Tuesday, May 7, 2013

Melayu Apabila Ditekan Dan Lemah...

TAHNIAH kepada BN dan rakyat Malaysia kerana memberikan Malaysia Baru pada 6 Mei 2012. New Malaysia yang dimaksudkan adalah Malaysia yang lebih rasis dan lebih terpecah.

Ini dapat dilihat dengan jelas melalui keputusan PRU-13, iaitu 95 peratus orang Cina hanya mengundi Cina dan 50 peratus Melayu mengundi Melayu selebihnya tidak kisah undi mana-mana kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bakal memikul cabaran lebih besar dan getir untuk lima tahun akan datang bukan sahaja dalam memajukan ekonomi tetapi yang lebih utama menyatukan semula rakyat Malaysia yang kian berpecah.

Dengan perpecahan yang berlaku tidak mustahil akan berlaku rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 dan mungkin menyaksikan Pulau Pinang keluar dari Malaysia dan melengkapkan kawalan utama ke atas pintu masuk dan keluar Selat Melaka.

Hakikatnya, mentadbir Malaysia yang bercampur kuasa politik atau lain kuasa politik negara dan negeri bukan cabaran yang sukar berbanding mentadbir Malaysia yang berpecah kaumnya. Ini kerana rakyat Malaysia tidak lagi berkongsi arah tuju, matlamat, sasaran dan kehendak perdana yang sama.

Kita mungkin boleh menyalahkan kegagalan mewujudkan sistem satu sekolah, masalah DEB, agenda perangi rasuah, tuntutan LGBT, isu pluralisme, kalimah Allah dan sebagainya, tetapi ini adalah kehendak rakyat minoriti yang amat hampir kepada kehendak majoriti.

Saya masih suka untuk menyalahkan Pak Lah kerana telah membuatkan Cina berani untuk bermimpi. Cina kini dare to dream untuk merampas kuasa politik daripada Melayu.

Akhir sekali, saya pinta orang Cina yang bersatu dalam kuasa undi perkauman mereka agar memikirkan dengan serius akibat yang akan terjadi jika keseimbangan ekonomi, politik dan sosial mempunyai jurang yang besar.

Juga, fikirkan keupayaan tersembunyi orang Melayu apabila mereka ditekan dan lemah.

Oleh : Mohd. Nurut Fakeh Hayat
          Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment