Tuesday, October 29, 2013

Inikah Tanda Jatuh Cinta

Seringkali kita dengar ungkapan cinta yang diucapkan tanpa ekpresi cinta yang sesungguhnya. Tanda-tanda cinta seperti apakah yang seharusnya kita fahami.

Sahabat terbaik
Saat kita mendapatkan kebahagiaan sekaligus kesedihan, dialah orang yang pertama kita beri khabar dan kita harapkan responnya untuk menyokong kita dalam keadaan senang atau susah.

Perhatian
Perhatian yang diberikan kepada kita lebih besar daripada perhatian yang diberikan kepada temannya. Kita menjadi sangat penting dan selalu mengingatkan kita untuk mengerjakan hal-hal yang baik.

Kesamaan
Kesamaan minat mendengar muzik membuat lebih mudah mengajak keluar di malam cuti guna mencari jenis muzik yang sama untuk dinikmati berdua, dibandingkan yang satu menyukai muzik rock dan yang lain muzik dangdut, perlu kompromi.
Tak Bersyarat
Saling ingin membahagiakan adalah kunci sebenarnya. Tidak ada pilih kasih dan tidak meminta berlebihan terhadap pasangan. Jika mendapatkan pasangan cinta seperti ini, pertahankan dan jagalah dengan kasih sayang yang benar.

Hubungan Batin
Memang seringkali mengejutkan dan tak dapat digambarkan saat kita mendapat SMS yang datang bersamaan, untuk menyatakan ungkapan kasih yang indah.

Anonymous

Sunday, October 27, 2013

Cubaan Memadam Cahaya Allah

ALHAMDULILLAH sekali lagi dalam ruangan ini dapat dikemukakan berkaitan dengan cubaan memadam cahaya Allah oleh musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya cubaan mereka berlangsung sejak Allah mengutuskan rasul-Nya sehingga dunia dikiamatkan. Perlawanan antara kebenaran dan kebatilan pasti berlangsung dengan hebatnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (al-Taubah: 32)

Syeikh al-Maraghi berkata: Orang Yahudi dan Nasrani berhasrat memadam cahaya Allah SWT yang dibawa oleh seluruh utusan-Nya yang dilimpahkan kepada manusia melalui Nabi Musa as, Nabi Isa as dan para rasul yang lainnya. Kemudian ia disempurnakan oleh Nabi Muhammad SAW, penutup para nabi.

Mereka memadam cahaya itu dengan mencemuh Islam, menghalang manusia dengan cara yang batil, seperti melontar fitnah terhadap Uzair dan bidaah yang dibuat oleh para pemimpin mereka, seperti membuat syariat, sehingga tauhid menjadi syirik dan marbub (sesuatu yang dimiliki) menjadi rabb (yang memiliki).

Demikianlah, ahli kitab memusuhi Islam sejak perutusan Nabi Muhammad SAW. Mereka sengaja ingin melenyapkan Islam dengan perang di suatu pihak dan merosakkan akidah di pihak yang lain. Kedua-dua usaha ini dimaksudkan untuk memadam cahaya Islam.

Allah SWT berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya dengan mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup nabi, yang diutuskan kepada seluruh makhluk dengan menjadikan baginya mukjizat yang paling besar, iaitu al-Quran bersifat ilmiah dan terpelihara hingga ke akhir zaman.

Di dalam al-Quran, Allah SWT menerangkan segala yang mereka perlukan yang berupa akidah yang dikuatkan oleh keterangan dan membatalkan penyembahan manusia terhadap manusia, lebih-lebih lagi terhadap patung dan berhala.

Allah SWT juga menerangkan ibadah yang dapat menyuci dan membersihkan jiwa daripada segala kotoran. Menjadikan pemberian orang kaya kepada orang miskin sebagai hak Ilahi dan membatalkan pahala pemberian itu kerana menyebut perkataan yang menyakitkan.

Dalam ayat ini juga, digariskan adab yang menyatakan keutamaan dalam jiwa dan tashri' yang memadukan kasih-sayang, keadilan dan persamaan antara seluruh manusia.

Para ahli tafsir dan ahli sejarah mengatakan: Qarun datang dengan peti yang sangat besar. Lalu dia berkata kepada seorang perempuan penzina: Apabila manusia telah berkumpul dan Nabi Musa as berdiri memberikan ceramah, berdirilah kamu dan menangislah, robek-robeklah pakaianmu, kusut masaikanlah rambutmu dan bersumpahlah bahawa Nabi Musa as telah berzina denganmu.

Cahaya Allah
Manusia pun berkumpul dan Nabi Musa as mulai menyampaikan ceramahnya tentang tauhid dan keimanan. Dan Qarun hendak membenamkan dakwah Nabi Musa as ke dalam bumi hingga manusia tiada yang percaya dengannya lagi dan membenarkannya.

Ini kerana cahaya itu adalah cahaya Allah, ajaran itu adalah ajaran Allah, risalah itu adalah risalah Allah dan Rasul adalah Rasul Allah. Ketika Nabi Musa sedang berpidato, tiba-tiba terdengarlah suara tangisan seorang perempuan sambil mencakar-cakar mukanya.

Maka bermulalah sebuah konspirasi yang sangat jahat dan jijik, iaitu pembohongan yang dibuat oleh mereka yang dengki terhadap Islam, para ulama dan terhadap para daienya.

Nabi Musa as berhenti dan terdiam, lalu Baginda menoleh ke arah perempuan itu, Baginda pun merasa gugup untuk berbicara dan menangis. Nabi Musa as yang diutus oleh Allah dengan risalah-Nya, mungkinkah melakukan perbuatan yang keji itu? Nabi Musa as pun berhenti menangis, tetapi Baginda tetap tabah dan mengetahui bahawa ini semua adalah ujian.

Baginda pun mengangkat tongkatnya dan berdiri di hadapan perempuan tersebut dan bertanya: "Aku ingin bertanya kepadamu dengan nama Zat Allah yang memecah-belahkan laut untukku. Apakah benar aku melakukan perbuatan tersebut (zina)? Perempuan itu menjawab: Tidak. Kemudian perempuan itu menjelaskan perkara yang sebenarnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa, maka Allah membersihkannya daripada tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah. (al-Ahzab: 69)

Maka Nabi Musa as semakin bertambah kekuatan diri dan berkeyakinan terhadap ajaran Allah kerana kejujuran Baginda itu. Sejak awal lagi Baginda telah mengetahui siapa yang berdusta.

Mereka mahu memadamkan cahaya Allah SWT yang telah digariskan untuk membimbing para hamba-Nya dengan mentauhidkan Allah SWT pada sifat rububiyyah dan uluhiyyah. Kemudian mereka berpaling daripada tauhid kepada syirik dan paganisme. Semoga Allah kurniakan kita sifat-sifat yang soleh.

Oleh : Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Friday, October 25, 2013

Keagungan Ayat Kursi

ALLAH, tidak ada Tuhan lain yang patut disembah melainkan Allah. Dia iaitu tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Dia tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang sanggup/berupaya memberi syafaat (pertolongan) melainkan dengan izin-Nya jua. Dia mengetahui semua yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Tidak ada (makhluk) yang dapat (mempunyai) pengetahuan-Nya kecuali dengan kehendak-Nya. Kursi pemerinthan-Nya meliputi seluruh langit dan bumi. Tidak ada kesulitan bagi-Nya untuk memelihara keduanya (langit dan bumi) dan dia Maha Tinggi lagi Maha Adil.

Demikian bunyi makna ayat Kursi yang merupakan ayat ke-255 daripada 286 ayat dalam surah al-Baqarah, surah kedua selepas surah al-Fatihah dalam susunan surah-surah al-Quran yang mengandungi 114 surat, 30 juzuk 6,236 ayat dengan 4,780 ayat bagi surah-surah Makkiyyah dan 1,456 lagi ayat dalam surah-surah Madaniyyah serta sekitar 1.2 juta huruf al-Quran.

Surah al-Baqarah termasuk dalam bilangan surah-surah Madaniyyah, iaitu surah-surah yang diturunkan di Madinah.

Ayat Kursi mempunyai keagungannya sehingga jika dibaca untuk melawan syaitan dan iblis, nescaya makhluk yang dilaknati oleh Allah SWT itu kerana keangkuhan, kesombongan dan sifat riaknya itu akan terbakar, menjadikan ayat Kursi sangat ditakuti oleh syaitan dan iblis, malah ketika ia diwahyukan kepada Rasulullah SAW seluruh syaitan dan iblis menjadi resah gelisah kerananya.

Ada riwayat mengatakan bahawa ketika membawa wahyu ayat Kursi kepada Rasulullah SAW, malaikat Jibril as. diiringi oleh 40,000 malaikat, manakala ada riwayat lain pula mengatakan Jibril diiringi oleh 80,000 malaikat. Dengan diiringi oleh sedemikian ramai malaikat, maka sudah tentulah ayat Kursi bukan sebarangan ayat, pastinya ada keistimewaan dan kehebatan di sebaliknya.

Sebaik sahaja menerima wahyu ayat Kursi, Rasulullah SAW segera memanggil Zaid bin Thabit untuk menuliskannya.

Pada saat ayat Kursi diwahyukan kepada baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW, syaitan dan iblis menjadi kelam-kabut dan keluh-kesah, malah tidak keruan tanpa diketahui punca yang menyebabkan kejadian begitu.

Lantas ketuanya memerintahkan kepada sekalian syaitan dan iblis menjelajah ke setiap pelosok langit dan bumi bagi mencari punca dan sebab yang menjadikan mereka dilanda kegelisahan dan kepanasan.

Dalam penjelajahan dan penyiasatan yang dibuat, syaitan dan iblis mendapati punca kegelisahan mereka adalah disebabkan daripada bahang panas ekoran turunnya ayat Kursi di Madinah, ayat yang jika umat Islam yang mantap iman dan takwa menjadikannya sebagai senjata melawan syaitan dan iblis, pasti syaitan dan iblis akan tumpas, malah akan terbakar.

Demikianlah betapa agung dan hebatnya ayat Kursi yang patut dijadikan ayat yang semestinya dibaca dalam semua keadaan, kecuali ketika berada di tempat-tempat yang tidak suci.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca ayat Kursi selepas tiap-tiap sembahyang fardu, nescaya Allah mengurniakan mereka hati orang-orang yang bersyukur, amalan orang siddiqin, pahala para nabi dan menghampirkan ke atasnya rahmat dengan limpah kurnia Allah yang mana tiadalah yang menegahnya daripada memasuki syurga selepas mati."

Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Tiadalah yang menetap atas amalan membaca ayat Kursi selepas tiap-tiap sembahyang fardu itu melainkan orang-orang siddiqin atau ahli-ahli ibadah" (daripada Ali bin Abi Talib)

Sesungguhnya ada hadis baginda Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa ayat Kursi adalah penghulu kepada ayat-ayat al-Quran. Justeru kenapa kita tidak mengambil kesempatan ini untuk memanfaatkan keagungan dan kehebatan ayat.

Oleh :  Ramli Abdul Halim 

Wednesday, October 23, 2013

Brunei Laksana Hukum Hudud

BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.

Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.

Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.

"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.

"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.

Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.

Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.

Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI

Monday, October 21, 2013

Cara Tepat Bicarakan Seksual Dengan Lelaki

MEMBICARAKAN urusan seksual dengan lelaki memerlukan masa dan cara yang tepat untuk mengutarakannya. Hal ini penting ditaati agar tak berlaku perseteruan antara anda dan dia.

Meski dengan pasangan sendiri, lelaki juga perlu dihargai dan difahami. Apalagi ketika anda membicarakan urusan seksual dengannya. Tentu ada hal-hal yang perlu diperhatikan agar tak ada yang tersinggung atau merasa haknya diabaikan. Agar semuanya berjalan lancar, perhatikan dulu ulasan-ulasan ini.

Memahami lelaki dan kehidupan seksnya
Pemahaman di titik ini merupakan kunci untuk memertahankan hubungan jangka panjang yang sihat. Jika lelaki mempunyai alasan untuk percaya bahawa dia tidak mendapatkan seks yang cukup dari anda, jangan terkejut jika suatu saat anda mendengar timbulnya perselingkuhan. Sebelum hal tersebut menghantui, anda pun perlu memahami keperluan pasangan sehingga agenda seksual dapat saling memenuhi keinginan masing-masing. Oleh itu, cubalah seboleh mungkin membicarakan hal berkaitan seksualiti dengan pasangan dan jangan menganggap canggung masalah tersebut. Selain itu, katakanlah apa yang anda inginkan juga pada saat yang sama agar satu sama lain boleh saling menyempurnakan.
Memahami lelaki dan teman-temannya
Lelaki sering lebih asyik dengan rakan-rakannya berbanding dengan pasangannya. Mungkin terdengar remeh, namun hal ini bagi wanita sebenarnya sangatlah mengganggu. Agar anda dapat mulus melewati hal tersebut, anda harus berhati-hati menyuarakan pendapat dengan pasangan mengenai hal yang anda keluhkan kerana cara itu merupakan kunci penting untuk memahami pasangan. Pengaruh rakan-rakannya merupakan perkara luar biasa kerana mereka kerap menceritakan beberapa hal kepada teman lelakinya. Cara bijak untuk menghadapinya ialah memenangi boleh berdampingan rapi di antara teman-temannya dan menikmati kebersamaan sesekali dengan mereka. Hal ini jauh lebih bijak berbanding melarang dia untuk menyekat sosialisasi dengan rakan-rakannya.

Anonymous

Friday, October 11, 2013

Berhentilah Mengeluh...

Cuba renungkan penyampaian ini sebelum anda mulai mengeluhkan berbagai hal yang terjadi dalam hidup anda…

01]. Hari ini sebelum anda mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali

02]. Sebelum anda mengeluh tentang rasa dari makanan yang anda santap,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

03]. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

04]. Sebelum anda mengeluh bahwa anda buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

05]. Sebelum anda mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

06]. Hari ini sebelum anda mengeluh tentang hidup anda,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

07]. Sebelum Anda mengeluh tentang anak-anak Anda
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

08]. Sebelum anda mengeluh tentang rumah anda yang kotor karena pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

09]. Sebelum anda mengeluh tentang jauhnya anda telah memandu,
Fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

10]. Dan di saat anda lelah dan mengeluh tentang pekerjaan anda,
Fikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11]. Sebelum anda menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa,,,

12]. Kita semua menjawab kepada Sang Pencipta
Dan ketika anda sedang bersedih dan hidupmu dalam
kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahwa
anda masih hidup !

a. Kehidupan adalah anugerah
b. Hayatilah....
c. Nikmatilah....
d. Raikanlah....
e. Dan bersyukurlah....

13]. Cintai orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu

14]. Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan

15]. Anda tidak mencintai seseorang kerana dia cantik atau tampan,
Mereka cantik/tampan kerana anda mencintainya,,,

16]. Memang benar anda tidak tahu apa yang anda punyai sehingga ia pergi, tetapi ia
juga benar anda tidak tahu apa yang anda telah hilang sehingga ia tiba!

Anonymous

Saturday, October 5, 2013

Mengapa Wanita Harus Orgasma?

SEPERTI yang anda ketahui, hubungan seksual harus berakhir pada sebuah "kemenangan" dari kedua-dua belah pihak. Namun, kadang-kadang hubungan seks hanya berakhir dengan satu orgasma yang terjadi pada lelaki dan ini disebut seks tidak lengkap.

Untuk pencapaian orgasma, tidak satu pun yang dapat menyelesaikannya sehingga anda membantu pasangan mendapati orgasme tersebut. Ada beberapa alasan wanita selalu ingin mendapatkan orgasma untuk menenangkan dirinya.

Wanita mengalahkannya dengan faktor biologi
Pada akhirnya, terserah pasangan memutuskan bagaimana anda ingin menyelesaikan upaya secara fisiologi dengan bijaksana. Baik lelaki mahupun wanita, mengalami apa yang dikenali sebagai fasa resolusi pasca-orgasma. Ini merupakan fasa yang membolehkan tubuh anda untuk tenang. Bagi wanita, ini biasanya fasa lambat dan seringnya stimulasi boleh sangat menyenangkan. Untuk beberapa yang beruntung akan menyebabkan orgasma lebih lama. Bagi lelaki, fasa ini mempunyai tempoh refraktori yang membuat stimulasi lanjutan tidak diingini dan hanya tidur yang sangat dikehendaki.

Wanita peduli jika lelaki mempedulikannya
Menunjukkan bahawa anda peduli dengan kenikmatan seksual memberikan isyarat sebagai komitmen bahawa anda mempedulikan pasangan. Bagi wanita, itulah yang disebut "emosional yang menyenangkan". Wanita dapat meraih orgasma dengan kelajuan yang tepat, serta baiknya stimulasi visual yang dilakukan lelaki. Untuk melakukan itu, diperlukan sumbangan dari keadaan emosional wanita, di mana mereka ingin merasa aman, dicintai, dan diinginkan.

Wanita memerlukan waktu lama mencapai orgasma
Wanita seringkali memerlukan masa yang lebih lama untuk mencapai orgasma daripada lelaki. Anda harus tahu bahawa wanita tidak harus berpacu dengan kelajuan lelaki dalam meraih orgasma. Hal itu akan menghapuskan kecemasan prestasi orgasma pada wanita. Semakin banyak masa yang anda berikan untuk wanita, maka semakin cepat dia meraih orgasma.
Rasa prestasi
Ego untuk meraih orgasma seperti tuntutan bagi lelaki agar dapat memberikannya pada wanita. Sehingga, ada sejumlah buku dan media yang dirasa dapat disarankan untuk pasangan agar mengenal jauh tentang seni kenikmatan seksual. Belajar tentang anatomi masing-masing dan respons seksual merupakan cara terbaik untuk membawa kepuasan lebih lanjut untuk kehidupan seks anda berdua.

Anonymous

Friday, October 4, 2013

Memahami Sikap Prejudis Cina Terhadap Melayu

Sampai hari ini, sesetengah orang Cina masih menggunakan istilah menghina terhadap orang Melayu. Dalam dialek tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, bangsa yang tidak bertamadun.

Orang Cina yang memeluk Islam dikatakan ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi askar atau polis kerana anggap itu kerja kotor dan eksklusif kepada kaum Melayu.

Premis prejudis ini ialah kepercayaan bahawa budaya dan tamadun Cina lebih tinggi berbanding budaya dan tamadun Melayu. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ kerana menganggap tamadun dan budaya Barat lebih superior, tapi tidak terhadap orang Melayu-Bumiputera.

Dipandang sinis
Kejayaan orang Melayu-Bumiputera turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina sukar menerima hakikat kejayaan usahawan atau syarikat Melayu-Bumiputera, walaupun ia tulen dan dicapai menerusi kerja keras. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat.

Ini pandangan Ye Lin-Sheng, ahli perniagaan tempatan yang mempunyai syarikat di Malaysia, Hong Kong dan Australia dan berpengalaman berniaga di China, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Ibu bapanya migran dari China pada 1931, manakala beliau berkelulusan jurutera dan pernah pelajar di sekolah mubaligh Kristian.

Dalam bukunya The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye menulis: “Chinese find it easier to accept domination by white people as they recognised Western superior methods and technology, than by the Malay. Chinese may accept Malay political supremacy, but in their hearts they believe they are superior.

“This arrogance resulted in some blind spots and the inability or unwillingness to give credit to the Malays. They underestimate Malay capability, would not concede that Malay leadership has been very skilled, competent in its political, economic and social management. Chinese seldom attribute Malaysia’s success to the Malays.”

Pandang rendah pencapaian
Ye juga menegur sikap hipokrit sesetengah Cina yang memandang rendah pencapaian Melayu-Bumiputera padahal ramai dalam kalangan mereka mendapat lesen, kontrak perniagaan dan konsesi melalui naungan, kenalan, rasuah dan pelbagai kaedah tidak beretika.

Katanya, daripada 40 bilionaire dan jutawan Cina terkaya Malaysia yang disenarai oleh majalah seperti Malaysian Business setiap tahun, mustahil semuanya melalui titik peluh sendiri. Pasti ada yang dibantu atau mendapat layanan istimewa, sama ada daripada swasta mahupun kerajaan.

Dr Mahathir puji doktor Melayu
Satu contoh pandangan rendah orang Cina terhadap kejayaan dan pencapaian Melayu-Bumiputera ialah ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989. Lee Kuan Yew tidak yakin doktor Melayu di sini mampu menjalani pembedahan itu. Beliau menawarkan pakar bedah Cina Singapura yang kononnya lebih hebat dan berpengalaman.

Kejayaan beberapa pakar bedah Melayu tempatan menjalani pembedahan itu mendapat pujian Tun Dr Mahathir sendiri. Itupun masih tersebar khabar angin bahawa yang menjalankan pembedahan itu ialah pakar bedah yang dibawa dari Amerika Syarikat.

Ye berkata, antara sikap buruk orang Cina, seperti yang disebut Bo Yang, seorang penulis terkenal dari Taiwan dalam bukunya bertajuk The Ugly Chinaman ialah kasar, bising, bongkak, tidak mengenang budi, memandang rendah pencapaian orang lain dan suka merasuah. Mereka melihat ekonomi sebagai ‘zero-sum game’, justeru, tidak mudah berkongsi atau membuka ruang atau peluang kepada kaum lain. Banyak sektor ekonomi seperti pembinaan, pelombongan, peruncitan, pemborongan dan pembuatan, masih dikuasai peniaga Cina sehingga ke hari ini.

Anggap usahawan Melayu tak tulen
Dasar Ekonomi Baru dan pelaksanaan pelbagai usaha kerajaan termasuk agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang diumumkan dua minggu lalu membantu meningkatkan penyertaan dan pencapaian Melayu-Bumiputera dalam ekonomi. Reaksi umum komuniti perniagaan Cina ialah dasar sebegini bersifat intrusif, tidak adil dan tetap menganggap peniaga dan usahawan Melayu-Bumiputera sebagai tidak tulen, tidak gigih, tidak berkemampuan dan akan menghabiskan apa yang mereka dapat.

Orang Cina pada dasarnya tidak mempercayai kepemimpinan Melayu kerana bimbang akan menggunakan kuasa politik yang boleh mengancam dan menjejas kejayaan, pencapaian dan kewujudan mereka.

Pandangan Ye mungkin menimbulkan kontroversi, terutama dalam kalangan orang Cina sendiri tetapi ia pemerhatian yang jujur dan jelas. Tokoh sejarah, Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim mengakui hakikat ini serta mengiktiraf keikhlasan Ye dalam menganalisis hubungan Cina-Melayu dan kebenaran pandangannya.

Oleh : Juhaidi Yean Abdullah

Wednesday, October 2, 2013

Paha Seksi Gadis Ini Dijadikan Kanvas Lukisan

MASSACHUSETTS – Seorang seniman asal Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), menjadi popular setelah dia menghantar beberapa gambar karikatur yang dilukis pada pahanya beredar di internet.

Jody Steel, menunjukan foto-foto karya kreatifnya saat masih kuliah yang menggunakan pahanya sebagai kanvas saat dia merasa bosan ketika di dalam kelas.

Setelah mengambil beberapa foto karikatur luar biasa itu, dia mempostingnya secara dalam talian di laman miliknya.

Sejak awal kuliahnya di Universiti Emerson di Massachusetts pada 2011 silam, Jody sering mencipta gambar baru sebelum membersihkan karikatur dari pahanya.
Ketika dia mula menghantar gambar karikatur unik itu di laman web peribadi, ia menjadi popular di kalangan pengguna internet.

Di antaranya gambar yang paling terkenal adalah gambar Walter White watak dalam filem Breaking Bad dan Thom Yorke personel dari band Radiohead. Dia juga pernah menggambar Joseph Gordon Levitt actor dari filem Inception.

“Anda mungkin beranggapan kalau sebuah karya seni harus terlihat besar, tetapi saya tidak beranggapan demikian,” ujar Jody. Demikian diberitakan Daily Mail, Selasa (24/9/2013).










Foto-foto yang telah dia upload telah dilihat lebih daripada setengah juta kali pengguna internet dan akhirnya ia membuat sebuah fan page pada jejaring sosial Facebook untuk memudahkan orang lain melihat hasil karyanya. Jody juga telah didekati oleh syarikat-syarikat besar yang ingin mengupahnya.

“Syarikat dari seluruh dunia meminta saya untuk bekerjapada mereka untuk membuat logo syarikat,” kata Jody.

“Saya sudah menandatangani perjanjian pada beberapa syarikat besar untuk bekerja pada mereka, tetapi ini masih rahsia,” ungkap wanita yang sampai saat ini belum menyelesaikan kuliahnya.

Sumber : okezone.com

Tuesday, October 1, 2013

Chin Peng Hina Orang Melayu

PEMIMPIN Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sentiasa memandang rendah terhadap orang Melayu dan menentang kuat hak keistimewaan orang Melayu serta penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia.

Sifat cauvinis yang tebal pada Chin Peng diakui oleh beberapa bekas pemimpin komunis Melayu.
Seorang pemimpin kanan komunis Melayu menyatakan bahawa Chin Peng sering menyatakan kepadanya secara bersemuka bahawa: ''Bangsa Melayu adalah bodoh, mundur, pemikirannya tidak luas dan hanya berkisar dalam penghidupan kampung yang didiaminya, fanatik agama serta masa dan berpuas hati dengan keadaan mereka yang ada''.

Chin Peng juga tidak menyembunyikan pendapatnya kepada pemimpin komunis Melayu ketika itu tentang penentangannya terhadap status 'bumiputera' kerana ia menggambarkan penguasaan politik orang Melayu terhadap bukan Melayu.

Setiausaha Agung PKM itu juga berhujah golongan pertengahan Melayu adalah 'alat' kepada kerajaan, hasil daripada perancangan British dan kerajaan Malaysia bertujuan meneguhkan pemerintahan mereka menerusi sokongan ramai kaum Melayu.

Golongan pertengahan Melayu juga dianggap oleh Chin Peng bersekongkol dengan golongan kapitalis dan monopolis untuk mengeksploit kekayaan negara.

Pemimpin komunis Melayu mendedahkan pembohongan nyata propaganda PKM kononnya berjuang untuk kesamarataan kaum dan penggunaan semua bahasa sebagai bahasa rasmi.

Ini adalah kerana di dalam PKM, bahasa Cina diguna dengan meluas manakala bahasa lain termasuk Inggeris tidak diendahkan seperti dalam dokumen dan surat arahan parti serta mesyuarat parti.

Chin Peng tanpa berselindung menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa mundur dan terhad daripada segi perbendaharaan istilah dibandingkan dengan bahasa Cina.

Dalam satu mesyuarat PKM pada 1965, dasar kerajaan Malaysia mengutamakan bahasa Melayu disifatkan oleh Chin Peng sebagai diskriminasi dan mendakwa kerajaan memberi layanan rendah terhadap bahasa Cina.
Slogan PKM yang melaungkan perjuangan untuk membina Republik Rakyat Malaya dan sepatutnya bermakna kesetiaan kepada Malaya hanyalah pembohongan kerana kepimpinan PKM memandang kiblat kepada China sebagai asas kesetiaan dan sumber inspirasi.

Pemimpin komunis Melayu mencatatkan perkataan yang disebut oleh ahli-ahli jawatankuasa pusat PKM yang menyifatkan lawatan kerap mereka ke China sebagai 'Hui Chu Kuo', bermakna 'pulang ke tanah ibunda'.
Meskipun kerap disarankan supaya PKM memberi perhatian untuk meraih sokongan orang Melayu, Chin Peng berterusan menolak kerana menganggap sokongan Melayu sebagai tidak relevan.

Chin Peng percaya apabila PKM berjaya merampas kuasa, orang Melayu akan terdorong untuk menerima komunisme dengan memberi contoh sejurus selepas Jepun menyerah kalah pada 1945 dan sebelum kepulangan Tentera Bersekutu, pasukan MPAJA (Tentera Rakyat Malaya Anti Jepun) telah 'berjaya' memastikan orang Melayu tunduk, dengan ancaman senjata.

Chin Peng juga beranggapan Malaya dan Singapura sebagai satu entiti yang sama, dan ini akan menjadikan bilangan penduduk Cina sebagai kumpulan majoriti yang seterusnya menurunkan status orang Melayu kepada minoriti.

Sumber : Utusan Malaysia