Thursday, May 30, 2013

Parti Tunggal, Siapa Yang Untung?

URA-URA mahukan satu parti politik sahaja, perlu dibuat kajian yang amat teliti, mendalam dan serius.

Cadangan ini telah kita ketahui telah lama disarankan oleh parti Gerakan setelah mereka kalah dalam PRU-12.

Kita sebagai orang Melayu dan parti UMNO khasnya haruslah memikirkan dari segi untung ruginya jika satu parti sahaja diwujudkan iaitu Barisan Nasional (BN).

Sudah tentu tiada lagi UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak!

Parti-parti ini umumnya berjuang dan berpaksikan kepada satu kaum atau bangsa dan aspirasi perjuangan bangsa sejak sebelum dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Berdasarkan masyarakat majmuk di Malaysia, adakah cadangan ini baik atau menguntungkan orang Melayu dan Islam? Jika kita mahu mengambil contoh negara lain atau negara jiran terdekat seperti Thailand dan Filipina, mereka terdiri daripada kaum sama atau setidak-tidaknya mereka berfahaman dan menganut agama sama.

Di negara kita amat berbeza sekali kerana majoriti penduduk yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, manakala kaum minoriti orang Cina dan India pula yang berfahaman dan menganut agama yang berbeza.

Keputusan PRU-13 yang lepas kita telah menyaksikan berlaku tsunami orang Cina mengundi pembangkang terutama DAP.

Parti komponen BN terutamanya MCA dan Gerakan telah kalah teruk. Jika tanpa sokongan orang Melayu yang menjadi majoriti senyap, maka parti UMNO pun sudah lama 'bungkus'.

BN pun pasti rebah dan tumbang menyembah bumi jika tanpa bantuan orang Melayu, bumiputra Sabah/Sarawak dan segelintir orang India.

Jadi kita rasa jika sistem satu parti atau parti tunggal dipersetujui, maka yang untung bukanlah orang Melayu tetapi orang bukan Melayu atau orang Cina dan India!

Sejak PRU pertama selepas Merdeka, UMNOlah yang mempunyai calon ADUN dan Parlimen yang ramai kerana mewakili majoriti penduduk Malaysia.

Wakil UMNO yang menjadi majoriti dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Wakil UMNO yang menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan majoriti menteri-menteri kerajaan BN.

UMNO mendominasi dan menjadi tulang belakang parti Perikatan atau Barisan Nasional sekarang!

Jika hanya ada parti tunggal adakah perkara ini akan diteruskan?

Platfom manakah mereka mahu berkumpul dan bincang hal agenda Melayu seperti persidangan tahunan UMNO?

Adakah kita sudah menganggap agenda bumiputra sudah selesai? Cukup setakat ini sahaja kita tolong orang Melayu? Tahap ekonomi Melayu sudahkah mencapai 30 peratus?

Sudah tertubuhkah universiti berteknologi tinggi untuk anak-anak Melayu atau universiti UMNO?

Kita jangan lupa MCA dan MIC telah lama ada universiti dan institusi pengajian tinggi mereka sendiri!

Agenda mereka mungkin sudah selesai, kerana hampir keseluruhan perniagaan di negara ini telah dikuasai mereka! Apakah kita sudah mahu mentalkinkan UMNO sebagaimana yang ditunggu-tunggu oleh DAP?

Tanpa UMNO, adakah orang Melayu perlu pergi mengadu kepada Perkasa atau NGO-NGO Melayu lain?

Atau orang Melayu akan kecewa dan beralih angin ke parti lain seperti Pas pula atau menubuhkan sebuah parti Melayu baru?

Persoalan-persoalan inilah yang perlu dijawab oleh pemimpin politik kita sebelum keputusan muktamad diambil. Beberapa tabung uji perlu dikaji dan diselidik dalam makmal yang akan ditubuhkan.

Patut diingat dengan adanya satu parti, maka pihak yang kalah dan minoriti akan sentiasa terselamat dan menjadi penumpang kepada parti lain lebih dominan iaitu UMNO!

Sekiranya wakil kaum ini tidak menang, tiada siapa pun boleh mempertikaikan kerana yang kalah adalah calon parti sama?

Jadi, apabila susunan Kabinet jemaah menteri dibuat, maka orang Cina dan India akan juga dilantik mengikut kouta yang dipersetujui walaupun mereka kalah teruk!

Bagaimanakah pula jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Jika telah dalam satu parti, maka orang Cina dan India juga berminat jawatan-jawatan tersebut. Apa alasan kita jika mengatakan mereka tidak layak?

Sedangkan mereka juga berada dalam parti sama? Apakah Perlembagaan Malaysia juga nanti perlu dipinda? Kita juga harus ingat adakah telah terjamin jika kita adakan parti tunggal, orang Cina akan mengundi BN nanti pada PRU-14?

Begitu juga orang Melayu, adakah mereka akan terus menyokong BN jika bukan lagi atas nama UMNO?

Oleh : Sharial Omar Al-Munsyi
          Rawang, Selangor

Wednesday, May 29, 2013

Isyarat Wanita Bila Jatuh Cinta

WANITA memang tak mudah mengutarakan perasaan sukanya pada lelaki. Namun, ada beberapa tanda yang mungkin boleh anda lihat untuk membuktikannya.

Cinta memang boleh datang pada siapa saja. Lelaki dan wanita boleh merasakan jatuh cinta. Malangnya, wanita tak mudah untuk menyampaikan apa yang dirasakannya. Harga diri dan rasa malu membuat wanita hanya boleh mengutarakannya melalui isyarat-isyarat tertentu.

Media sosial
Jejaring sosial merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian lelaki. Wanita akan berusaha membuat anda melihat apa yang ditulisnya. Caranya, dengan mengungkap hal-hal yang anda sukai. Namun demikian, dia berusaha membuat hal tersbeut seperti tak ditujukan langsung untuk anda.

Mencari tahu
Wanita memang penuh dengan rasa ingin tahu yang tinggi. Dia akan berusaha mengupas apa pun yang berkaitan dengan diri anda. Tapi ketika sang lelaki menyampaikan hal yang sama, dirinya akan pura-pura terkejut.
Selalu ingin berdampingan dengan anda
Jika duduk di kerusi, wanita akan mencari celah untuk duduk di sekitar anda. Seboleh mungkin dia ingin anda selesa berada di sekitarnya.

Anonymous

Apa Diperjuangkan Parti Tunggal?

SEBELUM Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), timbul cadangan untuk membolehkan keahlian terus ke dalam Barisan Nasional (BN) tanpa perlu melalui mana-mana parti komponen.

Pasca PRU-13 pula, timbul saranan baharu untuk menggabungkan beberapa parti komponen mewakili kaum yang sama mahupun menjadikan BN satu parti tunggal atas alasan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.

Kesemua cadangan itu mempunyai kelebihan serta kelemahan tersendiri, dan perlu dikaji dengan lebih mendalam pelaksanaannya termasuk kesan kepada masa depan sistem politik negara di samping impak berangkai ke atas sistem sosio-ekonomi rakyat.

Penerimaan pemimpin politik dalam parti-parti komponen mahupun penerimaan ahli serta pengundi juga perlu diambil kira kerana cadangan ini boleh membawa kepada perpecahan dalaman khususnya bagi pihak yang merasakan ia merugikan parti mahupun pengundi mereka.

Bagi penganalisis politik antarabangsa (Asia Tenggara), Ahmad Zaki Hassan, cadangan parti tunggal tidak boleh dilaksanakan dengan segera kerana perlu berbincang antara parti komponen dan dikaji secara mendalam terlebih dahulu.

"Secara peribadi, saya melihat sistem parti komponen BN kini lebih dinamik berbanding parti tunggal. Walaupun tidak nampak begitu dalam PRU-13, sistem ini dinamik sepanjang 12 PRU sebelum ini dan sistem ini akan kekal relevan untuk PRU akan datang.

"Apa yang perlu diubah adalah cara kerja, cara kerjasama dan cara bertindak. Kalau jadi parti tunggal tetapi semua ini tidak berubah, maka tiada hasilnya, seperti mengubah nama atau kulit sahaja," katanya.

Tegasnya, tiada makna jika sekadar menghapuskan parti-parti komponen tetapi tiada perubahan lain terutama sekali jika tidak tahu tujuan dan haluan sebagai parti tunggal.

Mengambil contoh DAP sebagai 'parti tunggal', beliau melihat kehadiran orang Melayu dan India dalam parti dikuasai orang Cina itu tidak menonjol dan sekadar pengikut untuk mencukupkan syarat sahaja sehinggakan idea 'pelbagai kaum' itu tidak tercapai maknanya.

"Jika BN jadi 'tunggal' seperti DAP, kaum paling ramai dalam parti yang akan menguasainya sehinggakan BN kelak akan dilihat memperjuangkan satu kaum sahaja.

"Seperti mana Melayu melihat Cina mendominasi DAP, orang Cina juga akan melihat Melayu mendominasi 'BN tunggal' jika kaum itu menjadi majoriti ahlinya. Ini akan memburukkan lagi pandangan serong orang Cina kononnya BN memperjuangkan orang Melayu sahaja," ujarnya.

Beliau melihat gabungan parti komponen yang mewakili kaum yang sama lebih realistik daripada 'parti tunggal' untuk semua tetapi ia tidak boleh dilakukan secara drastik kerana walaupun prinsip perjuangan mereka hampir sama tetapi ada bezanya.

Bagaimanapun, beliau merasakan saranan untuk penyertaan ahli secara terus kepada BN tanpa perlu melalui parti komponen adalah lebih sesuai kerana ahli diberi pilihan dan boleh menjadi langkah awal ke arah sistem parti tunggal.

"Penyertaan terus ke dalam BN boleh menjadi elemen tambahan, lebih kepada penyokong dan bukan mengejar jawatan. Jika kumpulan ini mencapai tahap majoriti, maka ketika itu mungkin sesuai dibincang saranan menjadi parti tunggal.

"Saya juga kurang setuju alasan pengundi muda dan di bandar tidak mengundi mengikut kaum untuk menjadikan BN parti tunggal kerana selain segelintir orang Melayu yang tidak 'undi kaum sendiri', majoriti yang lain undi mengikut kaum masing-masing," tegasnya.

Ahmad Zaki memberi contoh, walaupun berlaku tsunami Cina kepada pembangkang tetapi undi jumlah orang Cina yang mengundi Pas dalam PRU-13 sama ada berkurangan atau tidak berubah, dan Pas kehilangan kerusi akibat orang Melayu serta ahli parti itu sendiri menolak mereka.

"Sistem parti komponen BN masih dinamik. UMNO memang kuat dan mampu mendapat majoriti mudah untuk memerintah tetapi untuk kelangsungan BN tidak boleh melihat satu komponen sahaja. Komposisi kaum di negara ini memerlukan kerjasama kaum lain untuk dapatkan majoriti dua pertiga," jelasnya.

Penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula melihat beberapa perkara pokok perlu diselesaikan sebelum menyarankan BN menjadi parti tunggal kerana idea sama pernah dikemukakan sebelum merdeka dahulu.

"Idea serupa dikemukakan pada 1952 dan memang nampak bagus ketika itu. Namun, pada masa itu orang-orang Melayu baru sahaja belajar berpolitik dan berorganisasi sedangkan orang Cina dan India sudah mantap.

"Orang Cina dengan persatuan-persatuan, sekolah, termasuk parti komunis dan masih berhubung dengan tanah besar China sementara orang India kuasai kesatuan pekerja serta koperasi. Dengan jumlah penduduk sama banyak ketika itu, Melayu akan menjadi pengikut sahaja (dalam parti tunggal)," dakwanya.

Menurutnya lagi, itu adalah kenyataan sejarah ketika negara belum merdeka dan kini dengan 63 peratus majoriti penduduk Melayu dan bumiputera, orang Cina dan India pula perlu tanya diri sendiri adakah mereka bersedia terima kepimpinan Melayu dalam 'BN tunggal'.

Tambahnya, itu antara persoalan pokok sebelum menjadikan BN sebuah parti tunggal kerana penerimaan semua rakyat terhadap politik tanpa perkauman dan tahap kematangan politik di negara ini amat penting.

"Melalui sistem komponen kini, kedudukan semua kaum dalam BN setara dan sudah cantik dengan berjuta-juta ahlinya. Adakah ahli-ahli ini akan setuju untuk korbankan perkara pokok yang dikanunkan dalam perlembagaan dengan duduk di bawah satu organisasi tunggal?

"Jika parti-parti komponen memperjuangkan kaum masing-masing, apa pula ideologi akan dibawa BN tunggal itu? Jika UMNO setuju (bubar), sediakah korbankan Perkara 153, Islam, hak istimewa Melayu dan sebagainya," soal beliau.

Zainal Abidin menjelaskan Perikatan dahulu ditubuhkan untuk tuntut kemerdekaan sementara BN dibentuk pada 1974 dengan mempelawa semua parti politik turut serta membangunkan negara mengikut perundangan selepas tragedi 13 Mei di samping mengurangkan politiking.

"Penubuhan Perikatan dan BN mempunyai matlamat, apa matlamat menjadikan BN parti tunggal, untuk negara atau diri sendiri? Kena tengok juga rakyat sudah matang, politik jalanan bukti rakyat Malaysia belum matang berpolitik.

"BN sepatutnya jawab dahulu tuduhan 'Red Bean Army' kononnya UMNO 'big brother' dan MCA mengikut telunjuk. Kekuatan BN adalah perundingan antara komponen dan BN itu sendiri kontrak sosial yang terbaik, mengajak bersama-sama berpolitik sambil membangunkan negara," tegasnya.

Beliau turut membidas jentera UMNO yang 'tidur' selepas menang pilihan raya tetapi tidak berusaha menyangkal tuduhan-tuduhan yang dibuat pihak yang asyik berhimpun di jalanan itu, dan kini berdepan pula 'perangkap' untuk bubar parti dan menjadi parti tunggal.

"Tanpa semangat dan pendidikan politik, pembubaran UMNO hanya akan menyebabkan orang lain 'naik tocang'. Jangan yang dikejar tak dapat, dikendong pula berciciran," katanya.

Oleh : Nurul Anuar kari

Tuesday, May 28, 2013

Fantasi Seks, Bolehkah?

Banyak pakar seksual yang sangat menyarankan pasangan dalam berfantasi jika memang dirasa sulit dalam meraih orgasme. Tetapi bagi beberapa orang, sering merasakan perasaan bersalah jika mereka melakukan hal tersebut. Sebenarnya fantasi bercinta, bolehkah?

Menurut beberapa pakar seks dengan berfantasi saat bercinta dengan pasangan merupakan cara yang paling baik untuk terus mengobarkan semangat dan ghairah bercinta.
Namun masalah fantasi seksual ini memang ada yang pro dan kontra mengenai apakah hal ini baik untuk dilakukan saat berhubungan seksual atau tidak.

Fantasi bercinta boleh dilakukan kerana dalam hubungan perkahwinan jika tidak pernah melakukan fantasi bercinta, maka nantinya akan mengalami kebosanan dalam hal bercinta yang akan menyebabkan hubungan anda tidak harmonis lagi.

Beberapa kajian menyebutkan bahawa dengan melakukan fantasi seks dapat menambah ghairah dalam bercinta serta menjadi lebih selesa dan akan mempunyai waktu yang rutin dalam melakukan hubungan seks. Dengan melakukan fantasi seks ini juga boleh membuat wanita dalam orgasme.

Banyak terapi seks yang mengatakan bahawa pasangan yang tidak pernah melakukan fantasi seks akan mempunyai kehidupan yang dirasakan kurang sihat.
Mereka percaya bagi mereka yang tidak pernah melakukan fantasi seks atau tidak mengakuinya, kurang dalam hal memperhatikan dari isi otaknya sendiri atau menerima sebuah fantasi dari filem ataupun buku.

Sedangkan yang kontra terhadap fantasi seks ini dikarenakan jika mereka terlalu terobsesi dengan fantasinya, nantinya akan dapat menguasai fikiran orang tersebut sehingga berpotensi dalam menghancurkan hubungan perkahwinan.

Banyak yang berfikir bahawa fantasi seks sama saja dengan melakukan hubungan selingkuh dan melakukan dosa. Fantasi seks juga dirasa dapat menjadikan sebuah pelampiasan dari apa yang hilang dari hubungan seksual anda dengan pasangan.

Jadi bolehkan berfantasi dalam hubungan seksual? Banyak yang mengatakan penyelesaian adalah jika memang mempunyai sebuah fantasi seks maka hindarilah perasaan bersalah. Jika anda terlalu berfikir untuk melakukan fantasi seks sebaiknya memang tidak untuk melakukannnya..... Anonymous

Thursday, May 23, 2013

Ikhwanul Muslimin Mengkagumi Dr Mahathir

Ikhwanul Muslimin `guna' Dr Mahathir sebagai model kebangkitan Islam...
Kepimpinan dan pemikiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

Dr Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.

Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.

Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mosri.

Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih belum stabil samada dari segi ekonomi dan politik.

Berikutan itu, Ikhwanul Muslimin menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia memberikan pandangan mereka, apa lagi nak buat supaya Mesir stabil dan maju.

Pada Ahad, Dr Mahathir yang cukup dikenali di dunia Islam sebagai peneraju pembangunan negara Islam yang sederhana dan maju selepas 22 tahun mentadbir Malaysia dijemput berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh rata-ratanya pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir. klik disini

Persidangan tersebut mendapat liputan luar biasa oleh media bukan sahaja dari Mesir bahkan dari seluruh dunia Arab.

Dalam ucapannya Dr Mahathir mengajak kerajaan baharu Mesir mencontohi pengalaman Malaysia sebagai model dalam memacu kemajuan ekonomi di negara ini.

Objektif permulaan adalah untuk menjana kekayaan, katanya dalam persidangan bertajuk Kebangkitan di Seluruh Dunia: Malaysia sebagai Model.

‘‘Saya percaya rakyat Mesir menyedari kesukaran yang sedang mereka hadapi dan tidak malu untuk belajar daripada pengalaman negara lain yang telah berjaya,’’ katanya, sambil menambah kata, rakyat Mesir boleh menjadikan Malaysia sebagai model untuk memulakan usaha bagi memacu kemajuan ekonomi di negara mereka.

Sambil menceritakan pengalamannya mentadbir Malaysia, Dr. Mahathir berkata, kepelbagaian agama dan etnik di Malaysia tidak menjadi halangan untuk mengejar kemajuan, sebaliknya semua pihak mengetepikan perbezaaan ideologi untuk mengambil bahagian dalam proses evolusi negara.

Mahathir turut mencadangkan agar kerajaan baharu Mesir memberi tumpuan kepada membangunkan keadilan sosial dan infrastruktur di bawah fasa pasca revolusi.

“Oleh itu, kerajaan Mesir perlu memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan dan melaksanakan dasar ekonomi yang boleh membuka peluang pekerjaan baharu," katanya.

Beliau turut menarik perhatian pihak pembangkang di Mesir dengan berkata bahawa mereka perlu mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang di negara ini dengan mendekati rakyat.

Ketika bercakap pada sidang akhbar bersama Timbalan Penasihat Tertinggi Pergerakan Ikhwan Muslimin, Khairat El-Shater, selepas itu, Dr. Mahathir berkata rakyat Mesir perlu sedar tentang garisan yang terlalu nipis antara kebebasan dan huru-hara, kerana situasi huru-hara di dalam negara boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan mencetuskan halangan baharu untuk mencapai kemajuan.

Sementara itu, Khairat memuji pencapaian Malaysia di bawah era Dr. Mahathir.

Katanya, Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul sebagai negara maju dengan menggunakan pendekatan moden tanpa mengubah kebudayaan penduduknya.

“Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul menjadi sebuah negara maju daripada sebuah negara yang mundur.

“Kami (rakyat Mesir) boleh mencontohi beberapa aspek yang diguna pakai oleh Malaysia untuk mencapai tahap tersebut," jelasnya.

Tuesday, May 21, 2013

Bangkitlah Daripada Kekecewaan

Kaum Cina di negara ini diminta menghentikan kekecewaan nenek moyang mereka yang 'terpaksa' tinggal kekal di negara ini kerana pada asalnya ingin kembali ke Tanah Besar China tetapi terhalang akibat 'dasar tutup pintu' kerajaan komunis republik itu satu ketika dahulu .

Sebaliknya menurut seorang pemuda yang dikenali sebagai Tai Zee Kin, masyarakat Cina tempatan perlu bersedia dan segera mengasimilasikan diri dengan kebudayaan dan persekitaran Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dengan kaum Melayu sebagai teras.

Katanya, rata-rata masyarakat Cina tempatan bersikap cauvinis serta masih gagal berasimilasi dengan budaya dan masyarakat setempat seperti diaspora Cina di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Thailand yang melakukannya dengan rela hati tanpa berkompromi dengan identiti mereka.

"Bangkitlah daripada rungutan dan kekecewaan nenek moyang kita yang tidak boleh pulang ke China. Kita telah selesaikan perkara tersebut. Biarkan rungutan dan kekecewaan itu terkubur bersama nenek moyang kita. Fikirkan semula pendirian anda sebagai rakyat Malaysia.

"Sila berintegrasi dan berasimilasi dengan budaya tempatan dan sudah tentu, kekalkan Mandarin untuk menjejaki asal-usul anda. Bukan sebaliknya kerana ia akan membuatkan anda masih terperangkap dengan kekecewaan nenek-moyang kita," katanya seperti dipetik dalam blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com hari ini.

Zee Kin seterusnya turut mengkritik masyarakat Cina Malaysia yang berterusan mempertahankan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang kononnya bagi memelihara kebudayaan serta keilmuan Cina yang berusia lebih 5,000 tahun yang dilihat menganggu proses asimilasi kaum.

Sebaliknya, beliau menimbulkan persoalan adakah benar kewujudan 1,297 sekolah Cina di seluruh negara sejak dahulu bertujuan memelihara kebudayaan dan keilmuan Cina atau semata-mata mempersiapkan generasi kedua Cina di Tanah Melayu ketika itu untuk kembali ke China.

Tambahnya, masyarakat Cina rata-ratanya rela menggunakan nama Kristian yang dianggap berdarjat lebih tinggi daripada Cina seperti Michael atau Joseph walaupun mereka bukan Kristian, berbanding menggunakan nama Islam seperti Zikri atau Melayu seperti Mawar, sebelum diikuti nama keluarga mereka.

"Persoalan mengapa kita (Cina) gagal mengadaptasi nilai dan budaya setempat adalah sesuatu yang perlu kita renungkan. Saya tidak akan menyatakan sebabnya di sini kerana bimbang dilabel 'pembelot bangsa' seperti dilakukan secara biadap oleh golongan cauvinis (Cina) ke atas Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim," katanya.

Oleh : Raja Syahrir Abu Bakar

Monday, May 20, 2013

Ciuman Mengairahkan

Pada umumnya dalam aktiviti bercinta memang bermula dari sebuah ciuman. Disebabkan ciuman dipercaya banyak orang dapat meredakan situasi dan keadaan canggung yang seringkali dialami oleh wanita.

Berciuman itu sendiri sebenarnya mempunyai seni dan juga menimbulkan sensasi yang bermacam-macam. Ciuman diharuskan menjadi sebuah hal yang eksploratif dan juga hal yang dinamik. Ciuman juga boleh membangkitkan hasrat seksual dari pasangan jika anda melakukannya dengan serius dan bukan sebagai selingan sahaja.

Mencium dengan betul dapat mewujudkan sebuah keselesaan dan juga kesenangan tersendiri bagi anda dan pasangan. Mencium dengan baik dan betul juga dapat menumbuhkan sebuah keromantisan dalam hubungan percintaan.

Pertama jika akan melakukan ciuman sebaiknya jangan tegang, sebaiknya diri anda dan pasangan harus tetap tenang. Kemudian bernafaslah secara teratur dan santai, janganlah bernafas dengan tempo yang cepat seperti selepas berlari.
Jangan pernah tanyakan kepada pasangan untuk ingin menciumnya, kerana wanita menyukai kejutan yang diberikan pasangannya. Namun yang perlu diperhatikan adalah anda juga harus pintar dalam melihat situasi dan keadaan pasangan jika ingin menciumnya.

Maksudnya janganlah anda menciumnya disaat pasangan sedang dalam masalah atau suasana yang genting.

Saat bercium sebaiknya anda telah membersihkan terlebih dahulu mulut serta gigi. Hal ini penting bagi keselesaan saat berciuman dengan pasangan.

Sebaiknya untuk menutup mata disaat anda dan pasangan berciuman supaya mendapatkan sensasi yang dalam dari momen ciuman tersebut dan juga menimbulkan perasaan tenang ketika berciuman.

Hal lain yang perlu diperhatikan adalah janganlah salah dalam mengambil kedudukan. Ambilah arah yang berlawanan dari kepala pasangan jika ingin mencium. Kemudian bukalah mulut sedikit dan dekatkan secara perlahan di bibir pasangan serta bernafaslah dengan normal melalui hidung.

Anda boleh meletakkan tangan pada pinggang pasangan, wajah, punggung atau boleh dengan bergandingan tangan. Yang terpenting sekali lagi apabila melakukan ciuman adalah janganlah tegang, dengan begitu nantinya anda akan merasakan keghairahan dan keindahan disaat berciuman berlangsung.

Anonymous

Percumakah Kehidupan Kita?

HAMPIR semua orang inginkan segala perkara dalam kehidupan ini secara percuma supaya tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu yang dingini. Kesudahannya, apakah nilai ‘percuma’ dalam kehidupan kita?

Kita telusuri sejarah kemerdekaan negara kita. Tidak mungkin kita mencapai kemerdekaan tanpa pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu sehingga ada yang mengorbankan harta benda malah nyawa mereka.

Maka itu adalah harga sebuah kemerdekaan yang perlu dibayar oleh pejuang-pejuang kemerdekaan untuk negara kita.

Sekiranya kita lihat pula kemajuan dan keamanan negara kita, percumakah kemajuan dan keamanan yang kita nikmati? Tidak mungkin kita capai kemajuan tanpa adanya pembangunan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara kita dengan sokongan padu rakyat.

Maka itu adalah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan kemajuan negara. Manakala keamanan pula dibentuk oleh pemimpin dan rakyat dengan saling bertoleransi antara kaum serta dengan menghormati perlembagaan dan persefahaman yang telah dibina oleh pemimpin terdahulu negara kita.

Sering kali kita terdengar segolongan rakyat menuntut agar sesetengah perkara diberikan secara percuma serta diberikan subsidi seperti pendidikan percuma.

Timbul satu persoalan, adakah salah untuk menuntut pendidikan percuma? Semestinya tidak salah namun sedar atau tidak, dalam negara kita pendidikan daripada sekolah rendah hingga ke menengah boleh dikatakan percuma (dengan bayaran minimum hanya untuk pendaftaran), diberi buku teks percuma dan perkara-perkara lain.

Malah di universiti sekali pun pendidikan adalah percuma kerana sekiranya kita berjaya bergraduasi dengan ijazah kelas pertama maka pinjaman akan ditukarkan kepada biasiswa.

Sebenarnya tidak salah untuk menyuarakan permintaan dan tuntutan kepada kerajaan tetapi pada masa yang sama adalah perlu untuk kita menghargai perkara yang sudah kita kecapi.

Sehingga bilakah kita ingin menjadi manusia yang meminta tanpa mentransformasikan diri kepada manusia yang memberi? Mungkin kita telah terlupa bahawa sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

Secara konklusinya, kehidupan yang kita nikmati kini bukanlah sesuatu yang percuma. Nilai kehidupan bergantung kepada bagaimana kita membina kehidupan dan menghargainya.

Yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek, maka kitalah yang perlu berusaha untuk mendapatkannya. Mana mungkin kita mendapat sagu tanpa memecahkan ruyungnya. Mari kita mulakan langkah untuk menjadi insan yang memberi tanpa hanya tahu meminta.

Oleh : Haja Mydin Abdul Kuthoos
          Universiti Sains Malaysia

Friday, May 17, 2013

Jaga Penampilan Di Depan Suami

Menurunnya hubungan seksual terkadang memang datang secara tiba-tiba. Biasanya lelaki yang mudah sekali mengalami penurunan hasrat seksual. Ini mungkin terjadi kerana lantaran adanya rasa bosan.

Mungkin hampir setiap hubungan seks pada masa-masa pernikahan merupakan masa dimana hasrat sangat tinggi. Frekuensinya saat awal perkahwinan sangat banyak mungkin sehari boleh sampai tiga kali atau lebih.
Penampilan merupakan salah satu daripada banyak faktor yang boleh membuat hubungan seksual menjadi menurun. Biasanya para isteri kurang menjaga penampilan di hadapan suami terutama ketika melakukan hubungan seksual.

Ada pun yang menyebabkan suami menjadi kehilangan hasratnya iaitu kurangnya sebuah keromantisan terhadap suami, rayuan-rayuan yang mungkin boleh menggoda dan rawatan tubuh. Sebaiknya rawatan tubuh ini terus dilakukan kerana pasca melahirkan tubuh wanita akan mengalami kemontelan.

Untuk menjaga penampilan agar tetap cantik dan menggoda di hadapan suami tidak perlu berbelanja mahal. Pastikan anda cukup sihat dan rapi. Ada baiknya berpakaian terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan yang sangat intim atau meminta suami untuk bercuti ke tempat-tempat yang romantis dan memanfaatkan percutian tersebut.

Anonymous

Menyusur Perjanjian 13 Perkara

RAKAN penulis, seorang pemimpin muda di Teluk Intan, bertanyakan tentang isi perjanjian UMNO dan Pas yang dikatakan pernah ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia/Presiden Perikatan dan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (Pas) merangkap Menteri Besar Kelantan pada tahun 1972.

Terus terang, penulis sememangnya tidak pernah mendengar tentang wujudnya ‘Perjanjian 13 Perkara’ yang disebutkan oleh rakan tersebut. Al-maklum, penulis belum pun lahir ketika satu kemuncak perjanjian muafakat politik dapat dilakukan antara dua parti utama orang Melayu beragama Islam ketika negara berhadapan dengan situasi politik yang sukar.

Perjanjian 13 Perkara UMNO-Pas’ itu berlaku tiga tahun selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Kita dapat mengagak bahawa iklim dan suhu politik berada di takat yang paling tinggi dalam sejarah negara.

Pas menang agak besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969 tersebut, apabila mendapat hampir 23.75 peratus (%) undi popular, dengan 12 kerusi. DAP yang juga merupakan sekutu Pas juga menang besar.

Penulis bernasib baik, kerana ada beberapa blog yang memberikan tumpuan kepada isi ‘Perjanjian 13 Perkara’ yang dimaksudkan oleh rakan tersebut. Bukanlah tujuan tulisan ini untuk mengemukakan jalan politik baru, namun elok agaknya kita menyusur apakah 13 isi yang dimaksudkan dalam perjanjian tersebut.

Menurut blog tersebut, antara isi perjanjian tersebut adalah seperti berikut:

1. Sebuah kementerian akan diberi kepada Pas, iaitu Kementerian Kemajuan Tanah dan Tugas-Tugas Khas yang akan bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, pembukaan dan kemajuannya, dan juga perkara-perkara lain yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri dari satu masa ke satu masa.

2. Menteri tersebut akan dilantik dengan persetujuan Raja-Raja menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

3. Jawatan-jawatan timbalan menteri, setiausaha Parlimen, setiausaha politik dan sebagainya bolehlah dipenuhi setelah menteri berkenaan berunding dan mendapat persetujuan Perdana Menteri.

4. Perdana Menteri akan menimbang calon-calon yang ditunjuk oleh parti Pas bagi menjadi anggota Dewan Negara apabila ada kekosongan.

5. Perdana Menteri akan menimbang pemimpin-pemimpin Pas yang layak untuk menyertai rombongan-rombongan rasmi keluar negara dan juga jawatan-jawatan perkhidmatan di luar negara yang difikirkan sesuai, perlu dan munasabah.

6. Kerajaan akan menimbang mana-mana ahli Pas yang difikirkan sesuai untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa-jawatankuasa, lembaga-lembaga dan perbadanan-perbadanan bagi pertimbangan Perdana Menteri. Begitu juga sebaliknya di Kelantan, ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Perikatan akan diberi pertimbangan yang sama oleh kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa-jawatankuasa, lembaga-lembaga dan perbadanan-perbadanan dalam negeri itu.

7. Dua orang anggota Dewan Negeri Kelantan dari Parti Perikatan yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli Exco negeri.

8. Dua orang anggota Dewan Negeri Kedah dan Terengganu dari parti Pas di tiap-tiap negeri itu yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli-ahli Exco negerinya masing-masing.

9. Selama kerajaan campuran Perikatan-Pas ini wujud tiada sebarang pertandingan antara Pas dengan Perikatan di dalam pilihan raya kecil di dalam kawasannya masing-masing kecuali kawasan-kawasan di mana telah dimenangi oleh parti yang lain maka perundingan hendaklah diadakan terlebih dahulu.

10. Begitu juga kawasan-kawasan pilihan raya yang dimenangi oleh Pas dalam pilihan raya umum 1969 yang kemudiannya Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan berhenti daripada menjadi ahli Pas, maka sekiranya berlaku pilihan raya kecil dalam kawasan yang tersebut, maka satu perundingan hendaklah diadakan, jika sebarang persetujuan tidak tercapai maka pertandingan seperti biasa bolehlah diadakan.

11. Hendaklah tiada sebarang ikatan atau perjanjian untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Segala sesuatu dibincangkan kelak, apabila tiba waktunya.

12. Kebebasan anggota Pas dalam Kabinet Pusat, Exco negeri, Parlimen dan Majlis Undangan Negeri untuk membangkang sebarang cadangan atau undang-undang yang berlawanan dengan Islam hendaklah terjamin.

13. Sebuah jawatankuasa penyelaras hendaklah ditubuhkan dengan anggota-anggotanya terdiri sama banyak antara Pas dengan Perikatan.

Kepada penulis, perjanjian ini sangat signifikan, sebagai tanda bahawa dalam tempoh politik yang sukar, kerjasama UMNO dan Pas pernah menjadi suatu model politik yang munasabah dan diterima baik. Memang pada hakikatnya, tempoh kerjasama politik ini tidak panjang, namun ia masih lagi penting sebagai sumber rujukan kepada generasi baharu Malaysia.

Yang perlu kita hargai adalah ‘jiwa besar’ kepimpinan Tun Abdul Razak yang bersedia untuk menandatangani perjanjian yang sedemikian signifikan dalam perjalanan politik UMNO dan Pas. Setelah diteliti, hanya lima isi terakhir perjanjian tersebut yang menjurus kepada ‘kerjasama politik’, sedang lapan isi awal menjurus kepada ‘faedah perjawatan’ kepada Pas.

Memang benar, Perjanjian 13 Perkara tersebut tidak panjang umur. Namun semangat kerjasama dan duduk semeja tidak boleh kita pandang enteng dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Tidak salah agaknya, untuk generasi pemain politik 2013, memandang jauh empat dekad ke belakang, dan mengakui bahawa UMNO dan Pas pernah mewujudkan muafakat politik yang diharapkan rakyat.

Penting, untuk generasi baharu memahami bahawa muafakat politik UMNO dan Pas bukanlah satu ‘utopia’ politik yang tidak mungkin direalisasikan. Ia pernah direalisasikan oleh kalangan generasi terdahulu daripada kita.

Apa yang penulis dapat simpulkan, muafakat politik wajar menjadi jalan tengah kepada usaha pemerkasaan politik Melayu-Islam. Malah, percikan awal muafakat ini pernah disuarakan pasca PRU-12 lagi. Namun, ia tidak berlaku dan masyarakat masih lagi mengharapkan ideal politik yang sama.

 Tidak salah kita beristiqamah dengan harapan bahawa ia boleh direalisasikan. Usia empat dekad ‘Perjanjian 13 Perkara UMNO-Pas' bukanlah terlalu antik untuk dirujuk dan diraikan semula. Soal siapa lebih untung daripada perjanjian tersebut, tidak wajar kita pertikaikan.

Penulis cuma berharap lebih ramai generasi politik sekitar empat dekad lalu dapat memberikan pencerahan mengenai isi ‘Perjanjian 13 Perkara' ini. Apakah punca ia gagal dipertahankan dalam tempoh masa yang lebih lama? Apakah mungkin wahana politik sama dapat dijayakan kembali?

Oleh : Kharuddin Mohd Zain

Thursday, May 16, 2013

Memancing Kenikmatan

BAGI sebahagian wanita, orgasme memang sukar sekali untuk didapatkan. Selalu juga jika disaat berhubungan intim, mereka kerap tidak merasakan kenikmatannya.

Benar, bercinta memang tidak hanya menjaga keharmonian rumah tangga sahaja. Tapi, masing-masing juga perlu mendapatkan kenikmatan yang sama. Jadi bagaimana mewujudkan hal itu? Berikut ada panduannya.....

Jelajahi tubuh sendiri
Penting untuk tahu apa yang anda suka. Sebabnya, ini akan memudahkan apa yang boleh dilakukan pasangan untuk memuaskan anda.

Bimbing dia
Setelah tahu apa yang boleh memuaskan anda, tak salah jika pasangan diberi tahu. Tenang saja, dia tidak akan tersinggung dengan hal itu. Justru dia akan senang kalau anda membimbing dan membiarkan dia yang meneruskan.
Menikmati 
Jika anda tetap tidak mampu mendapatkan orgasme, jangan bimbang. Sebaiknya nikmati saja. Hal ini juga dimaksudkan agar pasangan tidak merasa tersinggung dengan anda.

Posisi
Saat berhubungan intim, kedudukan juga menentukan pasangan meraih orgasme. Jadi, cubalah posisi yang tak biasa dilakukan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pengalaman lain yang berbeza.

Anonymous

Surat Kepada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X

Komrad Azran yang dikasihi,
Sebagai rakan Melayu yang membenci dirinya sendiri, izinkan saya secara rasmi mengalu-alukan anda untuk menyertai Self-Hating Malay Club (SHMC). Di SHMC, moto kami adalah 'Untuk menyekat kebebasan bersuara/penyataan pendapat oleh orang Melayu'.

Matlamat kami adalah untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan menjadikan mereka berasa tidak selamat, rendah diri dan bersalah.

Ahli-ahli SHMC direkrut secara jemputan sahaja. Berikutan anda telah menunjukkan sikap angkuh yang amat sangat dalam twitter anda, kami merasakan bahawa anda layak untuk menyertai kelab kami yang terkenal ini.

Komrad,
Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Tindakan itu adalah tindakan orang kufur? Sebuah akhbar sepatutnya hanya melaporkan apa yang dianggap politik sebagai betul.

Ini bermakna anda bebas untuk menulis apa sahaja yang merendah-rendah dan menjatuhkan martabat orang Melayu, tetapi tidak akan menulis apa-apa kritikan terhadap orang Cina.

Jadi apa masalahnya jika akhbar-akhbar vernakular sejak sekian lama telah menulis artikel yang lebih bersifat perkauman dan sensitif sejak lima tahun yang lalu? Kami orang Melayu yang membenci diri sendiri hanya memahami bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Oleh itu, kami boleh memaafkan orang Cina yang telah banyak menderita.

Saya mencadangkan agar anda berhubung dengan rakan-rakan kami daripada Anti Defamation League (ADL) dan belajar daripada mereka bagaimana mereka mendiskriminasi dan membuli orang Islam dengan cara yang sangat canggih. Komrad Tian Chua akan dapat memberi anda nombor telefon berkenaan.

Komrad,
Orang Cina telah tinggal di neraka selama hampir 60 tahun. Mereka telah didiskriminasi dan diseksa oleh orang Melayu. Orang Melayu tidak pernah melakukan apa-apa untuk faedah orang Cina!

Jangan tertipu dengan perbuatan baik orang Melayu membeli dari kedai milik orang Cina dan pasar raya walaupun terdapat kedai Melayu berdekatan - orang Melayu hanya menipu.

Juga jangan mendengar orang yang mengatakan 90 peratus daripada 10 orang terkaya di Malaysia adalah orang Cina!

Itu adalah satu pembohongan! Itu bukan orang Cina! Mereka adalah orang Melayu yang telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan seperti orang Cina! Ini adalah konspirasi BN! Orang Cina tidak boleh hidup di negara ini kerana keadaannya begitu dahsyat.

Komrad,
Kita di SHMC perlu melakukan apa yang orang Cina telah buat - Buy Malays Last! Cuba lihat pendapatan purata orang Cina demi kebaikan kita semua - mereka telah menderita begitu banyak komrad! Di SHMC, kami mahu memastikan bahawa tidak ada orang Melayu yang akan mempersoalkan orang Cina lagi! Jika ada orang Melayu yang berani untuk mempersoalkan motif orang Cina, kami di SHMC akan melaporkannya kepada PDRM yang korup.

Komrad,
Saya gembira kerana syarikat anda berkongsi warna korporat yang sama dengan rakan kita di Pulau Pinang (iaitu DAP). Adalah malang bahawa anda tidak bercakap sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika tidak, kami boleh memberitahu komrad Kit Siang dan komrad Guan Eng mengenai anda. Anda boleh menjadi Yang Berhormat sekarang, bukannya bekerja untuk bos yang kapitalis!

Komrad,
Dari semasa ke semasa, orang mungkin bertanya mengapa anda boleh menjadi orang Melayu yang membenci diri sendiri. Pada SHMC, slogan standard kami adalah - Salahkan BN! Jika anda memakai seluar salah untuk pergi bekerja - Salahkan BN! Jika anak anda membesar menjadi anak tidak bersyukur - Salahkan BN. Jika hujan hari ini - Salahkan BN. Pada asasnya komrad, Salahkan BN untuk segala-galanya. Adakah anda faham?

Komrad,
Sila beritahu orang Melayu yang mudah terpedaya tentang kebenaran ini.

* Anda tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada syaitan Darth Vader merangkap kerajaan Saruman iaitu BN. Beritahu mereka bahawa anda berjaya belajar di Stanford kerana terdapat pokok wang ajaib di belakang rumah ibu bapa anda.

* Beritahu mereka bahawa anda menjadi Naib Presiden Kanan (Dasar & Pembangunan) di BSKL yang dimiliki BN yang korup kerana anda mempunyai fikiran hebat seperti Einstein, bukan kerana seorang Melayu (bekas Pengerusi BSKL) memberi peluang kepada anda.

* Anda tidak menyertai ASTRO - sebuah syarikat yang dimiliki oleh kroni Mahathir. Sebaliknya, Utusan Malaysia telah mengklon diri anda dan meletakkan klon anda di sana.

Komrad,
Sebagai kesimpulannya, sila tweet lebih banyak kenyataan yang membenci diri sendiri pada masa hadapan. Kami di SHMC mengalu-alukan tweet anda. Jangan bimbang tentang PDRM. Mereka tidak akan menangkap orang yang mengkritik dan merendah-rendahkan orang Melayu, mereka hanya akan menangkap anda jika anda membuat kenyataan sedemikian terhadap orang Cina.

Secara peribadi, saya akan mempromosi syarikat anda, Malindo Air, untuk seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan saya. Kami di SHMC akan mula memboikot AirAsia kerana Komrad Ambiga memberitahu kami Air Asia menerbangkan warga Bangladesh ke negara ini untuk mengundi dalam PRU-13.

KOMRAD ANDA,
Fatimah Zuhri

Friday, May 10, 2013

Jadikan Setiap Malam Romantik

Bagi anda yang sudah punya suami pastinya anda ingin setiap malam yang anda lalui merupakan malam yang indah dan romantis bagi anda berdua. Dengan menghabiskan masa romantis dengan si dia setiap malamnya, ada beberapa manfaat yang akan anda dapati:

1. Kualiti hubungan anda akan semakin meningkat
2. Pasangan akan semakin setia dengan anda
3. Hubungan emosional dan fizikal antara kedua pasangan akan semakin romantis

Tips Menjadikan Malam yang Romantik

Jadi bagaimana cara yang harus anda lakukan supaya malam-malam yang anda lalui boleh menjadi malam yang romantic bagi pasangan? Caranya sangat mudah.

1. Pastikan anda selalu berbincang-bincang dengan pasangan atau suami yang anda miliki setiap malam. Jangan membincangkan hal-hal yang berat, namun bincangkan hal-hal yang ringan dan mudah untuk dikongsi dengan pasangan anda.

Dengan demikian pasangan anda akan menyedari bahawa anda sangat mengambil berat tentang dirinya. Jangan menunggu sang pasangan berinisiatif memulakan perbualan terlebih dahulu, namun jadilah orang yang memulakan perbualan dahulu.

2. Ketika berbincang-bincang inilah saat yang tepat bagi anda untuk melakukan hubungan fizikal dengan pasangan anda. Tidak perlu sentuhan fizikal yang ekstrem terlebih dahulu, mulakan dengan saling berpegangan tangan atau merangkul satu sama lain.

Biasanya kedudukan yang paling disukai oleh sang bujang adalah merangkul sang kekasih dari belakang. Maka letakkanlah tubuh anda sehingga mudah untuk dirangkul pasangan anda. Ini akan semakin meningkatkan jalinan hubungan emosional yang anda miliki.

3. Gunakan Pakaian yang Seksi
Jika anda ingin membuat sang pasangan semakin terpikat dan ghairah kepada anda, kenakanlah pakaian yang mini dan seksi. Percaya atau tidak pakaian yang mini dan seksi akan membangkitkan hasrat dari sang pasangan.

Hasilnya, si dia akan mengajak anda untuk melakukan hal-hal yang romantis bersama setiap malamnya. Tentu saja langkah ini tidak sukar untuk anda lakukan, kerana bagaimanapun juga dia adalah pasangan anda sendiri.
Ayuh! jadikan malam anda malam yang romantis.....sambil menikmati pemandangan bintang dan bulan yang indah.

Anonymous

Si Dia Bahagia Bersama Anda

SEPANJANG usia perkahwinan, sebagai isteri mungkin anda tidak pernah bertanyakan kepada suami sama ada kehidupannya bahagia sepanjang berumah tangga.

Ini adalah perkara biasa dalam alam perkahwinan apabila seorang isteri membuat tanggapan yang suami mereka sentiasa bahagia dan tiada apa yang boleh menggugat kehidupan mereka berdua.

Sehinggalah pada suatu hari, suami menegaskan kehidupannya bersama anda sudah tamat dan selama ini perasaan dia terhadap anda semakin jauh akibat perasaan amarah yang dipendam lama.

Ledakan perasaan marah suami terhadap anda pada akhirnya umpama bom yang memusnahkan segala yang dibina bersama selama ini.

Dalam keadaan begini, bagaimana anda dapat menjangkakan bahawa suami benar-benar bahagia dengan anda dan setakat mana anda mempercayai ucapan cintanya .

Sebelum ini berlaku, segera nilai perwatakan suami terhadap anda adakah selama perkahwinan itu dia benar-benar bahagia.

Berikut beberapa panduan untuk mengenal pasti suami anda benar-benar bahagia hidup bersama dengan anda.

1Dia sentiasa merasakan anda sentiasa memberi perhatian kepadanya dan tidak mensia-siakan dirinya. Perasaan ini akan ditunjukkan menerusi rasa penghargaannya kepada anda biarpun anda melakukan perkara-perkara kecil untuknya.

2Dia mempercayai anda dengan menjadi dirinya yang sebenar tanpa rasa risau anda akan mengkritik atau menghakimi dirinya. Maksudnya dia tidak akan hipokrit dengan terpaksa menjadi 'orang' lain untuk memuaskan hati anda.
3Dia melihat anda sangat memerlukan dirinya dan menzahirkannya menerusi daya seksual yang anda tidak menolaknya apabila dia memerlukan anda.

4Dia senang dengan cara anda memuji dirinya, memeluk dan mengucapkan sayang kepadanya dengan sentiasa memandang ke dalam mata anda apabila anda berdua berbicara.

5Dia berasa dihormati dan dikagumi oleh anda apabila anda sentiasa ada di waktu dia ingin menyatakan sesuatu mengenai dirinya, masalahnya dalam apa jua keadaan.

6Biarpun anda memarahinya, dia sedikitpun tidak merasa hina atau diperkecilkan malah berfikiran positif dengan setiap kata-kata anda.

7Dia terlalu menghargai anda sehinggakan dia mempersilakan anda kepada keluarganya dengan tangan terbuka.

Sumber : utusan@Keluarga

Thursday, May 9, 2013

Peringatan Untuk Melayu

BAYANGKAN situasi yang membakar hati kami. Ketika kita orang Melayu mengaminkan doa, memohon restu ke hadrat Allah, sekumpulan kecil penyokong DAP berkahak dan berludah.

Apakah erti semuanya ini?

Kami melalui pengalaman yang mengguris hati ini ketika selesai keputusan pilihan raya di Parlimen Kluang, Johor baru-baru ini.

Penyokong DAP sudah tidak hormat lagi kepada orang Melayu. Mereka sudah tidak ada hormat lagi kepada agama Islam. Jika masih ada hormat, masakan ada yang berkahak dan berludah ketika kita sedang mengaminkan doa.

Orang Melayu tewas 1-2 kepada parti cauvinis Cina. Barisan Nasional (BN) tewas kepada DAP di Parlimen Kluang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol (kedua-kedua kawasan ini majoritinya orang Cina). Kita hanya menang di DUN Mahkota, kerana hanya di sini orang Melayu membentuk majoriti. Kita dibantu oleh orang India yang kenal erti setiakawan.

Maksudnya apa? Di Kluang, majoritinya adalah orang Cina. Justeru, hampir seluruh orang Cina Kluang mengundi untuk DAP (kecuali ahli MCA, Gerakan dan komponen lain). Pas yang bertanding di DUN Mahkota tewas kepada calon BN yang diwakili UMNO. Terima kasih orang Melayu Kluang kerana masih mahu negara ini ditadbir oleh BN yang tunjangnya adalah UMNO.

Orang Melayu masih yakin bahawa UMNO adalah parti tunjang BN yang akan membela nasib orang Melayu.

Ketika berkempen di kawasan orang Cina, kami orang Melayu sudah rasa bahangnya. Anak-anak muda yang saya pimpin untuk mengenal erti demokrasi dalam masyarakat berbilang kaum tergamam dengan sikap penyokong DAP.

Ketika menghulurkan tangan untuk bersalaman, mereka enggan menyambut salam orang Melayu! Penyokong DAP menggeleng kepala ketika orang Melayu menghulurkan risalah BN.

Penyokong DAP juga menunjukkan isyarat lucah kepada orang Melayu yang melintasi kawasan mereka. Malah, pekedai-pekedai Cina juga membuat mimik muka benci dengan kehadiran petugas BN di kedai mereka.

Malah, ada yang menjerit Melayu sampah!

Buang Melayu! Hancurkan Melayu!

Ya Allah, ini bukanlah masyarakat Cina yang kami kenal dahulu. Kami ada teman baik daripada masyarakat Cina seperti Hou, Chye, Choong dan beberapa lagi, tetapi jumlahnya adalah amat sedikit.

Kami pernah bersekolah di sekolah kebangsaan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan belajar dalam suasana yang harmoni kira-kira 20 tahun lalu. Namun, apakah racun dan tuba yang sudah meresapi jiwa mereka? Mereka begitu tegar menolak calon MCA dan calon UMNO yang mewakili BN.

Orang Melayu sudah terbakar hatinya. Anak-anak muda yang menyaksikan sikap perkauman penyokong DAP kelihatan membara dengan semangat perjuangan.

Orang Melayu kecewa kerana madu dibalas tuba. Sikap sederhana, seimbang (wasatiyah) dan toleransi kita dibalas dengan api perkauman yang menebal.

Semenjak itu, kami tidak lagi berucap dengan nada sederhana di depan anak-anak Melayu. Kami biarkan anak-anak muda meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pembelotan kaum itu.

Sebagai pemimpin, kami tidak lagi mahu bersikap apologetik kerana anak-anak muda akan bingung dengan pemimpin Melayu yang tidak berani mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam.

Lebih seribu orang Melayu terutama anak muda berarak di seluruh bandar Kluang menaiki kenderaan dan motosikal diiringi panji-panji BN sepanjang 3 kilometer. Kita memberi ingatan kepada penyokong DAP bahawa orang Melayu juga ada had kesabarannya.

Di kiri kanan jalan raya, penyokong DAP mencemik muka, membuat isyarat lucah, meludah dan memekik ‘Melayu sampah’! Inilah ajaran DAP yang menyemai api perkauman dalam kalangan orang Cina.

Dalam perjumpaan dengan orang Melayu terutama anak-anak muda, kami ingatkan mereka bahawa ini adalah isyarat yang jelas bahawa penyokong DAP mahu tumbangkan kerajaan Melayu.

Kita kasihan melihat Pas kerana dipermainkan DAP. Orang Melayu enggan mengundi Pas kerana kita sedar bahawa Pas hanya diperalat oleh DAP untuk memburu kuasa. Kita sedar bahawa DAP hanya mengejar kuasa di Parlimen dan sidang Dewan Undangan Negeri untuk berbahas dan mendesak kerajaan menghapuskan perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan seperti agama Islam sebagai agama rasmi.

Kepada penyokong Pas, cukup cukuplah... sambutlah salam persaudaraan daripada UMNO. Usah sampai agama dan bangsa tergadai dek kerana tamakkan kuasa.

Masih ada ruang untuk kita berdamai sesama bangsa kerana kiblat kita masih yang satu. Apatah lagi dalam al-Quran, Allah berfirman yang maksudnya: “Bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan" - (Al-Maidah:2)

Justeru, adakah Pas rela bertolong-tolongan dengan penyokong DAP yang terang-terangan berkahak dan berludah ketika kita mengaminkan doa? Bukankah mereka memulakan bibit-bibit permusuhan?

Insaflah bahawa DAP hanya mahu lebih banyak suara di Parlimen dan DUN untuk mereka boleh mendesak supaya agama Islam digugat, hak istimewa orang Melayu dilucutkan, sedangkan kitalah ‘Tuan’ di bumi bertuah ini.

Soalnya, bolehkah orang Melayu di negara besar China menuntut itu dan ini di negara besar mereka? Mungkin orang Melayu yang cuba berbuat demikian di negara China akan ditangkap dan dipenjarakan.

Kini, penyokong DAP di Malaysia rata-ratanya sudah kaya dan kukuh ekonominya. Namun demikian, yang mengayakan mereka adalah orang Melayu juga. Kerana kita membeli di kedai mereka tanpa ada sikap rasis dan cemburu. Kita berasakan mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berhak terhadap nikmat kemakmuran.

Tetapi penyokong DAP tidak berfikiran begitu. Bagi mereka, orang Melayu mesti dihapuskan kuasa politik mereka. Mereka cemburu kerana Perdana Menteri adalah orang Melayu. Mereka cemburu kerana kebanyakan Menteri adalah orang Melayu. Mereka cemburu kerana pelajar Melayu dibantu.

Mereka juga sakit hati kerana orang Melayu yang susah diberi perhatian, sedangkan kaum Cima yang layak turut beratur panjang ketika menerima pelbagai bantuan kerajaan.

Sesungguhnya, kerajaan BN sangat adil. Kita memberi bantuan kepada semua tanpa mengira kaum. Tetapi jika dalam sebuah kampung, terdapat 700 orang Melayu, 200 orang Cina dan 100 orang India, maka kerajaan perlu bersikap adil dan saksama. Kita tidak boleh bersikap sama rata.

Oleh itu, jika kerajaan ada peruntukan RM1,000 untuk dibelanjakan, sudah tentu kita akan beri RM700 untuk kaum Melayu, RM200 untuk kaum Cina dan RM100 untuk kaum India. Barulah setiap penduduk kampung tak kira sama ada Melayu, Cina atau India akan menerima RM1 seorang. Inilah adil dan saksama!

Jika prinsip pembangkang yang mahukan sama rata, kaum Melayu akan terima RM333.33, kaum Cina RM333.33 dan kaum India juga RM333.33.

Natijahnya, setiap penduduk kampung itu akan menerima jumlah yang berbeza. Setiap penduduk Cina akan terima RM1.60, India terima RM3.30 manakala orang Melayu akan menerima hanya 40 sen seorang. Prinsip sama rata ini akan menyebabkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus papa kedana!

Namun, inilah realiti penyokong DAP sekarang. Biarlah berjuta ringgit pun kerajaan dan orang Melayu berhabis untuk mereka, mereka tidak akan puas.

Mereka akan hanya puas jika mereka dapat menumbangkan kerajaan Melayu. Mereka enggan menyokong calon Cina daripada MCA atau Gerakan kerana golongan ini adalah golongan sederhana yang hormat kepada orang Melayu.

Sahabat-sahabat kita dari MCA dan Gerakan tidak boleh dipaksa mengikut telunjuk jari golongan pelampau Cina kerana mereka sedar akan realiti sejarah.

Sejarah menunjukkan orang Melayu sangat berjiwa besar dan berbesar hati menerima orang Cina sebagai rakyat negara ini. Mereka sedar bahawa selama ini formula BN yang menjamin keselamatan dan kepentingan orang Cina.

Apabila orang Melayu membentuk kerajaan, kita akan bersikap ihsan. Kerana agama kita mengajar kita bersikap ihsan kepada setiap makhluk Allah walaupun berbeza agama. Perjanjian Hudaibiyah di zaman Rasulullah SAW juga melindungi kaum kafir selagi mana mereka tidak mengancam agama kita.

Malah, kita orang Islam juga diseru supaya berbuat baik kepada sesiapa sahaja walaupun seekor anjing kurap yang menjadi najis besar kepada kita. Justeru, kita tidak pernah enggan bersalam dengan orang Cina yang membela anjing di rumah mereka.

Beginilah tingginya akhlak orang Melayu yang berteraskan agama Islam.

Inilah sikap orang Melayu apabila diberi kuasa pemerintahan. Kita akan bersikap adil dan saksama tanpa mengira kaum.

Walau bagaimanapun, kita puji dengan sikap dan ketegasan orang Melayu. Walaupun ada yang sudah kaya raya, bekerja sebagai profesional, tetapi masih mengundi untuk BN.

Hanya segelintir kelas pertengahan Melayu yang baru mengecap kaya mulai bersikap liberal dan mahu cuba menukar selera. Kini harap mereka insaf dan bertaubat kerana mengkhianati nenek moyang kita.

Sebilangan besar orang Melayu masih yakin bahawa UMNO yang mewakili kita mampu melindungi nasib anak cucu kita.

Kita sedar bahawa saudara mara dan jiran tetangga kita masih memerlukan kerajaan Melayu yang kuat untuk terus membela masa depan mereka.

Kita memerlukan wakil rakyat yang dekat di hati, yang menyantuni keperluan orang Melayu ketika berhadapan dengan kesusahan. Orang Melayu memerlukan wakil rakyat daripada BN untuk menyampaikan suara mereka kepada pucuk pimpinan negara.

Kita mahukan anak-anak kita mendapat pelajaran yang sempurna, buku teks pinjaman dan biasiswa untuk menampung persekolahan. Orang Melayu juga perlukan wakil BN untuk mendapatkan peruntukan membaiki masjid dan surau supaya kita selesa beribadat.

Namun demikian, orang Cina tidak perlukan wakil BN yang membuat semua khidmat ini. Mereka sudah kaya raya, menjadi peniaga dan bekerja di tempat-tempat ternama.

Orang Cina yang belot ini memilih wakil DAP kerana mereka tidak perlukan wakil rakyat daripada anak tempatan. Penyokong DAP seperti ini juga tidak pedulikan wakil rakyat yang menyokong persekolahan anak-anak mereka kerana mereka mampu menyara sendiri hasil perniagaan yang disumbangkan oleh orang Melayu.

Lagipun, mereka ada dewan perniagaan Cina yang boleh membina sekolah-sekolah swasta untuk terus menyemai semangat perkauman.

Sebab itu, Lim Kit Siang boleh menang di Gelang Patah menewaskan mantan Menteri Besar Johor. Kerana apa? Kerana penyokong DAP menolak orang Melayu menjadi pemimpin mereka. Datuk Ghani Othman yang melindungi orang Cina selama 18 tahun ditolak mentah-mentah dengan majoriti hampir 15,000 undi!

Di Kluang juga begitu, penyokong DAP memilih calon yang dibawa dari Bukit Bendera, Pulau Pinang. Emosi apakah yang dimainkan oleh DAP sehingga berjaya memujuk orang Cina Kluang membuang calon BN iaitu Dr. Hou Kok Chung yang ketika bertanding adalah masih seorang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Begitu juga dengan pimpinan MCA yang lain seperti Senator Gan Ping Sieu yang mesra dengan anak muda Kluang, sesuai dengan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Kita ada dua timbalan menteri daripada masyarakat Cina di Kluang, tetapi penyokong DAP tetap menolak bulat-bulat pengiktirafan yang diberi kerajaan BN.

Justeru, kita mahu Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar bertegas kali ini. Mereka tidak lagi perlukan suara Cina dalam Kabinet dan Exco negeri didengari melalui MCA atau Gerakan.

Mereka hanya mahukan wakil rakyat Cina yang boleh bersuara lantang dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Jika mereka ada masalah berkaitan pelajaran atau perniagaan, biarkan mereka merujuk kepada pemimpin-pemimpin DAP. Kita mahu lihat sama ada mereka mampu menyelesaikan masalah rakyat atau sekadar menyalak di Parlimen dengan api perkauman.

Namun demikian, orang Melayu usah berpatah hati. Seperti mana lagu Warisan, air mata orang Melayu kini bercampur darah dan keringat. Bumi dipijak seolah-olah milik orang lain.

Kita wajib bangkit meneruskan jihad supaya negara ini terus ditadbir oleh pemerintah Melayu yang adil dan berwibawa.

Usah gentar dilabel ultra Melayu, kerana mereka yang terlebih dahulu yang memainkan emosi perkauman. Usah bimbang dianggap jaguh Melayu, kerana mereka terlebih dahulu belot dengan semangat setiakawan kita.

Kita perlu terlebih dahulu menjadi juara kepada bangsa kita sebelum kita boleh menjadi ihsan kepada kaum lain. Hanya apabila keadaan agama dan bangsa kita selesa, barulah fikiran kita tenteram untuk meluaskan khidmat kepada masyarakat berbilang kaum.

Kita mesti buktikan kepada penyokong DAP bahawa kita bukanlah sampah seperti yang disorak setiap kali perhimpunan mereka, tetapi kita adalah bangsa Melayu yang bermaruah! Kepada Allah kita berserah!

Oleh : Datuk Khairul Anwar Rahmat
Sumber : utusan malaysia

Wednesday, May 8, 2013

Amerika Syarikat Mengiktiraf Keputusan PRU 13

US recognizes Malaysia election result despite opposition claims of irregularities
WASHINGTON - The United States has recognized Malaysia's election result, calling it the "most competitive" in the Southeast Asian nation's history, despite opposition claims of irregularities in the vote.

State Department spokesman Patrick Ventrell said the U.S. looked forward to working with the government to be formed by Prime Minister Najib Razak after his coalition returned to power after winning Sunday's parliamentary elections with a diminished majority and despite losing the popular vote.

Ventrell told reporters in Washington on Monday that the U.S. was aware of concerns about voting irregularities and noted the opposition parties faced significant restrictions on access to the media.

He said addressing these issues is important for strengthening confidence in the electoral process, and called on all parties "to peacefully respect the will of the voters."

Sumber : http://www.vancouversun.com

Tuesday, May 7, 2013

Melayu Apabila Ditekan Dan Lemah...

TAHNIAH kepada BN dan rakyat Malaysia kerana memberikan Malaysia Baru pada 6 Mei 2012. New Malaysia yang dimaksudkan adalah Malaysia yang lebih rasis dan lebih terpecah.

Ini dapat dilihat dengan jelas melalui keputusan PRU-13, iaitu 95 peratus orang Cina hanya mengundi Cina dan 50 peratus Melayu mengundi Melayu selebihnya tidak kisah undi mana-mana kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bakal memikul cabaran lebih besar dan getir untuk lima tahun akan datang bukan sahaja dalam memajukan ekonomi tetapi yang lebih utama menyatukan semula rakyat Malaysia yang kian berpecah.

Dengan perpecahan yang berlaku tidak mustahil akan berlaku rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 dan mungkin menyaksikan Pulau Pinang keluar dari Malaysia dan melengkapkan kawalan utama ke atas pintu masuk dan keluar Selat Melaka.

Hakikatnya, mentadbir Malaysia yang bercampur kuasa politik atau lain kuasa politik negara dan negeri bukan cabaran yang sukar berbanding mentadbir Malaysia yang berpecah kaumnya. Ini kerana rakyat Malaysia tidak lagi berkongsi arah tuju, matlamat, sasaran dan kehendak perdana yang sama.

Kita mungkin boleh menyalahkan kegagalan mewujudkan sistem satu sekolah, masalah DEB, agenda perangi rasuah, tuntutan LGBT, isu pluralisme, kalimah Allah dan sebagainya, tetapi ini adalah kehendak rakyat minoriti yang amat hampir kepada kehendak majoriti.

Saya masih suka untuk menyalahkan Pak Lah kerana telah membuatkan Cina berani untuk bermimpi. Cina kini dare to dream untuk merampas kuasa politik daripada Melayu.

Akhir sekali, saya pinta orang Cina yang bersatu dalam kuasa undi perkauman mereka agar memikirkan dengan serius akibat yang akan terjadi jika keseimbangan ekonomi, politik dan sosial mempunyai jurang yang besar.

Juga, fikirkan keupayaan tersembunyi orang Melayu apabila mereka ditekan dan lemah.

Oleh : Mohd. Nurut Fakeh Hayat
          Kuala Lumpur

Monday, May 6, 2013

Sila Dengar & Tengok Dengan Hati..

Ini adalah diantara kempen terhebat yang dilakukan oleh DAP....

PRU13: Strategi Sulit & Jahat Kaum Cina Gagal

Dari awal lagi Dr Mahathir sudah kata usaha Anwar Ibrahim ini tidak akan mengukuhkan politik orang Melayu di negara ini melainkan hanya mengukuhkan lagi kedudukan politik kaum Cina yang diterajui oleh DAP saja.

Anwar Ibrahim kini berjaya memecahkan kekuatan Melayu kepada tiga kumpulan. Hari ini BN yang diterajui UMNO hilang 6 kerusi, PKR hilang 3 kerusi dan PAS hilang 2 kerusi Parlimen. Manakala DAP pula berjaya menambah kekuatan mereka dengan 9 lagi kerusi baru.

Ini bermakna usaha Anwar mahu jadi PM bukan saja gagal, malah dia sendiri hilang kedudukan sebagai Ketua Pembangkang kerana secara moralnya DAP berjaya merampas kerusi Ketua Pembangkang daripada dia memandangkan kerusi DAP juah lebih banyak daripada kerusi yang diperolehi oleh parti dia. Untuk rekod, sekarang ini Anwar menjadi Ketua Pembangkang ehsan DAP disebabkan bilangan ahli Parlimen PKR makin merosot disebabkan keluarnya pemimpin PKR secara besar-besaran.

Justru secara automatik DAP layak mengetuai pembangkang kerana jelas yang memperolehi majoriti dalam Pakatan Pembangkang sekarang adalah DAP, bukan PKR mahu pun PAS.

Pakatan pembangkang bukannya seperti gambungan politik seperti BN dimana BN bertanding di atas satu tiket saja. Sebaliknya pakatan pembangkang cuma kerjasama antara parti-parti politik pembangkang dimana masing-masing bertanding atas kapasiti dan logo mereka sendiri.

Justru DAP secara mutlak telah berjaya merampas jawatan Ketua Pembangkang daripada Anwar Ibrahim sedangkan Anwar sendiri gagal jadi PM kerana jelas DAP lebih kuat daripada parti dia untuk mengambi alih jawatan ketua pembangkang daripada dia.

Cuba kita bayangkan jika berlaku sebaliknya, di mana PR berjaya merampas pemerintahan negara. Siapakah yang akan berkuasa dalam pemerintahan Kerajaan Persekutuan? PKR kah? PAS kah? atau DAP?

Sebab itu DAP sokong dia jadi PM kerana DAP dah tahu selepas PRU ni Anwar sendiri dan PKR akan hilang kuasanya.

Agak menyedihkan kerana Cina MCA turut bersekongkol dengan seluruh Cina se-Tanah Melayu ingin menjatuhkan Kerajaan yang didominasi oleh Melayu UMNO.

Semoga Najib akan terbuka hati untuk tidak lagi buta perut untuk mengikut sahaja apa kehendak Cina kerana PRU kali ini jelas, sekali lagi Cina memperbodohkan Najib. Malah lebih jauh dari itu, mereka secara senyap-senyap telah merancang menjatuhkan UMNO.

Tidak akan ada wakil MCA dalam Kabinet - Soi Lek
KUALA LUMPUR 6 Mei - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menegaskan parti itu akan mengotakan janji untuk tidak mengisi sebarang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan berikutan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam tweet terbaru beliau di laman Tweeter, beliau berkata:

"MCA akan menghormati keputusan pengundi bahawa jika kami gagal memperbaiki prestasi berbanding PRU lalu, kami tidak akan mengisi sebarang jawatan dalam kerajaan."

MCA hanya menang di lima kerusi Parlimen - Tanjung Malim, Labis, Ayer Hitam di Johor, Bentong dan Tanjung Piai - berbanding 15 kerusi pada 2008.

Kita ingin melihat adakah Najib akan masih bermuka-muka dengan Cina dan membiarkan mereka sepanjang masa memperbodohkan Kerajaan Najib.

Jika Najib masih ingin menunjuk baik dengan memberi kerusi Kabinet kepada MCA, maka tunggulah penghinaan orang Melayu pula terhadap Najib dan UMNO.

Ingin, Melayu juga ada akal dan fikiran dan kami juga mampu bersatu. Cuma sekarang berpecah kerana Nik Aziz dan Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan sesama Islam.

Melayu Mesti Bersatu, Penyelesaian Kepada Agenda Sulit Kaum Cina
Selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 dahulu, senario politik negara berubah kerana pelbagai pertikaian dilakukan oleh pihak tertentu ke atas orang Melayu, termasuk dari segi bahasa, hak keistimewaan dan status bangsa Melayu di negara ini.

Di Pulau Pinang umpamanya, mereka berusaha meletakkan papan tanda pelbagai bahasa di negeri berkenaan konon untuk memudahkan pelancong, terutama dari luar negara.

Di sekitar kawasan tapak Warisan Dunia di Georgetown juga dicadangkan supaya papan tanda pelbagai bahasa dinaikkan. Berbeza pula dengan tapak warisan itu di Melaka yang tidak cuba dipelbagaikan bahasanya sedangkan di situ juga bukan hanya pelancong tempatan yang akan datang dan mengerumuninya.

Tindakan dan kenyataan berbau politik terus melanda negara, termasuk isu menyentuh Dasar Ekonomi Baru (DEB), pendidikan dan sebagainya. Semua ini mencabar kedudukan Melayu dan jika tidak ditangani dengan bijak, kekuatan Melayu akan hilang dan identiti Melayu akan terhakis sedikit demi sedikit di tanah air sendiri.

Titah ucapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak lama dulu yang meminta orang Melayu memperkukuh kedudukan adalah sebagai satu peringatan kepada bangsa Melayu agar memperkuat semula kedudukan selepas dirasakan berada dalam keadaan tidak menentu, dicabar dan diperlekehkan dalam pelbagai aspek.

Baginda juga menegaskan bahawa sebarang pindaan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja dan bidang kuasa Raja Pemerintah merangkumi bidang agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti mendapat perkenan Raja-Raja terlebih dulu.

Kemelut politik melanda negara pada masa ini dikaitkan dengan wujudnya tidak sefahaman di kalangan orang Melayu dalam menentukan kedudukan mereka dalam politik. Perebutan kuasa, amalan politik wang dan tiadanya kerjasama di kalangan orang Melayu dalam menjaga maruah bangsa, terutama rakyat akan menjejaskan kestabilan negara kerana wujudnya rasa tidak puas hati di kalangan rakyat atas sesuatu tindakan dan pelaksanaan.

Maka, pemimpin dan orang Melayu sendiri tidak kira atas apa fahaman politik sekalipun mesti duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian supaya kestabilan politik serta ekonomi dapat dibentuk dan dapat dinikmati bersama. Di samping itu, Umno mestilah memainkan peranan dalam memperkasa semula bangsa dan kedudukan Melayu agar tidak mudah dicabar dan diperlekeh. Jentera parti sepatutnya menumpukan ke arah usaha menaikkan semula imej parti, mencari dan menilai kelemahan kemudian memperbaikinya supaya keyakinan rakyat terhadap parti menjadi semakin kuat.

Di pihak rakyat pula, Melayu mestilah bersatu dan memikirkan kaedah terbaik untuk menjayakan semua kempen dan program kerajaan supaya negara dapat terus dibangunkan dan yang pentingnya keluhuran agama dapat dipelihara. Orang tua-tua ada mengatakan, ‘lidi sebatang mudah dipatahkan, jika banyak, hendak dilentur pun susah.’

Percakaran dan perbalahan dalam politik yang membawa kepada ketaksuban sehingga di kalangan orang Melayu sendiri memulau bangsa sendiri dan mementingkan pula bangsa lain akan memburukkan keadaan. Kesimpulannya, jika orang kita masih lena dengan ‘serangan’ halus pihak yang mahu memecahbelahkan kita, maka makin bertambahlah di kalangan orang kita yang terpaksa turun longkang, mengaut sampah untuk menyambung hidup di tanah air sendiri.

sumber : celah gelegar

Friday, May 3, 2013

3 Cara Lelaki Melihat Bentuk Tubuh Wanita

SAAT melihat tubuh wanita, lelaki rupanya punya tiga cara menilainya. Berikut ini tiga cara yang tak pernah anda fikirkan.

Keterampilan merupakan salah satu hal yang paling difikirkan oleh wanita. Tak hairan jika wanita merupakan makhluk yang sangat risau pada bentuk tubuhnya. Berbeza dengan wanita yang terus-menerus melihat kekurangan pada tubuh, lelaki pun punya cara unik dalam melakukannya.

Berikut tiga cara lelaki melihat tubuh wanita....

Lelaki melihat kewanitaan anda
Hal ini bermakna lelaki melihat tanda-tanda anda sebagai wanita. Payudara, pinggul, punggung, lekuk tubuh, bahkan cara anda berjalan. Sangat sukar bagi lelaki normal untuk melihat hal lain saat pertama kali bertemu, kecuali seperti hal di atas.

Sesuatu yang membuat anda unik
Celah gigi yang anda benci? Mereka fikir hal itu sangatlah unik. Jangan pula terlalu bimbang dengan pinggul anda yang besar, kerana dia melihatnya sebagai sesuatu yang menarik. Kalaupun ada bahagian tubuh yang anda tak suka, dia akan tetap menyukainya. Kerana dia ingin bersama anda dengan segala sesuatu yang anda punya.
Bahagian yang anda keluhkan
Di sinilah wanita punya kekuatan untuk merosakkan atau meningkatkan hubungan mereka. Ketika wanita mulai sering mengeluh dengan bahagian tubuh tertentu yang mereka miliki, mau tak mau lelaki menjadi fokus pada hal tersebut. Misalkan menurut lelaki, paha anda indah, tetapi anda sering mengadu bahawa paha anda terlalu besar dan berlemak. Lambat laun mereka akan melihatnya sesuai dengan apa yang sering anda katakan pada mereka. Tanpa sedar, wanita sering merosakkan pendapat pasangan mereka sendiri, merosakkan ghairah, dan pemikiran lelaki mengenai tubuh indah mereka.

Jadi hati-hatilah ketika membicarakan tubuh anda dengan pasangan. Terlalu banyak mengeluh tentang bentuk tubuh boleh merosakkan kecantikan anda sendiri di mata lelaki

Anonymous

PRU-13: BN Lawan Pihak Asing?

 BEBERAPA bulan sebelum Dr. Hasan Ali dipecat dari Pas, saya ada membuat perkiraan mengenai pelbagai kemungkinan senario politik dalam PRU-13 ini apabila pakatan pembangkang semakin terdesak untuk menang.

Saya menge-melkan perkiraan saya itu kepada beberapa rakan, termasuk mereka di dalam Pas. Mulanya hampir kesemua rakan saya yang menerima nota saya itu tidak menghiraukan perkiraan itu kerana saya bukan orang politik dan bukan juga penganalisis politik. Hanya seorang sahaja rakan saya dalam Pas yang menjawabnya dengan menafikan kemungkinan itu akan terjadi.

Apabila Dr. Hasan dipecat dan semasa beliau hendak berceramah di Bandar Baru Bangi saya ada serahkan nota perkiraan saya itu untuk beliau pertimbangkan kemungkinannya.

Tidak tahulah saya sama ada beliau juga sependapat dengan saya tapi beliau ada sebut fakta perkiraan saya itu.

Khabarnya, keesokan harinya Dr. Hasan menerima panggilan telefon daripada orang kanan dalam DAP yang marah kepada beliau kerana menyebut kemungkinan fakta perkiraan itu adalah sebenarnya mengenai hasrat terpendam DAP dan kembar parti itu dari negara seberang iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Masa lapang saya di rumah banyak juga saya habiskan dengan cuba mencari rantaian belakang tabir puak pembangkang bertiga ini.

Maka saya terkait satu rantaian di antara organisasi prodemokrasi di Amerika Syarikat (AS) dengan tali barutnya di Malaysia.

Mereka yang lebih celik IT berbanding saya sebenarnya telah lama mengetahui hal ini. Maka ia tidak lagi menjadi satu rahsia. Malah, buku setebal 131 halaman rupanya sudah dihasilkan oleh organisasi AS itu sejak 2009.

Rupanya sudah habis seluruh pelosok negara mereka redah untuk mengajar rakyat bagaimana hendak menolak BN.

Jadi betullah prasangka saya selama ini bahawa pihak pembangkang tidak bersendirian melawan BN dalam PRU-13.

Saya terpanggil untuk menulis nota ini ialah apabila bekas rakan Anwar Ibrahim sendiri yang sama-sama mengasaskan PKR, (Ng Lum Yong) dengan berani mengaitkan secara terbuka bagaimana DAP dibantu oleh saudara kembarnya dari negara jiran yang tidak pernah berniat baik terhadap kita.

Para pembaca budiman yang cintakan kemakmuran, keamanan dan kestabilan negara, cuba renungkan pesanan saya ini.

Kita sudah melalui 12 pilihan raya umum dalam masa lebih 56 tahun.

Tidak pernah ada sebelum ini pihak asing begitu berani dan biadap, secara terang-terang masuk campur dengan pelbagai taktik kotor bagi memastikan parti pembangkang menang dalam pilihan raya.

Sedihnya, dari tiga pakatan pembangkang itu hanya dua sahaja berbuat demikian, kerana mereka memilih untuk menjadi barua kepada lanun-lanun asing.

Yang satu lagi tertinggal dalam bab ini agaknya kerana tidak ada apa-apa yang menarik mengenai mereka selain daripada kepakaran melilit serban dan memaki-hamun dan mengkafirkan saudara sendiri yang seagama dengan mereka.

Apa pun, nampaknya BN terpaksa menerima hakikat bahawa dalam PRU-13, mereka sebenarnya bukan sekadar berhadapan dengan pembangkang, tetapi juga dengan pihak luar yang rakus.

Pihak luar ini tidak sama dengan lanun-lanun yang pernah menjajah negara ini 446 tahun lampau. Lanun-lanun asing ini 1,000 kali jauh lebih ganas dari itu!

Siapalah agaknya yang akan menyelamatkan BN?

Jika BN tak selamat dalam PRU-13 ini, apa akan jadi kepada negara ini? Adakah perkiraan yang saya buat yang dinafikan rakan saya dalam Pas dan Dr. Hasan Ali dimarahi pemimpin kanan DAP itu akan menjadi kenyataan?

Jika itu terjadi, bermakna 88 kerusi Parlimen mereka sudah pasti akan mengubah geopolitik negara ini buat selama-lamanya. Semoga dijauhi Allah kemungkinan tersebut.

Oleh : HASAN IPSM 1970-72
          Johor