ada geram dan gembira. Antara yang terbaru adalah kes Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang.

Jangan lupa asal pulau itu adalah dari wilayah Kedah dengan sejarah dipajak, penipuan dan dominasi 'Francis Light the Liar' dan kerana angkara British, akhirnya kini 'Pulau Mutiara' itu didominasi kaum Cina dan dipimpin oleh chauvinis DAP.

Ketika menonton video klip di media baru ini, saya terkejut, kecewa dan geram melihat aksi Ketua Menteri bernama Lim Guan Eng. Belum pernah saya dengar atau lihat seorang yang memegang kedudukan rasmi pemimpin negeri bertindak ala samseng membidas, melawan dan mencabar Ketua Polis Negara. Dulu DS Anwar bertembung dengan KPN Dato Rahim Nor ketika beliau tidak menyandang jawatan apa-apa lagi. Dalam kes berkaitan PPS ini, Guan Eng menunjukkan tindakan angkuh samseng, yang sangat tidak wajar serta contoh buruk lagi memalukan diri, parti DAP dan juga Pakatan Rakyat.

Tentu sekali sebagai KM beliau mesti tunjuk contoh baik kepada rakyat Pulau Pinang, dengan menghormati lunas undang-undang serta menyerahkan hal tersebut kepada timbang tara negara.

Saya lihat pemikiran DAP termasuk pemimpin utama mereka sangat bercelaru. Ada kala mereka kata mereka ini menyeru kepada ketelusan, beretika, menyuruh rakyat dan pemimpin mematuhi sistem dan undang-undang, menyeru keharmonian negara, menentang salah laku dan kegaganasan. Dalam masa yang sama mereka membuat tindakan yang menyanggah seruan mereka. Jadi, yang betul bagi mereka hanyalah apa-apa yang memberi untung kepada agenda DAP. Dia buat boleh, orang lain buat tak boleh! Macam perangai Yahudi.

Dalam kes PPS ini Guan Eng telah melakukan kesalahan yang besar dan serius. Dia mencalar imej dan kedudukan serta kehormatan jawatan Ketua Menteri. Beliau menzahir dalam dan luaran sifat bongkak ala samsengnya dengan mencabar KPN sebagai penguatkuasa keselamatan nombor 1 Ini juga bermakna Guan Eng mencabar pelaksanaan undang-undang dan pengecut untuk diadili.

Sangat serius! Aksi beliau menunjukkan akhlak buruk kepada rakyat dengan contoh melawan penguatkuasa undang-undang. Sikap tidak hormat undang-undang kerana merestui atau menaungi pertubuhan yang sudah amat besar dengan keahlian mencecah 9000 ahli itu. Suatu yang boleh mengancam keselamatan negara bila kumpulan tidak berdaftar seramai itu, yang juga boleh dianggap kumpulan haram tidak diawasi di negeri yang dipimpin oleh orang seperti Guan Eng.

Dia juga bertegas mahu mempertahankan habis-habisan dan melindungi PPS. Tindakan ini boleh juga ditafsir sebagai menghasut rakyat supaya berani dan jangan takut untuk mencabar pihak berkuasa agar jangan patuh kepada undang-undang.

Persoalan yang wajar ditanya, mengapa perlu kepada PPS? Mengapa enggan mendaftar pertubuhan yang membawa wajah dan susuk penguatkuasa yang dilaporkan sudah ada insiden memukul orang? Apa beza status persatuan itu dengan kongsi gelap yang tidak didaftarkan? Apa akan terjadi sekiranya setiap negeri dan daerah dibiarkan sesuka hati membentuk PPS sendiri tanpa perlu didaftarkan?

Kalau ada MB yang menjadi musuh politiknya berbuat sedemikian, agaknya apa tindakbalas Guan Eng, Kit Siang atau Karpal Singh sekiranya dia masih hidup?

Guan Eng tidak boleh dilepaskan tanpa sebarang tindakan. Adakah KPN cukup 'jantan' untuk bertindak tegas dan pantas terhadap KM itu tanpa rasa takut? Siasatan segera perlu dilakukan terhadapnya sama seperti rekod polis yang begitu pantas menyiasat dan mendakwa Presiden ISMA walaupun hanya kerana mendedahkan fakta sejarah kedatangan secara menceroboh kaum Cina ke Tanah Melayu semasa era British dahulu.

Sama-sama kita perhati seterusnya lagak KM itu dan sejauhmana pula keberanian KPN kita itu. Saya fikir rakyat yang rasional mengutuk unsur samseng Guan Eng selaku KM Pulau Pinang itu dan memuji keberanian dan sikap professional Tan Sri Khalid selaku KPN.

Saya tak sanggup mendengar kali ini pula orang menghina kehormatan jawatan KPN dengan gelaran 'kangkung'. Keberanian atau 'kejantanan' KPN serta keadilan sangat ditagih untuk mengurus kebiadapan terhadap undang-undang negara masa kini. Bahkan, tindakan melindungi dan mencegah sebarang perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara Islam seperti Malaysia adalah suatu yang syarie dan dituntut oleh Islam.

Sumber : http://www.ismaweb.net

Berbanggalah Menjadi Melayu

TIDAK sudah-sudah Melayu cuba diperlekehkan. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat daripada beberapa rentetan peristiwa yang telah berlaku dalam sejarah negara ini.

Kita sudah pasti masih ingat bagaimana bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Lee Kim Sai (sekarang Tan Sri) pada 1986 secara terbuka mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar-dasar yang dikaitkan dengan ketuanan Melayu.

Konfrontasi secara terbuka dibuat bagi memulihkan imej MCA ekoran Pilihan Raya Umum 1986 yang menyaksikan kemerosotan pengaruh parti itu yang teruk di kalangan pengundi Cina.

Kemuncaknya pada November 1986, yang menyaksikan konvensyen MCA Selangor yang dipengerusikan oleh Kim Sai telah membuat ketetapan mencabar hakikat kedudukan orang Melayu sebagai penduduk asal negara.

MCA mengisytiharkan bahawa semua kaum utama di Malaysia iaitu orang Melayu, India dan Cina adalah terdiri daripada orang pendatang. Sehubungan itu, orang Melayu tidak boleh dianggap sebagai tuan di negara ini.

Ketetapan itu menimbulkan kemarahan orang Melayu dan ketegangan antara kedua-dua kaum hanya dapat diselesaikan selepas Kabinet mengeluarkan kenyataan yang menegaskan bahawa orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain ialah penduduk asal Malaysia.

Manakala penduduk Cina dan India sudah diterima sebagai warganegara Malaysia dan oleh itu, tidak boleh dianggap sebagai pendatang asing atau pendatang haram dan mereka mendapat layanan yang sama seperti warganegara lain.

Satu lagi kontroversi tercetus pada 2004 dengan penerbitan buku bertajuk Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries oleh National University of Singapore (NUS).

Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard mendakwa orang Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain khususnya dari selatan China dan India.

Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu.

Fakta-fakta meragukan dalam buku itu turut dimuatkan dalam blog dan Facebook yang kemudiannya digunakan beberapa pihak bagi memperlekehkan orang Melayu termasuk mengelar mereka sebagai pendatang.

Bagi memastikan orang Melayu tidak lagi diperlekehkan, satu kajian ilmiah telah dibuat oleh penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman dan Allahyarham Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Anuar Nik Mahmud dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Nik Anuar adalah salah seorang sejarawan yang secara serius berusaha menulis kembali sejarah negara dan kaum Melayu daripada perspektif anak tempatan.

Kajian itu mengesahkan bahawa orang Melayu adalah kaum asal di rantau Nusantara ini dan bukannya golongan pendatang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Bukti menerusi pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto (Melayu asli) dan kaum Melayu hari ini.

Masyarakat Semang dan Senoi ini berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke Benua Sunda sejak 65,000 tahun dahulu.

Zaharah ketika Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini berkata, kajian ilmiah yang dilaksanakan mereka sejak 2009 telah siap.

"Ia akan diterbitkan dalam bentuk jilid-jilid buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) secara berperingkat-peringkat untuk tatapan umum.

"Buku ini akan mendedahkan segala-galanya dan saya berharap mereka yang mempertikaikan asal usul Melayu dapat membacanya secara terbuka kerana kajian ini adalah bersandarkan kepada bukti-bukti genetik dan arkeologi," katanya.

Ditanya pendirian orang Jawa dan suku kaum di Sabah dan Sarawak yang tidak mengakui sebagai orang Melayu, beliau berkata, pemetaan genetik yang telah dibuat mendapati nenek moyang mereka adalah Semang dan Senoi, sekali gus membuktikan mereka kaum Melayu.

"Ada pihak yang mengaitkan orang Melayu berasal dari India dan China ekoran pengaruh Hindu-Buddha yang datang ke Nusantara yang telah diterima oleh alam Melayu.

"Pendapat ini adalah tidak benar kerana jika kita melihat seni bina Angkor Wat di Kemboja dan Borobudor di Indonesia, ia sangat berlainan dengan reka bentuk kuil dan tokong di China dan India.

"Ini menunjukkan tamadun Melayu telah wujud lebih awal, malah bahasa Melayu telah lama menggunakan perkataan Sanskrit seperti mukadimah, syurga dan negara sebelum kedatangan pengaruh India," katanya.

Kajian itu adalah selari dengan satu lagi penemuan data arkeologi yang diperoleh di Semenanjung Malaysia dan Sarawak oleh penyelidik dari UKM pada 2010 yang menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara.

Artifak-artifak seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi UKM menunjukkan bahawa artifak itu adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar.

Walaupun bukti telah dikemukakan, sudah pasti akan ada pihak yang akan terus mempertikaikannya semata-mata kerana kajian itu tidak berpihak kepada mereka.

Kita sudah pasti tidak boleh berbuat apa-apa bagi mengubah pemikiran golongan ini, tetapi kita masih boleh mengambil inisiatif merombak kurikulum sejarah di sekolah bagi memastikan generasi muda didedahkan dengan fakta sebenar.

Satu lagi yang boleh dibuat adalah untuk tidak terlalu mengagung-agungkan peninggalan penjajah sehingga melupakan sejarah dan warisan Melayu.

Di Melaka misalnya, kenapa hanya terdapat replika kapal Portugis, Flor de La Mar yang dijadikan muzium maritim?

Mana dia kapal milik pedagang dan sultan-sultan Melayu pada zaman dahulu seperti 'Geliung Johor' dan 'Mendam Berahi' yang saiznya berpuluh kali ganda lebih besar dan menggunakan teknologi lebih canggih berbanding kapal China dan Eropah?

Jika kita sendiri masih tidak menghormati sejarah dan warisan Melayu, janganlah mengharapkan kaum lain akan menghormati kita.

Oleh : Nizam Yatim

Friday, August 29, 2014

Benarkah Suami Memerlukan Anda?

Mengikut kajian, para suami sebenarnya lebih memerlukan seorang isteri daripada seorang isteri memerlukan suaminya. Ini adalah fakta dalam kehidupan yang diketahui sejak dahulu lagi. Memang ketara apabila melihatkan kebanyakan masa suami akan kelihatan tidak berupaya tanpa pasangannya.

Ini biasanya memberi motivasi kepada pihak isteri betapa suami memerlukan isterinya dalam meneruskan kehidupan. Mereka mungkin tidak boleh hidup dengan rasa selesa tanpa kehadiran anda di sisi.

1- Dia tidak tahu bagaimana untuk membasuh
Biarpun dengan kelengkapan mesin untuk membasuh, ada sesetengah lelaki tidak tahu bagaimana untuk membasuh baju, menyidai dan melipatnya kerana mereka tahu perkara itu semua sudah berada dalam almari pakaiannya. Dia akan bertanya kepada anda sekiranya tidak terjumpa baju atau di manakah baju itu diletakkan sekiranya tidak berada di tempat sepatutnya. Ini menunjukkan dia memang memerlukan anda dalam kehidupannya sehinggakan ke perkara-perkara remeh pun dia terpaksa memerlukan perkhidmatan anda.

2- Dia tidak boleh tidur sehingga anda juga masuk tidur bersamanya
Ini pastinya, kebanyakan lelaki biar macam mana pun machonya dia di hadapan rakan-rakannya tidak akan dapat tidur sehingga pasangannya berbaring di sebelahnya. Ada yang mungkin buat-buat tidur menantikan pasangannya yang melakukan kerja-kerja dapur namun lelaki hanya akan tidur lena apabila isterinya telah berada di sebelahnya.

3- Dia tidak tahu hendak buat majlis
Ada sesetengah lelaki tidak akan dapat berfikir bagaimana untuk melakukan majlis sambutan biarpun untuk sambutan hari jadi anaknya melainkan jika dibantu oleh rakan-rakannya. Namun anda, sebagai isteri tanpa bantuan rakan-rakan pun sudah berupaya untuk memikirkan bentuk majlis yang bakal diadakan.
4- Dia memanjakan anda dengan pelukannya
Semua orang tahu lelaki memang dahagakan seks. Namun ada lelaki yang menghargai kasih sayang anda tanpa memasukkan kemahuan seks di dalamnya dengan memanjakan anda dengan pelukan dan ciumannya tatkala anda berduaan dengannya atau memegang tangan anda ketika berjalan, itu menandakan dia tidak akan dapat meneruskan kehidupannya sekiranya tiada anda sebagai isteri di sebelahnya. Kerana mereka percaya rasa selesa dengan cinta dan kasih sayang.

5- Dia tidak dapat mencari barang
Suami tidak dapat mencari barangan yang dia selalu letak sekiranya diletakkan di tempat lain. Tetapi pihak isteri pasti adakan dapat mencarinya biarpun telah tersembunyi untuk beberapa lama di dalam rumah itu.

6- Dia menyatakannya kepada anda
Dia menyatakan kepada anda kehidupannya akan tidak sama sekiranya anda tidak berada di sisinya kerana anda memudahkan kehidupannya. Inilah pentingnya hubungan yang bererti antara suami dan isteri saling memerlukan antara satu sama lain.

Sumber : utusan malaysia

Thursday, August 28, 2014

Filem Tempatan Kita Gambarkan Betapa Rendah Mentaliti Orang Malaysia?

Ini mungkin bukan artikel biasa yang kami keluarkan namun tulisan ringkas Adlan Harith & Amran Zulkifli menerusi akaun Facebook The Patriots baru baru ini menarik perhatian kami untuk ulang siar buat tatapan anda. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar.

Saya Google untuk melihat-lihat senarai filem tempatan yang akan ditayangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini di sinema kita.












1. ADNAN SEMPIT SAWADIKAP (7 Ogos) – Filem komedi dan franchise terbaru filem box office Adnan Sempit. Kali ini Adnan merantau ke Thailand dan membuat kecoh disana.

2. KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA (14 Ogos) – Filem komedi seram mengisahkan seorang kawan yang mati di dalam rumah sewa yang disewa bersama kawan-kawannya.

3. JIN (21 Ogos)- Filem seram, ngeri tentang pasangan yang diganggu jin.

4. MAMAK CUPCAKE (28 Ogos) – Filem komedi tentang mamak yang mengusahakan cupcake.

5. LAGENDA BUDAK SETAN 3 – KASYAH (11 September) – Drama, kisah cinta dan penutup trilogi filem Lagenda Budak Setan.

6. NASI TANGAS (18 September) – Filem seram dan ngeri tentang kehebatan nasi tangas atau nasi kangkang.

7. AMIR & LOQMAN PERGI KE LAUT (25 September) – Filem aksi komedi tentang pengikut ahli kongsi gelap yang mahu insaf.

Sementara itu: Saya Google lagi untuk membuat perbandingan kecil dengan Indonesia yang menyambut kemerdekaan mereka pada 17 Ogos yang lalu. Sekitar pertengahan Julai hingga hujung September bioskop mereka menayangkan banyak juga filem tapi antaranya filem-filem ini yang menarik perhatian.












1. HIJRAH CINTA – Kisah benar tentang perjalanan hidup Ustaz Jefri al-Buchori, & pengalaman hidupnya yang membawanya menjadi seorang pendakwah yang disegani di Indonesia.

2. SOEKARNO (EXTENDED VERSION) – Ini karya pengarah terkenal Hanung Bramantyo tentang kehidupan dan perjuangan Presiden Soekarno dalam merintis kemerdekaan Indonesia. Filem ini diulang tayang dengan versi lebih panjang dan detail. Khusus untuk tayangan hari kemerdekaan.

3. NEGERI TANPA TELINGA – Filem dari pengarah yang disegani di Indonesia, Lola Amaria. Ini sebuah filem komedi satira politik yang secara dalamnya mengkritik penguasa dan institusi di Indonesia yang sering tercemar dengan jenayah kolar biru dan skandal seks.

4. HAJI BACKPACKER – Ini filem spiritual tentang perjalanan seorang anak muda dalam mencari makna diri, makna kewujudan tuhannya. Juga tentang kegigihan apabila pemuda itu berkeinginan menunaikan ibadah haji dengan keterbatasan yang menghambat. Mengikut info filem ini dirakam di sembilan buah negara antaranya India, Iran, Arab Saudi, Indonesia. Dijadualkan untuk tayangan sempena Hari Raya ‘Idiladha.

Apabila kita bercerita tentang patriotisme dan membina semangat jati diri melalui filem. Pada hari mengenang kemerdekaan. Mungkin tayangan ulangan Sarjan Hassan atau Bukit Kepong atau Leftenan Adnan di TV sudah memadai barangkali?

U Wei pernah cakap kalau hendak buat filem bijak, dia perlu audiens yang bijak. Tapi orang Malaysia yang katanya lebih superior daripada Indonesia, filem-filem di bulan kemerdekaan mencerminkan sebaliknya. Industri perfileman Indonesia sememangnya hebat dengan filem filem sarat dengan mesej.

Di Malaysia, kita angkat mat rempit, hantu, lawak bodoh, gengster sebagai modal. Maka, demand creates supply atau…... Sumber : http://www.rotikaya.com

Wednesday, August 27, 2014

Ternyata Aktiviti Bercinta Penting bagi Kesihatan Sang Isteri

Seks sihat harus dilaksanakan untuk menjaga kesihatan hubungan suami isteri. Seks adalah salah satu tiang utama dalam suatu perkahwinan. Dengan seks yang harmoni kehidupan keluarga semakin lebih berbunga sehingga sudah selayaknya jika seks menjadi faktor penentu keharmonian keluarga.

Kerana tanpa seks yang sihat keharmonian pasangan suami isteri boleh terganggu sehingga pada akhirnya terjadi perpecahan. Dengan demikian dalam hal seks antara suami isteri harus saling terbuka. Dikatakan saling terbuka adalah seorang isteri mendedahkan kepada suami bagaimana kemahuannya begitu juga sang suami.

Keharmonian ketika berhubungan seks memang menentukan keharmonian suatu hubungan rumah tangga jika hubungan intim boleh dinikmati secara bersama-sama. Jadi seorang isteri harus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk suaminya dan begitu juga dengan suami supaya keadaan rumah tangga tetap harmonis.

Seks merupakan keperluan rohani yang diperlukan bagi pasangan suami isteri. Seks adalah aktiviti yang dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk mempunyai keturunan. Kerana dengan seks yang sihat keturunan akan mudah di dapatkan dan hadirnya buah hati akan membuat keluarga semakin penuh bahagia dan harmoni.
Tidak hanya itu seks yang menjadi keperluan utama dalam suatu perkahwinan akan mewujudkan keharmonian jika pasangan tersebut boleh memberikan kemesraan hingga pasangan merasa bahagia. Kerana kebahagiaan dalam rumah tangga selalu dilengkapi dari suami dan anak-anaknya.

Seks sihat dengan menetapkan kekerapan itu perlu dilakukan supaya kesihatan suami dan isteri tetap terjaga serta keharmonian juga tetap terjalin dengan baik. Selain itu berkaitan seks yang sihat juga mampu menurunkan tahap stres serta mampu menjaga tekanan darah. Sistem imunisasi didalam tubuh juga akan mengalami peningkatan ketika kita melakukan seks secara sihat.
Seks sihat juga mampu membakar kalori kerana apabila kita berhubungan intim selama 30 minit kalori yang terbakar kurang lebih 350 kalori. Percaya atau tidak jika berkaitan intim itu juga mampu menyihatkan jantung. Dengan melakukan seks sihat iaitu 2 kali dalam satu minggu, risiko serangan jantung akan menurun lebih dari 50%. Sehingga seks sihat ini tidak hanya menjadi pencetus keharmonian rumah tangga tetapi juga membawa banyak kesan positif terhadap kesihatan kita dan pasangan.

Anonymous

Tuesday, August 26, 2014

Suara Mengerang Jadikan Ghairah bergoncang!!!

SEORANG lelaki boleh menjadi pencium ulung bila sang isteri juga memberi tindakbalas terhadap
pasangan untuk lebih berghairah. Kini, sudah tiba masanya wanita untuk bereksplorasi.

Menurut Kissing know how, ada hal-hal yang harus dipersiapkan wanita saat berciuman dengan lelaki,
seperti:
Atur pernafasan 
Apabila mula mencium bibir pasangan, anda perlu meningkatkan kelajuan pernafasan. teknik ini memastikan dia mampu menghidupkan perasaan dan anda pun menikmati gaya bercintanya.

Suara erotik 
Anda boleh meningkatkan ghairah pasangan saat mencium dengan mengeluarkan suara erotik. Anda boleh mendesah atau mengerang, serta memperlihatkan ekspresi wajah senang. ini adalah cara mudah untuk belajar membuat seorang lelaki merasa selesa saat melancarkan aksi ciuman "panas".

Manjakan ereksinya
Lelaki cenderung mudah tegang saat berciuman. Kerananya, anda boleh menggosok Mr P-nya untuk aksi ciuman lebih panas.
Selain itu, anda boleh mainkan lidah yang membuatnya nyaman saat berciuman. Tapi, anda jangan lupa untuk melempar kalimat pujian saat pasangan ingin menciumi bibir anda yang basah. Hasilnya, si dia tertarik melakukan aksi ciuman lagi dan lagi.

Anonymous

Monday, August 25, 2014

Kenapa Agungkan Nama Asing!

Kalau kita mengembara ke negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Jerman, Perancis atau negara-negara bukan bekas jajahan Inggeris, boleh pening kepala kita untuk mencari sesuatu tempat.

Walaupun nama tempat ditulis rumi, kadangkala kita boleh sesat juga.

Sebab nama-nama tempat itu menggunakan bahasa ibunda negara berkenaan dan amat asing sebutannya kepada kita

Sekarang fenomena ini bukan luar biasa kepada kita apabila Persekutuan Tanah Melayu ini bertukar nama Malaysia sejak 57 tahun lalu.

Dahulu walaupun bangsa Inggeris yang menjajah negara ini, nama-nama Melayu terus dikekalkan. Hanya tempat tertentu sahaja yang mengguna nama Inggeris. Misalnya Kenny Hill (Bukit Tunku), Batu Road (Jalan Batu kini Jalan Tuanku Abdul Rahman) dan Federal House (Bangunan Persekutuan). Tak banyak yang mengguna nama Inggeris - yang ada pada masa itu nama Melayu dan Cina.

Nama-nama ini kekal dari sejak merdeka pada 1957 hingga melintasi tahun-tahun 1960-an, 1970-an.
Nama-nama tempat dan bangunan mula menggugurkan nama Melayu apabila masuk tahun 1980-an dan 1990-an. Ketibaan alaf baru hingga sekarang, keadaan tidak banyak berubah malah makin bertambah bagaikan tiada siapa yang peduli.

Nama-nama Melayu yang sedap didengar dan dibaca tidak lagi digunakan, sebaliknya diguna nama-nama asing
.
Bukankah janggal bila nama tempat mula mengagung-agungkan nama Inggeris seperti Amberhill. Amber dalam bahasa Melayu maknanya warna kuning jingga.

Kalau diterjemahkan nama-nama taman perumahan di Lembah Klang, ada yang nampak gah dan glamor dan ada yang boleh dianggap seperti sudah tiada nama lain. Maka nama asing digunakan.

Ada taman perumahan mengambil nama Bullion (jongkong emas), Boulevard (lebuh berhias). Untuk nampak bergaya, ada pemaju guna nama Casa yang maknanya rumah, Court - istana.

Tidak kurang yang guna nama pelik seperti Cascades, Grandville, Esplanade, dan Connaught.

Tiada atau sudah ‘habis’
Bukan nama-nama dalam bahasa Melayu tiada atau sudah ‘habis’, tapi ghairah nak guna nama asing lalu diguna nama Hill bagi mengganti nama Bukit.

Untuk menunjukkan mewah lagi digabungkannya nama Hillpark sedangkan tidak ada padanan bagi kedua-dua frasa ini. Tapi terjemahan ‘hill park’ ke dalam bahasa Melayu mengikut konsep dan konteks penggunaannya bolehlah dinamakan taman bukit.
 
Banyak lagi padanan nama taman atau kondominium yang boleh menggunakan nama Melayu tetapi diketepikan kerana nama Inggeris dianggap berprestij.

Lihatlah nama-nama Height (kemuncak); Park - taman, Avenue - lebuh; Pavilion - astaka; Garden - taman; Peak - puncak; Residence - kediaman; City - kota, bandar; Mont - gunung; Ridge - puncak, mercu; Villa - rumah; dan Valley - lembah.

Saya puji sikap sesetengah pemaju yang masih mengangkat nama-nama Melayu untuk kekal abadi pada nama projek hartanah mereka. Alangkah ‘cantik’ apabila digunakan nama-nama seperti Ara (Bangsar Ara); Alam - Cheras Alam Damai, Alam Jaya; Bukit - Bukit Segar, Bukit Anggerik; Taman - Taman Sri Aman; Perdana - Cheras Perdana; Wangsa (bangsa, keluarga (bukan keturunan raja, dinasti) - Wangsa Maju; Damai - Damansara Damai; Idaman - Damansara Idaman; Impiana (tiada makna kecuali impian) - Impiana Sentul; Jaya - Ampang Jaya; Legenda (cerita) - Damansara Legenda.

Banyak juga nama kawasan perumahan menggunakan nama Medan (kawasan atau arena) misalnya Medan Damansara; Utama (pertama, penting) - Saujana Utama; Saujana (luas sejauh mata memandang) - Saujana Putra; Mahkota - Bukit Mahkota; Puncak (tanah paling tinggi) - Puncak Alam; Putra - Bukit Putra, Putra Prima; Putri - Klang Bandar Puteri; Sri (abadi) - Sri Hartamas, Sri Petaling.

Ada juga yang ‘tamak’ nama hingga merojakkan nama Melayu dengan Inggeris. Misalnya Desa Parkcity, desa dia mahu, bandar juga dia mahu dan taman juga dibolotnya.

Tidak kurang juga yang bangga guna nama asing misalnya Tivoli, Cascades dan Hampshire.

Minggu depan, kita akan sambut Hari Kebangsaan 31 Ogos. Sudah 57 tahun negara kita merdeka, tapi minda kalangan segelintir pemimpin, ketua jabatan kerajaan yang berkaitan kelulusan projek perumahan masih ‘dijajah’. Mereka semua Melayu tapi langsung tiada semangat untuk agungkan nama-nama Melayu.

Janganlah kerana sudah tidak menggunakan nama Persekutuan Tanah Melayu maka apa sahaja nama boleh digunakan untuk sesuatu taman perumahan atau nama bangunan.

Sudah terlambatkah kalau selepas ini nama projek perumahan diwajibkan hanya guna nama Melayu.

Oleh : Azman Anuar

Sunday, August 24, 2014

PAS Munafik....!

Jadilah ayam sabung bukan lembu laga 


TEGURAN Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki terhadap kepemimpinan parti itu supaya meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi agenda peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pakatan pembangkang, bukanlah suara atau gesaan beliau seorang.

Sebaliknya, itulah perasaan dan keinginan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi yang semakin bosan dengan sikap kepimpinan parti itu yang semakin tidak bermaya dalam mempertahankan pendirian dan perjuangannya apabila berhadapan dengan pakatan pembangkang.

Ketika minum pagi bersama sekumpulan pemimpin Pas peringkat akar umbi di Selangor, pagi semalam, penulis dapat merasakan keresahan mereka berhubung kedudukan Pas sekarang.

Justeru apabila mereka membaca kenyataan Mohd.Zuhdi sedikit sebanyak ia melegakan kerana itulah suara mereka sebenarnya.

"Dulu kami bangga jadi ahli Pas, kerana Pas memperjuangkan negara Islam dan memiliki barisan kepemimpinan ulama, tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Suara ulama sudah tidak membawa apa-apa kekuatan lagi dalam Pas, sebaliknya ia ditenggelami dengan suara-suara golongan bukan ulama yang sebahagian besar mereka adalah penyokong Anwar dan begitu mempertahankan hubungan Pas dengan PKR dan DAP,'' kata seorang pemimpin Pemuda Pas dari sebuah kawasan di Selangor.

Saturday, August 23, 2014

Anak Kecil Bermain Api.....!


Bara Sedang Merebak Dalam Sekam ...
Padamkan Sebelum Menjadi Api

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Thursday, August 21, 2014

Enam 'Kekejaman' Lelaki Pada Wanita

CINTA dan benci, tetap saja anda tak boleh mengabaikan lelaki. Meski lelaki melakukan beberapa perkara kejam, wanita tetap mencintai dan menghargainya.

Ya, kita bercakap tentang orang yang paling anda cintai dalam hidup. Lelaki mungkin adalah makhluk yang penuh kasih dalam hidup anda, tetapi juga boleh menjadi seksaan abadi bagi wanita.


Berikut beberapa hal kejam yang mungkin lelaki lakukan kepada wanita....!

Ego besar
Apakah anda pernah bertanya-tanya, mengapa lelaki benci mengambil satu arah dan lebih suka berada di tempat yang mereka inginkan? Misalnya, saat anda berdua mencari alamat sebuah tempat. Mereka selesa dengan pilihan arah jalannya walaupun terlambat dua jam. Well, jawapannya adalah ego besar.

Hidup dengan memori selektif
Lelaki tak hanya mengingat nama setiap pemain kriket dan bola sepak di planet ini, namun bahkan mengetahui isi hati mereka. Tapi, saat mengingat ulang tahun dan perayaan orang yang dekat dengannya, otak lelaki menderita penyakit yang disebut 'sindrom memori selektif'.
Melihat "aset" wanita
Lelaki dicap buruk saat suka menatap payudara wanita. Hal itu juga diakui berdasarkan banyak kajian. Tapi, mengetahui jika pasanganmu tengah selingkuh dengan wanita lain, tentu itu perbuatan kejam yang dilakukan lelaki.

Posesif
Lelaki tak mendapat keselesaan ketika merasa cemburu dengan pasanganya. Ia sering menyalahkan wanita apabila cemburu dengan lelaki lain yang cuba mendekatinya.

Tambah perhatian
Bagaimana rasanya jika anda ditelefon setiap 15 minit? Pastinya, anda merasa terganggu dengan panggilan dari pasangan hanya untuk memastikan jika anda sihat, aman, dan tengah melakukan apa.

Bertindak sendiri tanpa bantuan orang lain
Rasanya, tak ada yang salah jika lelaki meminta bantuan orang lain. Namun, kebanyakan mereka bersikap boleh melakukan segalanya, termasuk hal-hal berbahaya bagi dirinya.

Anonymous

Wednesday, August 20, 2014

Alahai Ahjibgor....!

Menegur
1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.

 Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

 11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.
14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak tangan-tangankan, Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

 30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.

Sumber : http://chedet.cc      Lihat juga: Tun M-Pendekatan Najib Salah

Tinggalkan Suami Kerana Tandas

UTTAR PRADESH - Enam orang wanita yang baru setahun berkahwin, meninggalkan suami masing-masing dan pulang ke rumah ibu bapa mereka disebabkan kediaman suami tidak mempunyai kemudahan tandas.

Agensi berita, BBC melaporkan, kesemua wanita dari perkampungan Khesiya di daerah Kushinagar itu kembali ke rumah ibu bapa selepas suami mereka tidak menyediakan tandas di kediaman masing-masing.

Hampir separuh daripada 1.2 bilion rakyat India tidak mempunyai tandas di rumah dan golongan wanita sering menderita disebabkan masalah itu.

Keadaan itu juga menyebabkan kaum wanita terdedah kepada jenayah rogol yang berleluasa di India.
Seorang daripada pengantin baharu, Gudiya berkata, dia berasa sukar untuk melepaskan hajat di kawasan terbuka disebabkan rumah suaminya tidak mempunyai tandas.

"Ibu bapa saya mempunyai tandas di rumah, tetapi rumah suami saya, Ramesh Sharma tidak mempunyai kemudahan itu.

"Saya tidak suka keluar rumah untuk membuang air. Ini menyebabkan saya bergaduh dengan suami dan kembali ke rumah ibu bapa saya," katanya.

Selain Gudiya, Neelam Sharma, Sakina, Seeta, Nazrum Nisa dan Kalavati turut meninggalkan suami atas alasan sama.

Menurut Ashima Parveen yang tinggal di Khesiya, kesemua enam wanita itu berkahwin pada tahun lalu.
"Di kampung, mereka sukar untuk keluar ke kawasan terbuka untuk membuang air kerana musim hujan yang menyebabkan tanah lecak," katanya.

Dalam ucapan Hari Kemerdekaan India Jumaat lalu, Perdana Menteri, Narendra Modi berjanji untuk menyelesaikan masalah pembuangan air secara terbuka dalam kalangan rakyat negara ini.

"Kita kini berada dalam abad ke-21, tetapi golongan wanita masih terpaksa keluar ke tempat terbuka untuk membuang air dan terpaksa menunggu waktu malam untuk melepaskan hajat," kata beliau.

Sumber : utusan malaysia

Tuesday, August 19, 2014

Wanita Tinggalkan Lelaki Gara-Gara Ini

MENJALIN hubungan dalam waktu lama bukan bererti bebas dari masalah. Bahkan, wanita rela meninggalkan lelaki yang dicintai kerana masalah remeh.

Lelaki memang punya alasan jelas meninggalkan wanita. Namun, wanita sering kali tidak cukup satu alasan untuk memutuskan hubungan cinta. Dengan begitu, lelaki sering dibuat bingung dengan sikap wanita.

Namun, alasan berikut boleh menjawab kekeliruan anda. Wanita rela meninggalkan lelaki hanya kerana ini, Ikuti selanjutnya......

Anda tidak dewasa
Lelaki mencari sosok ibu pada pasangan mereka, begitu juga wanita yang mencari sosok ayah pada suaminya. Dengan demikian, wanita tidak suka kalau orang berkelakuan tidak dewasa. Jika berlaku terus-menerus, wanita pasti akan meninggalkan pasangannya.

Anda tidak menyokong kariernya
Sekarang wanita banyak yang berkarier. Jika anda tidak menggalakkan kariernya atau malah mengganggu pekerjaannya, dia akan segera meninggalkan anda.

Jangan buru-buru mengajak nikah
Hubungan baru berlangsung beberapa bulan, anda jangan terburu-buru mengajak dia berkahwin. Wanita ingin melihat terlebih dahulu keseriusan anda. Jika terus memaksanya, dia boleh memutuskan hubungan cinta.
Tidak punya niat serius hubungan
Jika hubungan yang dibina didasari main-main saja, tentu wanita tidak suka. Wanita berharap hubungan yang dibina secara serius boleh dibawa ke jenjang pernikahan.

Dia ingin sebuah keluarga dan anda tidak
Hujung dari hubungan serius adalah berkahwin dan mempunyai anak. Jika dia ingin mempunyai keluarga besar, sementara anda tidak tahan melihat anak-anak, dia akan meninggalkan anda. Ini adalah salah satu masalah yang membuat wanita tidak boleh berkompromi.

Anonymous

Sunday, August 17, 2014

Jangan Biarkan Taraf Mahkamah Seperti Tandas Awam

Bertindaklah
Apa yang mahu dinantikan oleh rakyat selepas ini ialah tindakan ke atas N. Surendran iaitu salah seorang peguam Anwar Ibrahim kerana mencela institusi mahkamah, baru-baru ini. Awang berharap notis aduan oleh 32 wakil NGO yang diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria dan laporan polis yang dibuat, dapat disiasat segera. Kalau tidak silap, ini bukan kali pertama Surendran mengeluarkan kenyataan sedemikian. Pada April lalu, berpuluh aduan polis dibuat ekoran kenyataannya yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk mempersoalkan kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi beliau terlepas daripada sebarang tindakan. Apa sudah jadi dengan pejabat Peguam Negara, yang kini dikritik hebat sehingga diminta berundur.


Pada Awang, ia memberi isyarat yang salah bahawa jenayah kehakiman yang dilakukan sesuka hati adalah perbuatan yang diterima di negara ini. Jangan biarkan taraf mahkamah seperti tandas awam. Awang tidak pasti sama ada Surendran dangkal tentang undang-undang atau memang sengaja mahu mengambil kesempatan daripada sikap lembut dan liberal Peguam Negara, Gani Patail.

Oleh : Awang Selamat

Thursday, August 14, 2014

Sekolah Tunggal Nasional

Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara!
ISU memperkasakan sekolah kebangsaan atau sekolah nasional timbul kembali. Apakah sekolah kebangsaan selama ini tidak perkasa?

Apakah sistem pendidikan kita tidak berjaya melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri kemalaysiaan yang kental?

Adakah kita pernah membuat bancian atau survey sejauh mana pengetahuan kita mengenai negara sendiri, kefasihan bahasa kebangsaan, kaum-kaum di antara kita, adat istiadat kita dan lain-lain?

Apakah kita selama ini hanya ambil mudah dan take for granted kepada semua hal tersebut? Apakah kita selama ini merasakan semuanya elok-elok belaka?

Semasa negara akan mencapai kemerdekaan ke-57 tahun ini, apakah tahap kemalaysiaan kita sudah sebati? Apakah masing-masing masih mementingkan diri sendiri, hanya memikirkan kaum-kaum sendiri dan dalam kelompok masing-masing sahaja? Cuba tanya diri sendiri?

Pada 12 Februari 2014 lalu, saya ada menulis dalam kolum Cuit ini bertajuk 'Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara!'

Ini mengenai kisah sistem persekolahan kita yang cukup unik di dunia tetapi sedikit demi sedikit sedang menghakis kedaulatan dan kerukunan negara ini.

Saya bukan rasis apabila membangkitkan isu ini. Begitu juga dengan Razali Ibrahim yang mencadangkan supaya sekolah vernakular dihentikan pembinaan. Begitu juga dengan Ismail Sabri yang menyokong Razali.

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan waras, kita harus menerima hakikat bahawa hanya satu sistem pendidikan tunggal yang diperlukan oleh sesebuah negara - bukan dua atau tiga atau empat - bagi mewujudkan Satu Bahasa, Satu Bangsa dan Satu Negara.

Di Malaysia sekarang, semua orang tahu, kita ada sistem sekolah kebangsaan (SK), sekolah Cina (SJKC), sekolah Tamil (SJKT), sekolah agama, sekolah swasta Inggeris, sekolah antarabangsa - yang membahagi-bahagikan murid-murid kita - generasi Malaysia akan datang, kepada satu 'kecelaruan' yang amat sangat.

Sudah banyak kali kita membangkitkan isu ini. Malah kelmarin satu pertemuan meja bulat (yang besar) telah diadakan anjuran beberapa NGO. Ia diadakan dengan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Saya ada membaca dalam satu portal berita Singapura, negara itu sendiri tidak membenarkan rakyatnya menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa, tanpa kebenaran kerajaan kerana bimbang akan terhakis jati diri Singapura ke atas kanak-kanak itu.

Malah dalam satu perbahasan di alam maya, rakyat republik itu tidak bersetuju jika sistem itu dilonggarkan. (International and private schools in Singapore generally do not admit Singapore students without permission from the Ministry of Education. - http://en.m.wikipedia.org/wiki/Education_in_Singapore)

Tetapi di Malaysia ia bebas. Waima menteri pun ada yang menghantar anak ke sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa, malah ke sekolah berasrama penuh di England dan Australia.

Sepatutnya, mana-mana anak Malaysia wajib melalui sistem pendidikan kebangsaan tunggal iaitu SK.
Jika kita semua mengaku sistem SK itu lemah dan banyak cacat-celanya maka perkasakanlah. Jika ada yang merasakan istilah sekolah kebangsaan tidak lagi sesuai, tukar istilahnya kepada sekolah nasional? Asalkan matlamat pemerkasaan itu berjaya.

Apa salahnya jika semua SK dinaik taraf menjadi seperti sekolah premier atau setaraf MRSM?

Di Singapura, sistem persekolahannya sudah diiktiraf dunia. Sistemnya adalah standard - dan murid-murid yang pandai atau sebaliknya diajar di bawah satu bumbung.

Mengapa kita perlu berundur ke belakang? Mengapa masih membiarkan kita mempunyai sistem pengantar yang pelbagai?

Semasa negara akan memasuki usianya ke-57 tahun beberapa hari lagi, kita semua mahu melihat satu perubahan yang nyata dalam sistem pendidikan kita.

Ia memerlukan satu iltizam politik yang kuat - cukup kuat!

Jika kita masih lagi teragak-agak, maka masa depan negara akan terjejas.

Di Singapura bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris tunggal - bukan bahasa Cina atau Tamil atau Melayu. Di Malaysia bahasa pengantarnya ialah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Sepatutnya di Malaysia bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu tunggal dan diperkasakan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain diajar sebagai bahasa ibunda.

Saya sarankan kita baca mengenai sistem pendidikan Singapura yang saya rasa amat mantap, walaupun negara itu merdeka lebih lewat daripada kita. Tidak keterlaluan jika saya syorkan, tiru sahaja mana-mana sistem mereka jika itulah yang terbaik untuk kita semua.

Sistem pendidikan di Korea, Jepun, malah Amerika, Jerman, England, Perancis; waima Saudi, Indonesia dan Thailand sendiri cukup mantap sehinggakan bahasa yang dituturi mereka amat seragam dan jati diri kenegaraan mereka cukup utuh.

Ingatlah perpaduan negara antara kaum hanya akan dicapai melalui asas pendidikan yang tunggal dan mantap.

Saya ulang lagi, ajarlah asas Perlembagaan Negara serta Rukun Negara sebagai subjek khusus dari peringkat sekolah rendah lagi. Jadikan ia sebagai subjek wajib yang memerlukan semua murid kecil itu mementaskannya sebagai drama di hadapan ibu bapa semua.

Minta kanak-kanak itu melakonkan watak-watak tokoh kemerdekaan negara dan kisah-kisah pembentukan Perlembagaan negara ini.

Ulang lagi pementasan wajib itu di peringkat sekolah menengah. Ia adalah satu proses indoktrinasi jati diri yang cukup positif.

Daripada anak dipersembahkan kepada setiap ibu bapa dan akhirnya ia akan menjiwai ke sanubari kita semua untuk selama-lamanya.

Pendidikan bukan semata-mata hanya untuk lulus peperiksaan, ia juga harus dilakukan melalui pementasan. Ajar anak-anak kita pandai bercakap, petah berbahas dan yakin pada diri sendiri.

Ayuh penggubal dasar pendidikan negara, fikirkan secara inovatif dan kreatif demi generasi Malaysia akan datang. Masa sudah terlalu suntuk.

Selagi sistem persekolahan kita masih caca-marba, seperti sekarang, maka selagi ada bulan dan bintang - jangan diharap perpaduan kaum di negara ini akan tercapai.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Oleh :  Zaini Hassan

Wednesday, August 13, 2014

Empat Langkah Dapatkan 'Bintang' Hebat di Ranjang

DIPERLUKAN tiga hal untuk menjadi hebat di ranjang; pengetahuan, pengalaman amalan, dan sikap yang benar. Namun, untuk benar-benar mendapatkan 'bintang' hebat di ranjang, ada satu hal yang perlu disempurnakan, iaitu gerakan seks. Dan, hanya anda yang tahu jawapan untuk yang satu itu.

Gerakan tersebut mungkin manuver kompleks asli yang hanya diketahui anda dan pasangan. Atau, boleh sesuatu yang cerdik namun sederhana seperti memainkan lidah.

Perlu sedikit bantuan untuk mengetahui gerakan seks anda. Yang diperlukan adalah sedikit pemikiran dan (mungkin) sedikit latihan. Berikut empat langkah untuk gerakan seks, menurut pakar seks Tracy Cox, seperti dipaparkan Dailymail.

Langkah 1: Putuskan perkara terbaik yang anda lakukan
Caranya adalah fokus pada tindakan seks apa yang paling anda nikmati. Jika anda suka melakukan sesuatu, biasanya anda akan melakukan hal itu dengan baik, dan jika anda baik melakukan sesuatu, anda biasanya menikmatinya. Jadi, anda tidak boleh salah jika tetap berpegang pada peraturan sederhana ini.

Jika anda gembira boleh mengurut sepanjang hari, misalnya, itu adalah titik permulaan anda. Pelajari beberapa teknik urut sensual dengan beberapa urut kemaluan erotik dan temukan urutan yang tidak boleh dilupakan oleh pasangan anda.
Langkah 2: Membuka bakat anda 
Sudah memutuskan kawasan yang anda fikir menjanjikan? Cubalah beberapa teknik berbeza sebelum memutuskan satu titik untuk dikonsentrasikan. Demi latihan ini, katakanlah anda telah membuat keputusan untuk menjadi penguasa oral seks.

Lain kali anda melakukannya, minta komen pasangan tentang pelbagai teknik yang anda lakukan. Minta dia untuk menilai masing-masing teknik yang anda lakukan pada skala 1-10. Memang memerlukan beberapa sesi untuk cuba semuanya, pasangan anda tidak akan mengeluh, kan?

Langkah 3: Tanya sekitar 
Anda fikir telah mencari inovasi erotik yang unik? Lakukan kaji selidik cepat terhadap semua teman-teman anda, go online (atau menonton episod Sex and the City) untuk mengetahui sama ada gerakan tersebut sudah umum dilakukan dan seberapa baik kemungkinan yang akan diterima.

Katakanlah anda membaca beberapa fakta unik tentang itu di internet dan tanya tip tip terbaik yang pernah mereka lakukan atau dengar. Pastikan anda pendapat dari teman berlawanan dan sama jantina untuk mendapatkan kedua-dua perspektif.

Langkah 4: Cuba!
Biarkan semua manual, helah, tips dan penyelidikan bergabung menjadi satu sesi bercinta yang menakjubkan dengan pasangan anda. Pada awalnya, menumpukan keras untuk menggabungkan semua yang telah anda pelajari, tetapi sekali anda sudah melakukannya, santailah dan biarkan naluri anda membimbing anda. Lagi pula, anda memilih ini kerana anda suka melakukannya, ingat? Lihat bagaimana pasangan anda menikmati sensasinya.

Anonymous

Sunday, August 3, 2014

Kosong-Kosong Yang Kosong

Adalah lebih afdal jika umat Islam bersalaman pada hari raya sambil melafazkan ucapan`memaafkan saya zahir dan batin' berbanding hanya ungkapan `kosong-kosong'.



Perangai Orang Kita Pada Ramadan Dan Syawal
PEJAM celik sudah seminggu kita meninggalkan bulan Ramadan. Ikut kiraan hari ini 8 Syawal, bermakna masuk hari kelapan umat Islam berhari raya. Lazimnya kedatangan Syawal disambut dengan gembira. Ada aktiviti kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi sanak saudara dan rakan taulan.

Pada zaman sebelum alaf baru, paling lama hari raya disambut ialah lima hari. Itu pun dah terasa lama. Tapi sekarang, habis 30 Syawal pun ada orang masih berhari raya. Semua ini kerana orang sibuk nak berkunjung ke rumah terbuka. Kalau tak ada rumah terbuka, saudara mara atau kenalan tidak mahu datang ke rumah.

Betul kata alim ulama, umat Islam sekarang tidak macam umat terdahulu yang pentingkan semangat mengerat silaturahim dan bermaaf-maafan.