nuffnang

Wednesday, May 30, 2012

Tetamu Tak Di Undang

Seorang lelaki menghampiri rumah jirannya dan mengetuk pintu... Ketika wanita muda tuan rumah itu membuka pintu..lelaki itu bertanya...

"Cik Puan... adakah cik puan pandai bermain seks?"

Kerana terkejut... wanita muda itu menghempas pintu rumahnya dengan perasaan marah... Namun, lelaki itu tetap mengetuk pintu rumah tadi dan bertanyakan soalan yang sama. Kali ini wanita muda itu menjerit sekuat hati sambil mengusir jirannya yang tidak senonoh itu...

Malamnya.. wanita itu telah menceritakan kejadian memalukan siang tadi kepada suaminya. Suaminya berjanji akan menunggu lelaki biadap itu keesokan harinya jikalau dia datang lagi.

Ternyata benar... keesokan harinya lelaki yang sama datang lagi dan mengetuk pintu. Wanita itu segera membuka pintu sementara suaminya bersembunyi sambil memegang senapang...

Lelaki itu terus bertanya.. "Cik Puan... Cik Puan ni pandai tak main seks?"

"Mestilah pandai.. kenapa encik bertanya soalan ini?" jawab wanita itu dengan berani...
"Baguslah kalau pandai..." kata lelaki itu... "Kalau begitu.. puaskanlah suami cik puan dan beritahu dia supaya menjauhi isteri saya!!!"

Anonymous

Bekas KPN: Ada Orang Politik Marah 'Rezeki' Disekat

WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.

Maklum kepada Pak Lah
Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.

"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.

Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.

Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.

"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.

"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.

Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.

Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.

"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).

"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.

Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.

"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.


Sumber : Malaysiakini 

Tuesday, May 29, 2012

Cumbuan Ini Membuatkan Keintiman Jadi Membara

Cumbuan menjadi sebahagian penting dari perjalanan keintiman yang membara dan hebat. Sayangnya, babak ini kerap diabaikan pasangan saat bercinta. Padahal, tak perlu berfikir rumit untuk memberikan cumbuan yang membakar ghairah bercinta pasangan. Lakukan saja hal sederhana berikut ini....

Ciuman mendalam
Wanita sangat menyukai ciuman yang mendalam, begitupun dengan lelaki. Jika anda menggabungkannya secara lembut di bahagian leher dengan menyenangkan sambil menggigit telinganya menjadi cara seksi yang boleh dicuba.

Cubalah mencium pasangan secara perlahan dan dalam. Biarkan ia tahu bahawa anda menikmatinya. Setelah melakukan bibirnya, beralihlah ke lehernya dan berbisik di telinganya sebelum mencium lembut lagi bibirnya. Anda boleh meraba Mr P dengan tangan anda melalui seluarnya. Hal ini akan membuat gairahnya menjadi panas dan akan ingin menghabiskan malam panas bersama anda.

Menggodanya
Menggoda pasangan dapat dicuba dengan melakukan handjob. Mulakan dengan memberinya sentuhan selama beberapa minit dan beralihlah memberikan handjob beberapa minit berikutnya. Setelah itu, beralihlah mencium sambil bermesraan dengannya. Pastikan anda tidak menggodanya terlalu lama agar dia tidak kehilangan ghairah ereksinya. Apabila anda cukup yakin dia tidak tahan lagi, saat itulah menu utama boleh dilakukan.
Memenuhi fantasinya
Ketahui fantasi terpendamnya dan berusahalah untuk mewujudkannya. Jika dia suka diramas di bahagian Mr P, godalah dengan jari anda. Jika dia berfikir bogel merupakan hal panas untuknya, lakulah dan sajikan dengan sentuhan yang manja dan akan membuatnya ghairah yang tak tertahan.

Berbicara nakal
Meski terlihat sederhana, berbicara nakal boleh menjadi cara terbaik untuk meraih ghairahnya. Lelaki adalah makhluk visual sehingga anda dapat melayangkan kalimat-kalimat nakal sambil berbisik di telinganya tentang apa yang ingin anda lakukan ketika dia membuka pakaian. Katakan padanya betapa dia membuat anda cepat "basah" dan mendorong anda untuk segera memuaskannya. Anda boleh melakukan peranan dominan yang anda inginkan dengan mengatakan padanya apa yang ingin anda lakukan. Gunakan imaginasi anda untuk mengerahkan kalimat-kalimat nakal dan membuatnya menggeliat dalam kenikmatan.

Anonymous

Monday, May 28, 2012

Tidak Wajar Bukan Melayu Memimpin Tanah Melayu

Oleh : Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah
SAYA sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia. Keluar sahaja artikel, saya terus diserang. Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu, malas atau tidak terpaksalah juga saya tampil, bukan membela tetapi berkata benar.

Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu lagi. Cuba pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi.

Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei, diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei, seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.

Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku. Biarkan sejarah berlalu. Tetapi provokasi mereka amat melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971), Leon Comber (1985), Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.

Kata-kata seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya", "Ini negeri bukan Melayu punya", "kita mahu halau orang Melayu" dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapi-apikan. Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.

Pada saya yang baik itu, baiklah. Perlu disokong. Namun, bila tiba bahagian mungkar, maka perlu ditolak.

Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi luaran terutama pulau kecil di selatan tanah air yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita.

Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.

Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada Perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan Perdana Menteri terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Ya, saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur. Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain.

Sama seperti isu perkataan 'pendatang'. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain. Inilah adab-adab yang perlu kita belajar.

Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti.

Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanah air tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar?

Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya, orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka ialah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung UMNO, Datuk Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

"Dari itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia, dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka."

Utra kiasu itu berkata lagi, beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).

Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu itu. Saya tidak nampak Utusan Malaysia bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita. Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara Keadilan dan Harakah.

Pemimpin ultra kiasu berkata, "Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah UMNO atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi, sebenarnya, mengata orang dia yang lebih.

Saya berpegang kepada prinsip, "kita tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan".

Menurut ultra kiasu itu, Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika UMNO tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.

Pada saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu? Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatan seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.

Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya, ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya berkata benar. Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.

Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti.

Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini.

Pada saya, jika benar pun dari segi undang-undang, tidak perlu bercakap, kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah mungkin Singapura berperdana menteri Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.

Saya bukan membela Utusan atau membela UMNO. Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang.

Yang baik, sokonglah, yang salah, saya tolak. Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu, buat baik - salah, buat jahat - lagi salah. Semua jadi serba salah. Inikah ciri orang bertamadun?

Saturday, May 26, 2012

Semak Arah Kiblat Petang Ahad Ini

KUCHING 25 Mei - Umat Islam di seluruh negara berpeluang menyemak arah kiblat menggunakan teknik bayang matahari pada pukul 5.18 petang, Ahad ini.

Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sarawak berkata, peluang keemasan itu tidak wajar dilepaskan kerana fenomena istiwa' matahari yang menyebabkan bayang semua objek menjadi tegak 90 darjah di seluruh dunia hanya berlaku dua kali setahun iaitu pada Ahad ini dan 15 Julai depan.

Tambahan pula, katanya, penggunaan teknik bayang matahari adalah mudah dan paling tepat untuk menentukan arah kiblat kerana pada masa itu matahari berada tepat di langit bersamaan dengan latitud Kaabah.

"Fenomena istiwa' matahari berlaku dua kali dalam setahun iaitu ketika matahari bergerak menuju ke arah utara dalam bulan Mei dan ketika matahari kembali ke ekuinoks dalam bulan Julai.

"Fenomena itu berlaku pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun kecuali pada tahun lompat. Memandangkan 2012 merupakan tahun lompat, maka tarikh akan berganjak lebih awal iaitu pada 27 Mei dan 15 Julai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, bahagian berkenaan berkata, jika berpeluang berada di Masjidil Haram ketika itu, seseorang berpeluang melihat Kaabah serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya seolah-olah tidak ada bayang-bayang.

Katanya, pada saat itu, waktu di Mekah adalah 12.18 tengah hari dan di Malaysia ialah 5.18 petang.

"Jika memandang ke arah matahari (pada waktu itu), bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat.

"Istiwa' matahari di atas Kaabah akan menyebabkan bayang semua objek tegak 90 darjah di seluruh dunia bersamaan dengan arah kiblat dan ini boleh dilihat pada 27 Mei dan 15 Julai ini ketika menghampiri waktu zuhur di Mekah.

"Mengikut pengiraan pada 15 Julai ini pula, istiwa' matahari di atas Kaabah tepat pukul 12.27 tengah hari waktu Mekah yang bersamaan pukul 5.27 petang waktu Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, bahagian berkenaan turut membandingkan ketepatan teknik bayang matahari untuk menentukan arah kiblat berbanding penggunaan teknik lain seperti kompas.

Katanya, kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi dan jika ada sumber medan magnet yang berdekatan seperti besi, aliran elektrik dan lain-lain, penunjuknya akan terpesong.

"Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari.

"Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun," katanya.

Sumber : utusan malaysia

Friday, May 25, 2012

Hentikan Prasangka

KEBEBASAN bukan hak mutlak manusia. Kebebasan adalah hak Allah Yang Maha Berkuasa. Hanya Allah yang berhak melakukan apa-apa yang dikehendaki-Nya di alam semesta ciptaan-Nya. Setiap makhluk ciptaan-Nya tidak bebas daripada apa jua ketentuan dan larangan-Nya.

Inilah juga skrip penciptaan dan kehidupan manusia bermula dengan manusia pertama bernama Adam yang asalnya ditempatkan di syurga. Di syurga yang penuh kenikmatan, Adam hidup bersama Hawa yang dijadikan daripada tulang rusuknya. Mereka diberikan kebebasan melakukan apa sahaja, kecuali mendekati sebatang pohon yang buahnya dilarang sama sekali Adam dan Hawa menjamahnya.

Namun di sebalik segala kenikmatan kehidupan di syurga, Adam akhirnya terhasut oleh Hawa atas godaan Iblis untuk memakan buah larangan. Itulah dosa Adam dan Hawa yang menyebabkan mereka dibuang ke dunia yang penuh pancaroba. Di syurga yang penuh kenikmatan, mereka masih kecundang kepada nafsu dan hasutan Iblis dengan melanggar satu-satunya larangan Allah yang sepatutnya amat mudah dipatuhi. Itulah sifat manusia. Jika di syurga boleh tewas, apatah lagi dalam kehidupan dunia sekarang.

Kisah masyhur Adam dan Hawa ini terdapat dalam al-Quran dan dalam kitab-kitab sebelumnya. Betapa manusia diperingatkan supaya mentaati Allah dengan mematuhi perintah dan menjauhi larangan-Nya. Lalu anak cucu Adam dan Hawa diperintahkan menjalani kehidupan di dunia mengikut peraturan yang Allah tetapkan.

Peraturan hidup ini dipanggil syariat yang berubah mengikut zaman dan perkembangan kehidupan di dunia dalam batas agama yang dibawa oleh rasul-rasul Allah. Sesiapa yang mematuhi syariat, dijamin mendapat kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Di dalam Quran, manusia yang taat kepada Allah diistilahkan sebagai orang yang bertakwa.

Namun, bukan semua manusia mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku kepada Adam dan Hawa. Disebabkan runtunan nafsu dan hasutan syaitan yang mendapat arahan daripada Iblis supaya menyesatkan manusia sepanjang zaman, sebilangan besar mereka terus melanggar peraturan hidup yang Allah tetapkan.

Di dalam Quran (surah Al Maaidah) diceritakan betapa generasi kedua manusia, iaitu salah seorang anak Adam bernama Qabil telah melakukan kesalahan yang lebih besar dan tidak mendapat keampunan Allah sebagaimana ibubapanya.

"Ceritakanlah kepada mereka kisah dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika mereka mempersembahkan korban, maka diterima daripada salah seorang daripada mereka (Habil) dan tidak diterima daripada yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang yang bertakwa."
"Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam."
"Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim."


Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah dia seorang di antara orang-orang yang rugi. - Al-Maaidah 5: 27, 28, 29 dan 30

Punca ibadat korban Qabil tidak diterima ialah kerana dia tidak bertakwa. Dia tidak mematuhi perintah Allah yang melarang anak-anak Adam yang dilahirkan kembar (lelaki dan perempuan) berkahwin sesama adik beradik sekembar. Qabil enggan mematuhi perintah ini, lalu masuklah dia ke dalam golongan orang yang tidak bertakwa.

Lalu Allah tidak menerima ibadat korbannya dan dia marah pula kepada Habil yang diterima korbannya. Habil adalah anak Adam yang sepatutnya berkahwin dengan pasangan kembar Qabil. Disebabkan Qabil dari awal melanggar perintah Allah, dia tidak bertakwa dan akhirnya melakukan kesalahan lebih besar yang membawanya ke neraka.

Pada zaman seterusnya, terlalu banyak manusia yang melanggar perintah Allah seperti Qabil. Manusia lebih cenderung mencipta peraturan hidup mengikut tuntutan nafsu, bukan berlandaskan perintah Allah.

Antara lain mereka menuntut pelbagai kebebasan sekalipun bertentangan dengan syariat Allah. Mereka namakan kebebasan ini 'hak asasi manusia.' Mereka menuntut kebebasan bercakap, kebebasan hubungan seks, kebebasan berdemonstrasi dan merusuh sekalipun boleh menyebabkan huru-hara. Segala tuntutan dibuat atas nama demokrasi.

Golongan
Di kalangan mereka pun ada golongan berserban yang akan 'menghalalkan' apa jua tuntutan puak mereka ini. Ambil contoh demonstrasi Bersih 3.0. Setelah jelas berlaku rusuhan yang menyebabkan kerosakan harta awam dan polis, mereka cuba pula berdolak-dalik dengan menyalahkan polis.

Kenapa sejak awal lagi mereka enggan mematuhi arahan pihak berkuasa supaya menunjuk perasaan di tempat lain yang lebih tertutup dan selamat seperti Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil? Kenapa mahu melakukan di Dataran Merdeka yang terbuka dan dikelilingi jalan-jalan yang sentiasa sibuk? Nampak sangat mereka mahu mencontohi revolusi di negara-negara lain yang juga bermula di dataran.

Mereka kononnya bertindak atas nama demokrasi, tetapi permintaan pihak-pihak berkuasa yang mewakili kerajaan yang dipilih melalui proses demokrasi, tidak pula mahu dipatuhi dan dihormati.

Alasan demonstrasi ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang bersih. Soalnya, adakah dakwaan ini hanya berasaskan prasangka, atau fitnah semata-mata? Anehnya 'fatwa' yang menghalalkan demonstrasi itu datangnya dari Kelantan, negeri yang berterusan diperintah oleh pembangkang sejak 1990. Jika pilihan raya di Malaysia boleh dimanipulasi, tentulah pembangkang tidak boleh berkuasa begitu lama di Kelantan. Nampak sangat dakwaan tersebut tidak berasas dan lebih bersifat prasangka sahaja.

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah memalukan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. - Al Hujuraat 49: 12

Sebenarnya kebanyakan manusia yang terikut-ikut berdemonstrasi ini hanyalah kerana prasangka. Mereka ini dihasut membuat kesimpulan dengan persepsi, bukannya bukti. Padahal Allah melarang prasangka. Dan dalam ayat ini Allah mengingatkan orang-orang yang beriman supaya bertakwa (taat). Sudah tentulah sesiapa yang melanggar perintah Allah ini adalah orang yang tidak beriman dan tidak bertakwa, sebagaimana Qabil.

Lebih buruk dan besar dosa mereka, jika demonstrasi itu diadakan dengan tujuan mencetus revolusi berdarah untuk merebut kuasa melalui tindakan tidak demokratik. Demokrasi dinodai sekadar untuk dijadikan alasan bagi menghalalkan tindakan yang tidak demokratik. Padahnya, jika Nabi Adam dihukum sekadar dibuang ke dunia kerana melanggar larangan-Nya, kita anak Adam akan dibuang ke neraka. Betapa seburuk-buruk kehidupan di dunia adalah jauh lebih baik daripada tinggal berhampiran dengan neraka. Malangnya ramai manusia tidak percaya kepada kehidupan di akhirat.
 
Oleh : Kalam Maulana Arrif

Tuesday, May 22, 2012

Hamka Yang Sederhana

TOKOH ini adalah seorang ulama, pujangga dan pendakwah terkenal serta berpengaruh di Asia Tenggara yang lahir dengan nama Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Bagaimanapun, beliau lebih dikenali dengan nama Hamka.

Ketika berusia 16 tahun, Hamka merantau ke Jawa. Di sana beliau menimba ilmu daripada HOS Tjokroaminoto, Ki Bagus Hadikusumo, RM Soerjopranoto, KH Fakhruddin dan A.R. Sutan Mansur.

Beliau aktif dalam organisasi Muhammadiyah. Pada 1936 Hamka berpindah ke Medan. Di sana beliau memulakan karier keulamaannya dan menulis banyak novel. Hamka dikenali kerana berpengetahuan luas.

Selain itu, beliau juga terkenal sebagai ulama yang berandangan sederhana. Pada tahun 1975, semasa Majlis Ulama Indonesia (MUI) ditubuhkan, Hamka terpilih sebagai presiden.

Ulama besar dan pujangga ini meninggal dunia pada hari Jumaat, 24 Julai 1981.

Mahir dengan sendiri
Hamka tidak pernah mendapat pendidikan rasmi. Beliau belajar agama di sekolah agama Padang Panjang dan Parabek (dekat Bukit Tinggi) serta daripada keluarganya.

Beliau sangat berbakat dalam bidang bahasa. Hamka mampu membaca sastera Arab, termasuk terjemahan daripada tulisan Barat.

Dunia antarabangsa mengakui kemahirannya dalam bidang keislaman yang diperoleh dengan cara belajar sendiri.

Beliau memperoleh gelaran Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar, Mesir dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Salah satu karya agung Hamka ialah Tafsir al-Azhar (30 juz).

Beliau menyiapkan tafsir al-Quran itu ketika dipenjarakan selama beberapa tahun kerana dianggap menentang rejim pemerintahan Orde Lama.

Ulama sederhana
Pandangan sederhana Hamka membuatkan beliau diterima oleh semua pihak. Di kalangan orang ramai, Hamka dikenali dengan pidatonya yang menyejukan hati dan mampu menaikkan semangat. Sebagai tokoh pembaharuan, beliau menentang penguasaan adat terhadap ajaran agama, terutama di Minangkabau, seperti pola hubungan kekeluargaan yang bersifat matriarki (berdasarkan kuasa ibu).

Ulama pujangga
Hamka juga dikenal sebagai pengarang novel. Beliau pernah diberi nama julukan "Kiai Novel" kerana kegiatannya yang dianggap menyalahi tradisi keulamaan itu. Puluhan tahun kemudian barulah julukan itu berubah menjadi "Ulama Pujangga".

Karyanya yang berbentuk novel antaranya ialah Di Bawah Lindungan Kaabah, Mandi Cahaya di Tanah Suci, Di Lembah Nil, Merantau ke Deli, Tenggelamnya Kapal Van Ver Wijck dan Di Dalam Lembah Kehidupan.

Beliau juga meninggalkan lebih daripada 100 karya dalam pelbagai bidang kajian seperti politik, sejarah, budaya dan ilmu keislaman.

Muhammadiyah
Perkenalannya dengan tokoh-tokoh Muhammadiyah membuatkan Hamka aktif dalam organisasi itu. Beliau beberapa kali memangku jawatan sebagai pemimpin Muhammadiyah , antaranya Majlis Konsul Muhammadiyah di Sumatera Tengah (1934), pemimpin Muhammadiyah Sumatera Timur (1942) dan anggota pemimpin pusat Muhammadiyah (1953). Sejak 1971 beliau dilantik sebagai penasihat pemimpin pusat Muhammadiyah sehingga akhir hayat. Nama Hamka diabadikan sebagai nama pusat pengajian tinggi kepunyaan Muhammadiyah di Jakarta, iaitu Universiti Hamka.

Oleh : Bahagian Analisa dan Penyelidikan
           Yadim

Sunday, May 20, 2012

Mempersoalkan Keikhlasan Pas

APABILA wujudnya cadangan daripada Pas supaya parti itu bermuzakarah dengan UMNO, timbul persoalan sama ada ajakan itu dilakukan secara ikhlas atau semata-mata bermotifkan politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Persoalan ini wujud kerana awal-awal lagi biarpun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sanggup bermuzakarah dengan sesiapa sahaja, ada pemimpin parti tersebut secara terbuka menolak ia dilakukan dengan UMNO, manakala pemimpin paling berpengaruh dalam Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan, muzakarah berkenaan adalah berkaitan dengan kenapa menolak Islam.

Sebab itu, mana-mana pihak tidak boleh tersinggung apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan keikhlasan Pas dalam soal muzakarah berkenaan.

Begitu juga dengan penganalisis politik, Prof. Datuk Dr.Mohamed Mustafa Ishak yang mempersoalkan apakah muzakarah ini sama seperti sandiwara Pas dalam hukum hudud dan apakah ini agenda puak Anwarinas hendak menarik kembali sokongan simpati orang Melayu kepada Pas? Ahmad Zahid dan Mohamed Mustafa menimbulkan persoalan itu kerana mungkin sudah serik dengan mainan politik Pas yang sebelum ini dilihat begitu beria-ia menolak sebarang kerjasama dengan UMNO hatta berkaitan dengan perpaduan orang Melayu sekali pun.

Malahan semua orang sudah pasti tidak boleh melupakan bagaimana pemimpin-pemimpin Pas yang dilihat cuba berbaik-baik dengan UMNO dikecam dengan pelbagai tuduhan, malahan ada antaranya disingkirkan daripada pemilihan parti itu.

Namun begitu, UMNO tetap bersabar dengan kerenah berkenaan kerana sebagai sebuah parti yang sentiasa mementingkan perpaduan ummah dan perkembangan umat Islam, UMNO sama sekali tidak akan menutup pintunya untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja. Atas sebab itulah sejak awal lagi UMNO sentiasa bersedia mengadakan muzakarah dengan Pas.

Malangnya, acap kali juga kita menyaksikan keikhlasan UMNO dipersoalkan, ada pemimpin dan penyokong Pas menganggap kesediaan UMNO itu disebabkan parti itu sudah lemah selepas apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum 2008 dan lebih daripada itu, mereka melihat biarpun UMNO sebuah parti Melayu yang dipimpin oleh orang Islam namun perlu ditentang dan dianggap seolah-olah 'musuh kamu yang paling nyata.'

Kesudahannya segala perancangan untuk bermuzakarah antara dua parti besar orang Melayu ini hanya tinggal kenangan.

Oleh itu, jika benar Pas ikhlas untuk mengadakan muzakarah bersama UMNO, berpeganglah kepada firman Allah dalam surah Al-Hujarat ayat 10 yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Inilah niat ikhlas UMNO, iaitu hendak menamatkan persengketaan dengan Pas yang sudah berakar umbi sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Apabila UMNO bersedia hendak bermuzakarah dengan Pas, bukanlah kerana UMNO sudah lemah tetapi pemimpin-pemimpin parti itu ingin memperkukuhkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Sesetengah pemimpin dan penyokong Pas tidak boleh terlalu jumud apatah lagi berfikiran sempit apabila menganggap UMNO sudah lemah kerana hakikatnya yang lemah bukannya UMNO tetapi Pas.

Namun soal siapa kuat siapa lemah tidak harus menjadi persoalan kerana agenda yang lebih utama dalam merealisasikan muzakarah yang diidam-idamkan itu adalah memastikan kedua-dua parti sepakat dan sekata dalam soal memperjuangkan orang Melayu dan umat Islam.

Kita bosan apabila Pas seolah-olah begitu sukar untuk bersama-sama UMNO dalam soal berkenaan sedangkan kaum lain biarpun berbeza fahaman dan ideologi politik, bersedia bersatu jika ada perkara berkaitan kepentingan bersama.

Tetapi ini tidak berlaku antara UMNO dan Pas. Sebaliknya Pas sering menganggap apabila UMNO bercakap soal orang Melayu itu assabiyah dan bermotifkan politik perkauman dan apabila UMNO menyentuh soal Islam, ada pemimpin Pas akan menganggap UMNO tidak layak bercakap soal Islam. Kalau beginilah cara dan pemikiran cetek yang ada pada sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, sampai bila pun penyatuan pemikiran antara dua parti ini sukar dicapai.

Satu perkara yang harus diperingatkan kepada golongan berkenaan adalah apabila UMNO dan Pas bermuzakarah, ia bukanlah bermaksud UMNO harus masuk Pas dan Pas perlu masuk UMNO. Apa yang orang Melayu dan umat Islam ingin saksikan adalah kedua-dua parti sekata dalam persoalan berkaitan kepentingan umat Islam.

Soal Pas hendak bersama pakatan pembangkang atau terus bertanding dalam pilihan raya, itu hak Pas kerana ia dibenarkan dalam amalan demokrasi di negara kita. Apa yang kita mahu lihat, Pas tidak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya dan menolak apa sahaja usaha baik UMNO.

Kalau Pas merasakan dasar dan perjuangan mereka boleh memberikan alternatif yang lebih baik berbanding UMNO, maka teruskanlah. Biar rakyat menilai dan membuat keputusan. Masalahnya Pas acap kali memomok dan merendah-rendahkan segala keikhlasan UMNO dalam meningkatkan martabat orang Melayu dan umat Islam.

Situasi inilah yang mengizinkan puak-puak yang tidak mahu melihat orang Melayu UMNO dan Pas duduk semeja akan berasa lega dan bertepuk tangan. Justeru wujudlah kelompok-kelompok tertentu yang dari semasa ke semasa semakin tidak gentar dengan jumlah orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Mereka yakin bahawa UMNO dan Pas tidak mampu bersatu sungguhpun untuk kepentingan orang Melayu dan umat Islam. Akibatnya, orang Melayu menjadi lemah.

Oleh itu diharapkan kali ini, Pas benar-benar ikhlas untuk bermuzakarah dengan UMNO. Tidak salah untuk dua kelompok yang bersaudara sesama Islam duduk berbincang, berdialog dan mencari titik persamaan.

Mungkin halangan terbesar Pas akan datang daripada sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang sudah tentu tidak akan menyenangi langkah Pas tersebut, tetapi inilah masanya Pas membuktikan bahawa mereka bukan 'pak turut' dan bersedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja dengan kepentingan Islam.

Kita tidak pasti sama ada Pas akan mempunyai keberanian ini atau tidak, tetapi apa yang pasti selama ini pun setiap usaha Pas dalam soal Islam contohnya, mendapat tentangan daripada kedua-dua sekutunya itu.

Pas perlu menunjukkan ketegasannya kerana bermuzakarah dengan UMNO bukan soal politik tetapi soal masa depan orang Melayu dan umat Islam.

Kalau itu pun ditentang oleh kedua-dua parti berkenaan dan kemudiannya Pas pula akur dengan membatalkan hasrat bermuzakarah tersebut, jelaslah ada pihak yang tidak mahu melihat orang Melayu bersatu dan Pas mahu terus menjadi pak turut.
 
Oleh : Zulkiflee Bakar

Friday, May 18, 2012

Adab Memberi Teguran

SEMEMANGNYA dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah perkara yang lumrah bagi manusia.

Justeru, apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka, kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

Oleh yang demikian, janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga wujud cabar-mencabar.

Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya.

Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah SWT.

Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran. Kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai 'orang perantaraan' bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur.

Kita tidak harus melatah, apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah SWT.

Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah SWT menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.

BicaraIkhlas@utusan

Wednesday, May 16, 2012

Kesan Pelukan Yang Tak Terduga

Tak perlu ragu mendedahkan sayang dan cinta yang anda rasakan pada anak, suami, isteri, dan ibu bapa dengan sentuhan. Sebab memeluk, memegang tangan, atau mengusap kepala, terbukti membuat hidup seseorang lebih bahagia. Anda ingin tahu manfaat lain dari dekapan anda pada si dia atau ahli keluarga yang lain?

1. Sentuhan dari orang yang kita sayangi akan meningkatkan jumlah hemoglobin di dalam darah. Seperti yang kita tahu, hemoglobin merupakan salah satu bahagian dari tubuh yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, termasuk jantung dan otak. Bekalan hemoglobin yang meningkat ini dipercayai secara ilmiah akan mempercepatkan proses penyembuhan selepas sakit.

2. Memeluk seseorang yang anda sayangi sebanyak empat kali satu hari boleh menjauhkan kemurungan. Malah secara ilmiah, lapan pelukan sehari akan memberikan kestabilan mental yang lebih kukuh, dan 12 pelukan sehari akan membantu perkembangan psikologi seseorang. Penelitian lain menyebutkan manfaat pelukan, di antaranya mengurangkan tekanan, membantu pola tidur yang sihat, memberi semangat, dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

3. Sebuah kajian yang dilakukan University of California juga membuktikan betapa dahsyatnya sentuhan dari suami, isteri, bahkan kekasih. Sebanyak 25 perempuan yang menjadi objek penelitian diberi semacam panas yang membuat mereka merasa kesakitan. Lalu mereka dipersilakan memegang bola kecil, tangan lelaki asing, dan tentunya tangan pasangan. Ajaibnya, ketika mereka saling berpegangan dengan tangan pasangan, rasa sakit yang dirasakan jauh berkurang dibandingkan ketika mereka memegang bola kecil atau tangan lelaki asing.

4. Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Epidemiology and Community Health mendedahkan fakta bahawa bayi yang sedari lahir selalu diberi sentuhan (pelukan, ciuman, belaian) petanda kasih sayang oleh orang tuanya tumbuh menjadi peribadi yang baik dan bijaksana dan bersedia menerima sebarang cabaran.

Anonymous



Tuesday, May 15, 2012

Demo Kera Si Gila

MENTARI menyala membakar ubun-ubun. Jerit dan pekik menjadi gegak gempita. Panas dan meluap dengan bau manusia yang dibakar rasa dan jiwa. Sengaja dibakar-bakar. Laungan yang entah apa butirannya bergema di segenap perut kota. Dari tempat aku berdiri, di sebalik tiang besar di kaki lima sebuah bangunan usang, suasananya sangat tegang.

Gerombolan mamai berbaju kuning mara bagai air longkang yang melimpah turun di celah-celah simen yang pecah. Hari itu kota jadi kuning. Kota menjadi gila dan digilakan oleh manusia yang gila kuasa secara gila. Sejak selepas subuh, dari Masjid Negara aku menyusup hingga ke sini, melepasi celah-celah gelung kawat berduri dan barisan polis. Waktu itu sunyi dan dada kota keperangan disimbah neon jalanan.

Aku bermalam di Masjid Negara. Hari ini tentu laluan masuk dihalang angkara gerombolan mamai itu. Ibu menghalang. Katanya, hanya orang gila sahaja yang buat kacau sampai orang lain susah. Ibu pernah menelan pengalaman pahit dan ngeri semasa 13 Mei 1969. Ibu tak percaya ada kewarasan bila meja bulat jadi jalan raya.

Masa kecil ayah selalu ceritakan nyawanya di hujung pedang apabila dikepung semasa tragedi 13 Mei. Waktu itu ayah penjual ikan di Central Market. Sekarang Central Market jadi Pasar Budaya. Tak busuk dan hanyir macam dulu. Tetapi budaya apa? Entah. Aku tak ingin ambil peduli.

Kata ayah, pagi itu dari Lebuh Pasar hingga Central Market penuh dengan orang ramai. Mereka menyerbu ke jalan-jalan raya. Mereka membunuh. Kalau nasib tak baik dibunuh. Ayah terkepung. Tetapi sempat juga ayah merodok belati ke perut salah seorang daripada mereka. Ayah sempat tengok si bangsat itu mengelupur, darah menyembur. Baju pagoda putih ayah bertukar bintik merah. Ayah lari tetapi jumpa jalan mati. Kata ayah, nasib baik seorang lelaki Cina membuka pintu dan ayah masuk bersembunyi hingga kumpulan lelaki itu pergi. Dulu ayah pernah bawa aku pergi kedai lelaki Cina itu masa Tahun Baru Cina. Dia baik. Bertuahlah ayah aku dan lelaki Cina itu tak terasuk hasutan pemimpin politik supaya membunuh kaum yang lain.

Sunday, May 13, 2012

Kisah Banjar.....Perang Sungai Manik

Guling gail awak si Mail Rudo taampar di atas titian nang hudah kada babatis batangan, kaampatnya pagat marga timpasan parang bungkol si Utoh Putih. Mahadang kutika nyawa cagar bapisah awan jasad. Banyu jaranih landas di bawah titian manjadi habang samunang dimumuie darah. Dasar kaitu pang adat urang bakalahi tih, salah saikung tantu pang kacundang, sangkala maka am tatawa ganal manarima habuan patang nih darah dalam jantung makanan ku!. Imbah asar Mail Rudo balapas saurangan kadada saikung-ikung umat nang rigi mahadapinya. Sapucuk pistol .38 nang hudah kahabisan pilur magunai taandak di higa mayat.

Labaram galo sa Bandang DOan, Parit 6, Sungai Manik, banyak pang bubuhan Banjar nang taumpat piasat didasak leh batalo kapala kominis nang bangaran Ah Pau, Ah Boon awan Ah Jang bamarkas di Sungai Tungko. Pambunuh Mail Rudo urang gancang PKM harus ditangkap salakasnya ujar.

Utoh Putih, Alai tutok baanak dua, nang panghaluinya bibinian jua hanyaram bisa badiri rabah bagana di Pakan Arba, Parit 6, Sungai Manik wayah hintutih. Talalo kapuputihan pangawak tuh pang lagit hidin rikit bagalar Putih. Kawan sahati wan arwah ninik sama juharanya napa. Mail Rudo Banjar Sungai Tungko, Sungai Manik urang lawas nang manjadi garumbulan PKM di bahagian risek. Imbah Japun sulindar sidin ditugasakan mancari ahli hanyar dalam daerah Sungai Manik. Angkara kada pati banyak nang hakon bubuhan Banjar mandangani pajuangan kominis. Ayungannya Mail Rudo bakaras bapaksaan siapa nang kada katuju alamat bakal manarima musibah. Saban harian bilang kada kakurang ham anum tuha habis ditangkapi marga kada hakun tutih. Siksaan, disumbalih, diguni dibuang ka Sungai Perak, ditimbak, dirujak (sula) sarabanya ham, matan purun banar sama sabangsa. Ai, urang bapangkat ganal kalo tantu ai lakas kalumpanan wan diri kada kalakon tuh lah!.

Wayahitu kada sadikitnya urang Banjar awan urang Malayo nang manyukung kominis. Kada batinggalan ada haja tuh jua urang Banjar nang bailmu harat dalam pakalahian umpat jadi talibarut kominis. Urang-urang nang kaya nitu tih pang nang manjadi duri dalam daging kanu bubuhan sakaganaan. Talalo mangapung pangkat sanggup mambunuh, manyalukuti rumah, harta banda sarabanya ham, matan kada bakiraan lawan bangsa saurang. Nang mana pina pamburisit dipaksa pulang mambayar yuran asal maumpati Parti Kominis. Kisah seterusnya disini 

Dah banyak tulisan kat internet atau blog pasal perang kat Sg Manik yang berlaku lebih dari 60 tahun yang lepas. Banyak cerita pasal kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Banjar yang di sampaikan dari mulut ke mulut yang mana setengahnya di tokok tambah untuk menjadikannya lebih menarik. Nama-nama seperti 'Tentera Sabil' atau 'Kumpulan Parang Terbang' merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan-pahlawan Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda. Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik.

Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Malaya dan menubuhkan negara komunis melakukan banyak kekejaman terhadap orang Melayu dan lain -lain yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang Melayu di anggap sebagai tali barut Jepun. Cubaan Bintang Tiga mencampuri urusan agama dan memungut cukai mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu Pahat. Bintang Tiga tidak menjangkakan reaksi dan tentangan yang bakal mereka terima dari masyarakat Banjar. Jika tidak kerana set back yang mereka terima di Sg Manik dan Batu Pahat, senario politik kita masa ini mungkin sedikit berbeza.

Bagi orang Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu. Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman. Di Batu Pahat misalnya, Kiyai Saleh yang menyelamatkan orang melayu tetapi Dato Onn yang dapat nama sebagai hero. Sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berjuang menyelamatkan bangsa, bukan digambarkan sebagai satu kumpulan etnik yang ganas dan panas baran dan peristiwa itu hanya sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara. Kami tidak mahu ganjaran berbentuk material atau pangkat duniawi seperti Tan Sri atau Dato', cukup sekadar pengorbanan pejuang terdahulu dihargai dan di rekodkan dalam sejarah negara.

Friday, May 11, 2012

Menjelaskan Kesesatan Pas

KETIKA Badan Perhubungan Pas Terengganu menganjurkan Majlis Mesra Media Februari lalu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik memudarkan sedikit kemesraan yang cuba diserlahkan.

Beliau yang tiba dan menyapa kami, tidak berlengah mengheret perbualan dengan mempersoalkan laporan media berhubung kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang menggelar Pas sebagai singkatan kepada 'Parti Ajaran Sesat'.

Bakar yang berwajah 'bengkeng' yang dikenali dengan kenyataan-kenyataan kerasnya, menganggap tuduhan terhadap Pas suatu yang dianggap cukup berat dan memberi tempoh tiga hari untuk Ahmad menarik balik kenyataan itu, sebelum tindakan diambil.

Beliau kelihatan cukup serius ketika kalangan kami pula bersahaja memanjangkan perbualan dengan bertanya apa salahnya dengan 'ge'lor' (gelaran) itu, sebagaimana UMNO dan penyokongnya dikafirkan sekian lama.

Mungkin bagi Abu Bakar tuduhan menyentuh akidah dan tidak pernah ditarik balik itu yang menyemarakkan api sengketa sesama Islam ketika setiap ceramah mereka disamakan dengan kerja dakwah dianggap begitu ringan persoalannya.

Tercetus pula cadangan agar Ahmad lakukan sumpah laknat mubahalah yang selama ini ditolak oleh Pas bagi mengelak pemimpin pakatan pembangkang berbuat demikian bagi membersihkan diri daripada kehinaan kerana sarat dengan persoalan moral.

Dan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat bertanya apakah tindakan yang diambil kerana kata dua yang diberikan sudah melewati tiga bulan.

Sidang DUN kali ini juga agak luar biasa sedikit apabila hujah dalam persoalan agama ini tidak begitu disanggah oleh Pas sebagaimana lazimnya dan Khazan menggulung perbahasan dengan jelas dan terang tanpa disanggah.

Ia bermula dengan pertanyaan lisan oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung ajaran-ajaran di negeri ini yang difatwakan sesat dan apakah garis panduan yang digunakan turut mengambil kira pandangan ulama antarabangsa.

Ternyata Pas tidak termasuk senarai 'sesat' bersama aurat Aurat Muhamadiah, ajaran Azhar Wahab dan Ayah Pin berdasarkan hasil kajian dan keputusan majlis fatwa berkaitan dengan ajaran dan fahaman bertentangan dengan akidah, syariat Islamiah, Al Sunnah wal Jamaah.

Namun Khazan menyifatkan gelaran terhadap Pas itu ada asasnya dan kerana Pas telah banyak melakukan pembohongan dan penyelewengan dengan mempolitikkan agama yang perlu dihentikan.

''Kurang bijaksana jika kerajaan bertindak melalui proses pentadbiran kerana boleh timbul tanggapan lain bahawa kerajaan bertindak semata-mata untuk kekalkan kuasa parti kerajaan," ujarnya.
Isu Pas merupakan persoalan politik yang lebih wajar ditangani melalui penjelasan parti kerajaan kepada masyarakat bahawa parti itu memperjuangkan Islam dengan cara tidak betul atau dengan perkataan yang lain 'sesat'.

Sukar untuk ditepis bahawa apa yang berlaku dalam masyarakat berpunca daripada ajaran yang difatwakan oleh pemimpin Pas yang menjadikannya parti itu seolah-olah agama yang menjadi penentu pilihan sama ada syurga atau neraka.

Tidak menyokong parti Pas cuba diberi gambaran seolah-olah tidak menyokong agama dan terkeluar dari agama, sedangkan tidak semua urusan hidup itu agama.

Contoh lampu jalan itu urusan dunia, terserah sama ada nak tukar lampu merah dari berhenti kepada berjalan. Tidak sebagaimana urusan agama seperti sembahyang subuh tidak boleh dibuat empat rakaat.

Dalam pelbagai perkara berkaitan kehidupan seperti politik, perniagaan, perkahwinan, makan minum, hubungan keluarga merupakan urusan dunia dengan panduan agama.

Kita tak boleh terus dikelirukan, kerana politik ada tunjuk ajar panduan oleh agama tetapi bukan bererti ia agama, cuma agama diambil sebagai panduan.

"Agama juga mengajar jual-beli yang menjadi urusan dunia dan ia boleh dilakukan di masjid tetapi tidak wajar berjaja dan berkempen melariskan produk dengan turut menjanjikan pahala dilakukan di situ.

''Nak bercakap politik boleh, seperti adab berpolitik, tanggungjawab pemimpin dan rakyat tetapi apabila kita masukkan produk kita (parti) untuk didagangkan, inilah yang merosakkan institusi masjid dan porak-perandakan masyarakat," ujar Kahzan.

Justeru apabila terdapat saranan dan arahan politik jangan dicampur-adukkan dan dibawa ke dalam masjid, UMNO dianggap menolak agama dan berfahaman sekular dan ia terus dijaja sehingga kini untuk mendapat pulangan politik.

''Nabi Muhamad SAW menyebut bahawa ini duniamu dan kamu lebih tahu mengenai urusan duniamu.

''Hanya mereka yang berfahaman syiah mengaitkan politik dan pemerintah sebagai urusan agama apabila kuasa Nabi mahu diturunkan kepada keturunan Baginda," ujar Khazan.

Perpecahan di kalangan umat Melayu dan Islam berlarutan sekian lama kerana mengejar kuasa politik dan soal siapa yang lebih Islam dijadikan sandaran untuk membezakan parti yang lebih baik dan boleh dipercayai.

Ia sampai ke satu peringkat keterlaluan bahawa mengundi Pas untuk menegakkan negara Islam menjanjikan syurga - tentunya suatu yang menyesatkan kerana masuk syurga bergantung kepada amalan dan akidahnya.

Hubungan UMNO dengan parti-parti bukan Islam, suatu yang dianggap menyimpang daripada agama sebelum ini dan dianggap 'wala' yang tunduk kepada kehendak bukan Islam.

Sedangkan Pas kini sebenarnya berwatak sedemikian dengan menggunakan istilah 'tahalusiasi (yang juga bawa makna kerjasama politik) apabila ia bergabung dalam pakatan pembangkang bersama DAP yang terus tegas menolak negara Islam tetapi kian mengukuhkan pengaruh hasil kerjasama itu.

Namun ketika pakatan mereka makin erat dan bayangan ke Putrajaya makin jelas, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas tiba-tiba bertukar nada mengatakan 'negara Islam' tidak wujud dalam al-Quran dan landas perjuangan beralih kepada negara berkebajikan.

Sememangnya ada kerjasama yang diizin oleh agama dan ada yang ditegah. Yang diharuskan ialah untuk maslahah yang tidak korbankan prinsip agama, malah terus memelihara Islam dan menyekat anasir tidak baik.

''Kalau kita bekerjasama dengan bukan Islam tetapi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama, suatu jawatan paling besar dalam negeri dipegang oleh orang lain, apa maknanya," soal Khazan.

"Kita lihat di Selangor dalam usaha mencegah kemungkaran, arak yang dirampas terpaksa dipulangkan dan ini suatu yang amat memalukan Islam," ujar Khazan.

Kerana nama Melayu juga, UMNO dituduhkan memperjuangkan asabiyah, atas bangsa semata-mata dan mengetepikan perjuangan menegakkan agama.

''Sedangkan dalam konteks negara, Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan," ujarnya.

Islam tidak melarang kasih kepada bangsa dan tanah air. Tiada yang meminta dilahirkan di sini sebagai bangsa Melayu, namun kita berhak merasa kasih dan bangga tanpa menganiaya orang lain.

''Kerana peralatkan agama, UMNO dilemparkan tuduhan itu dan sedangkan nabi berkata, asabiayah kamu menolong saudara kamu melakukan kekejaman," ujarnya.

Bila ada kalangan pemimpin Pas bernada berlainan menyatakan kebenaran, ia ditepis sebagai pandangan peribadi dan jika kepincangan didedah, ia didiamkan.

Semua ini dituding sebagai mainan musuh politik atau mereka telah termakan hasutan sedangkan dibolehkan pula mengaibkan peribadi pemimpin dan dibiarkan, biarpun fitnah.

Sebahagian daripada saham kekalutan umat Islam yang mencemaskan kuasa politik Melayu Islam ini dilaburkan oleh Abdul Hadi melalui fatwa yang dicetuskannya ketika emosi politiknya membuak-buak tanpa dapat dibendung.

''Dia kena perbetulkan, sebagai manusia ada salah silapnya dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat," ujar Khazan lagi.

Bagi Khazan, Abdul Hadi memikul dosa yang cukup besar yang mendiamkan segala kesalahan, apatah lagi dia seorang ulama, juga pemimpin dan pastinya tahu pula kesalahan.

Ia menuntut mereka yang berjiwa besar dan Abdul Hadi tentunya akan lebih dihormati, dimuliakan dan dikenang apabila pergi tetapi dia mungkin tidak mempunyai kekuatan lagi apabila tersilaukan kuasa yang dirasakan semakin hampir untuk digapai.

Hadi tidak bercita-cita untuk menerajui negara. Puncak perjuangan kelihatan bukan lagi agama dan kebenaran yang berubah-ubah.

Apabila ada yang merasakan syaitan juga boleh dijadikan kawan untuk kemenangan, justeru kini Hadi dan Pas yang makin seronok mencari untung di jalanan bersama kacau-bilau Bersih membantu memenangkan siapa?

Oleh : Wan Zulkifli Wan Yaacob

Thursday, May 10, 2012

Memupuk Pemikiran Positif

SEBAGAI manusia, kita mempunyai kelebihan berbanding makhluk-makhluk yang lain. Ini disebabkan manusia dikurniakan akal fikiran yang membolehkan kita menilai yang baik dan yang buruk, membuat analisis dan bertadabbur memikirkan kebesaran Allah SWT.

Manusia diberikan kebebasan untuk menggunakan akal. Tiada halangan bagi mereka berfikir. Asalkan landasan pemikiran tersebut berpaksikan kepada neraca dan sempadan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Setiap manusia mempunyai ruang dan peluang untuk membentuk pemikiran, sama ada positif atau negatif.

Apabila berhadapan dengan situasi atau keadaan tertentu, sikap yang diambil boleh ditentukan dengan pemikiran.

Bahkan, pemikiran juga dapat memberikan kekuatan kepada kita dalam berhadapan dengan ujian dan cabaran kehidupan untuk mencapai matlamat yang didambakan.

Pemikiran yang positif sebenarnya perlu disemai dalam diri. Mengajar kita untuk berfikiran lebih optimis, memberi ruang untuk minda berfikiran lebih terbuka, membantu kita untuk meningkatkan daya dalam diri sendiri, masyarakat dan persekitaran.

Berfikiran positif juga hakikatnya membuatkan kita menjadi lebih tenang dan tenteram. Keadaan ini akan membantu kita dalam membuat keputusan yang rasional serta adil.

Berfikiran positif juga dapat mengelakkan berlakunya persengketaan, permusuhan, dendam dan ketidakpuasan hati sesama manusia.

Orang yang berfikiran positif juga tidak akan mudah berputus asa dan kecewa. Sebagai contoh, seseorang yang gagal dalam perniagaannya biasanya akan melihat kegagalan tersebut adalah penghalang kepada kejayaannya. Maka, dia akan terus berputus asa, kecewa dan mungkin tidak akan meneruskan usahanya lagi.

Akan tetapi, bagi seseorang yang mempunyai pemikiran positif, kegagalan merupakan kejayaan yang ditangguhkan. Kejayaan itu akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Kegagalan dilihat sebagai batu loncatan untuk memperoleh kejayaan.

Sebenarnya, pemikiran positif selari dengan kehendak Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman sebenarnya adalah baik, walaupun pada pandangan kita ia adalah buruk.

Dengan maksud lain, Allah SWT sentiasa memberikan yang terbaik. Namun, mungkin kita yang tidak mahu bersyukur. Ketahuilah bahawa dalam kehidupan, kita tidak akan mendapat semua apa yang disukai.

Oleh itu, belajarlah untuk suka apa yang kita dapat. Firman Allah SWT: ...Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat). (al-A'raaf: 168)

Apabila kita berhadapan dengan musibah seperti kemalangan, penyakit dan sebagainya, kita perlu melihatnya secara positif. Jangan kita berburuk sangka dengan Allah. Anggaplah ia sebagai ujian yang Allah kurniakan kepada kita untuk mengangkat darjat atau sebagai penghapus kepada dosa-dosa yang telah kita kerjakan selama ini.

Firman Allah SWT: Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (asy-Syu'ara: 30)

Apabila kita berfikiran positif, maka kita akan menarik elemen-elemen positif bersama dengan kita.

Allah juga akan mengikut sangkaan kita terhadap-Nya. Sewaktu kita berdoa, hendaklah kita yakin dan percaya Allah akan memakbulkan doa yang kita panjatkan.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman: Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku... (riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Oleh itu, kita perlu sentiasa berfikiran positif terhadap segala yang kita tempuhi, sama ada baik atau buruk. Rasulullah mengajar kita untuk sentiasa berfikiran positif.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda: "Sungguh ajaib keadaan orang yang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan dengan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya." (riwayat Muslim)

Demikian juga apabila kita berhadapan dengan masyarakat di sekeliling. Mulakan interaksi kita dengan mereka secara positif. Jangan melihat semua orang di sekeliling sebagai pesaing atau musuh.

Bicara Ikhlas@utusan

Tuesday, May 8, 2012

Pelukan Hangat, Tingkatkan Gelora Bercinta

TAK perlu berfikir rumit untuk mencipta hubungan romantis bersama pasangan. Memberikan pelukan hangat disertai ciuman dapat menjadi salah satu pemangkinnya.

Romantisme dalam hubungan memang sangat diperlukan. Selain meraih ghairah keintiman, romantisme diperlukan untuk mencipta hubungan yang harmoni. Untuk mewujudkannya, sebuah pelukan hangat disertai beberapa kalimat pujian boleh menjadi keajaiban menjelang sesi bercinta bermula. Tanpa disedari, hal ini secara berkesan mengembalikan kehangatan asmara dan romantisme anda berdua.

Agar membuatnya semakin semarak, biarkan pasangan menikmati kemanjaan yang anda layangkan untuknya. Keintiman seksual ini membolehkan pasangan menyedari betapa hangatnya ghairah yang anda sajikan padanya.

Cubalah untuk memberikan sisi terbaik di tempat tidur untuk pasangan. Jangan membuat pasangan anda merasa bahawa hanya dia yang membuat semua usaha romantisme tercipta. Anda boleh menyelitkan kalimat-kalimat nakal di telinganya.

Kadang-kadang, berbisik hal-hal nakal juga dapat mencipta keintiman dan mendorong ghairah seks meningkat dengan hebat. Yang perlu diingat, jangan bersikap secara berlebihan. Cukup menikmati keintiman dan membantu pasangan anda mencapai orgasme. Untuk membakar ghairahnya, berikan pula padanya tentang bagaimana anda menyukai caranya menyentuh, mencium dan memperlakukan anda. Cara ini amat berkesan bagi meningkatkan prestasi bercinta anda berdua.

Anonymous

Ada Pihak Di Seberang Tolak Konsep Rumpun Melayu

TIDAK lama dahulu, akhbar Kompas, Indonesia menyiarkan laporan ini:

"Anggapan yang salah jika dikatakan Indonesia merupakan bangsa serumpun dengan Malaysia. Indonesia lebih hebat dan lebih beragam dibandingkan Malaysia.

"Kalau disebut bangsa serumpun, identik dengan Melayu saja, sedangkan suku bangsa, bahasa, dan budaya suku lain dinihilkan (ditiadakan).

"Serumpun apanya? Dalam bidang suku dan budaya, Malaysia tidak ada kaitannya sama sekali dengan budaya Papua, Flores, maupun budaya lainnya yang ada di Indonesia. Indonesia lebih luas, hebat, dan beragam!" kata sejarawan Dr Anhar Gonggong dalam Seminar "Cross Cultural Fertilization: Sebuah Strategi Kebudayaan" yang berlangsung di Universitas Paramadina Jakarta,."

Saya tertarik dengan laporan ini kerana ia menunjukkan bahawa gagasan rumpun Melayu antara Malaysia dan Indonesia rupanya ditolak oleh pihak-pihak tertentu di Indonesia.

Sedangkan di Malaysia, sekurang-kurangnya konsep rumpun Melayu yang meliputi Malaysia dan Indonesia itu adalah suatu yang diterima sebagai fakta sejak negara ini belum merdeka lagi.

Ia seolah-olah hanya pihak Malaysia, atau lebih tepat lagi orang Melayu di negara ini yang terhegeh mahu menjadi saudara serumpun kepada Indonesia, sedangkan di sebelah seberang sana, ada antara mereka tidak dapat menerimanya.

Tetapi saya berasakan penolakan mereka terhadap gagasan rumpun Melayu itu adalah kerana konsep bangsa Melayu yang ditafsirkan secara berbeza oleh kedua-dua.

Bagi orang Malaysia, bila disebut rumpun Melayu, ia meliputi keseluruhan peribumi yang mendiami seluruh gugusan kepulauan Melayu, dari segi sempadan politiknya kini meliputi Malaysia dan Indonesia.

Melayu itu hanyalah nama suatu bangsa keluarga besar bagi keseluruhan bumiputera kepulauan Melayu. Ia merujuk bukan saja Melayu di Semenanjung Malaysia dan Sumatera tetapi semua suku kaum, besar dan kecil, termasuk Jawa, Aceh, Batak, Iban, Kadazan, Bugis, Banjar hinggalah ke Maluku, Flores malah Papua. Maknanya keseluruhan peribumi di kepulauan Malaysia dan Indonesia.

Justeru apabila ada pihak yang menyebut bahawa Malaysia tidak ada kaitan dengan Flores dan Papua, maka justeru negara ini dan Indonesia tidak boleh dianggap serumpun, maka itu tidak tepat.

Dalam Malaysia pun, kalau dikira daripada suku kaum, Melayu tidak ada kaitan dengan Iban dan Kadazan di Sarawak dan Sabah.Tetapi kalau dikira sebagai serumpun, maka sudah tentu Melayu, Iban, Kadazan dan lain-lain Bumiputera adalah serumpun. Dari segi suku kaum, sudah tentu Iban di Sarawak dan Kalimantan adalah berkaitan walaupun mereka berada di negara berbeza.

Dikirakan
Dalam Indonesia, kalau dikirakan suku kaum, tentunya Melayu di Sumatera berbeza daripada peribumi Flores. Begitu juga dengan Jawa.

Tetapi kini kesemuanya dianggap sebagai satu bukan kerana masing-masing berada dalam negara yang sama iaitu Indonesia tetapi dari segi leluhur adalah menduduki suatu kawasan besar yang berkaitan dan berhubungan.

Maka Melayu yang disebut sebagai rumpun hanyalah satu istilah. Nama lain boleh digunakan, umpamanya rumpun Nusantara bagi merujuk pada keseluruhan bangsa peribumi Malaysia dan Indonesia.

Tetapi perkataan Melayu dipilih kerana kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia menggunakan bahasa Melayu. Maka adalah wajar rumpun bangsa di Malaysia dan Indonesia ini disebut sebagai Melayu walaupun dari segi darah keturunan atau budaya adalah berbeza.

Hakikatnya pemisahan antara Malaysia dan Indonesia adalah hasil daripada proses sejarah dengan kehadiran penjajah di rantau ini. Indonesia mewarisi tanah jajahan Belanda, dan Malaysia tanah jajahan Britain. Tetapi dari segi rumpun, kedua negara memiliki hubungan yang wajar dicarinya persamaan, dan bukannya perbezaan.

Persamaan utama adalah kedua-duanya menggunakan bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia. Tetapi ia tetap dikenali sebagai bahasa Melayu di Brunei, Singapura dan Thailand Selatan.

Orang Malaysia mengakui kehebatan keluasan dan kepelbagaian Indonesia, jauh lebih daripada Malaysia. Tetapi itu tidak bermakna apabila orang Malaysia mendokong gagasan rumpun Melayu, ia bertujuan untuk memperkecilkan kedudukan bangsa Indonesia, atau "menihilkan" peribumi bukan Melayu.

Ini kerana dalam laporan Kompas itu, Anhar menyatakan bahawa, bangsa Indonesia jangan mau direndahkan oleh bangsa mana pun dengan iming-iming sahabat dekat, bangsa serumpun, dan sebagainya, tetapi di belakang merendahkan bangsa Indonesia dengan sebutan Indon dan sebagainya.

"Ingat, Indonesia dalam sejarahnya saat masih dalam kekuasaan Kerajaan Sriwijaya dan Majapahit, wilayahnya sangat luas serta mencakup beberapa negara tetangga sehingga disebut Nusantara," kata Anhar.

Sebutan Indonesia, kata Anhar, merupakan buah fikiran jenius para pendiri bangsa yang bervisi jauh ke depan untuk menyatukan suku-suku bangsa, bahasa, dan kebudayaan yang sangat beragam.

Cendekiawan Harry Tjan Silalahi mengatakan, jika Indonesia dan Malaysia dianggap serumpun maka keberadaan suku dan budaya lain di luar Melayu dianggap tak ada. "Pandangan ini sesat dan berbahaya," ujarnya.

Sungguh keras mereka menolak gagasan rumpun Melayu itu. Tetapi hakikat sejarahnya, Sri Wijaya, Majapahit dan Melaka adalah serumpun jua. Mereka berbahasa Melayu.Justeru mereka memiliki memori kolektif serupa berasaskan sastera serumpun. Air dicincang tidak akan putus.

Oleh : Zin Mahmud

Friday, May 4, 2012

Sikap Pas Semakin Buruk


DALAM rakaman video yang disiarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan dengan jelas bagaimana anggota Unit Amal Pas menjadi pencetus tindakan merempuh pihak polis dalam perhimpunan Bersih, Sabtu lalu.

Tindakan ganas itu dikatakan mengejutkan banyak pihak termasuk kalangan penyokong parti itu sendiri kerana unit berkenaan dikatakan ditugaskan untuk menjaga keselamatan peserta dan bukannya melakukan perbuatan provokasi.

Bagaimanapun ternyata emosi sudah menguasai anggota unit tersebut apatah lagi sebelum itu difahamkan, ada kalangan pemimpin-pemimpin Pas menegaskan, Dataran Merdeka perlu ditawan dengan apa cara sekali pun.

Sekali lagi, kita menyaksikan bagaimana sebuah parti yang melaungkan kalimah suci Allahuakhbar semakin hilang punca dalam mencari keuntungan politik.

Perhimpunan Bersih yang ditentang oleh banyak pihak dijadikan oleh Pas sebagai 'platform' untuk menunjukkan kesetiaan parti itu kepada pakatan pembangkang.

Justeru seperti juga perhimpunan pada tahun lalu, pada tahun ini Pas sekali lagi menjadi 'pak turut setia' dengan mengarahkan ahli-ahlinya membanjiri jalan raya di sekitar ibu negara.

Kita tidak pasti berapa ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menyertai perhimpunan berkenaan tetapi apa yang pasti menurut laporan keselamatan jumlah penyokong Pas lebih ramai.

Semua ini terjadi kerana penyokong-penyokong tersebut mendengar seruan Datuk Nik Abdul Nik Mat. Untuk rekod Mursyidul Am Pas itu telah menjadi Menteri Besar di Kelantan selama lebih 20 tahun melalui kemenangan Pas dalam pilihan raya.

Jika pilihan raya tidak dijalankan secara adil dan bersih mana mungkin beliau boleh berada di kerusi Menteri Besar Kelantan sehingga ke hari ini.

Tetapi Mursyidul Am Pas itu menyatakan wajib bagi penyokong parti tersebut menyertai perhimpunan Bersih bagi menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

Lanjutan itu semangat perhimpunan Bersih bukan sahaja menyerapi penyokong parti tersebut di Malaysia tetapi juga sehingga dibawa ke Masjid Nabawi di Madinah.

'Sekalung tahniah' kepada Pas kerana menjadi penyumbang kepada segala kekecohan dan keganasan yang berlaku. Unit Amal yang diharapkan menjadi benteng untuk mengelak peserta menjadi ganas sebaliknya bertindak sebagai provokator!

Apa yang berlaku hakikatnya tidak akan menguntungkan Pas, sebaliknya memburukkan lagi imej parti itu yang sememangnya ketika ini berada di tahap yang buruk.

Pas tidak boleh berbangga apa-apa terhadap perhimpunan Bersih yang berlangsung, memandangkan perhimpunan yang dikatakan akan berjalan dengan aman berakhir dengan keganasan.

Seperti biasa Pas akan bersekongkol dengan sekutu-sekutu politiknya untuk menyalahkan polis terhadap apa yang berlaku.

Tetapi seluruh rakyat Malaysia sudah menyaksikan bagaimana ganasnya tindakan peserta demonstrasi berkenaan termasuk penyokong Pas.

Mereka merempuh sekatan polis, membelasah anggota pasukan itu dan merosakkan harta awam, apakah ini dikatakan jihad? Apakah ini hendak dikatakan syahid jika berlaku kematian?

Adalah jelas Pas semakin hilang pertimbangan politiknya apabila sanggup menjadi 'pak turut' mengerahkan penyokong-penyokong parti itu untuk menyokong perhimpunan Bersih.

Kalau Pas benar-benar berhemah berpolitik sudah pasti Pas tidak akan berbuat demikian sebaliknya akan menasihatkan pemimpin-pemimpin pembangkang lain supaya menerima tawaran pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan berkenaan di stadium-stadium yang ditawarkan.

Tetapi Pas tidak berbuat demikian kerana selain tidak mempunyai apa-apa kekuatan untuk mempengaruhi PKR dan DAP, Pas juga boleh dianggap suka melihat kekecohan berlaku.

Sebab itulah, Pas bersedia menjadikan Unit Amalnya sebagai 'orang suruhan' untuk menjadi benteng pertama kepada peserta- peserta Bersih.

Apa yang lebih mengecewakan, ada kalangan pemimpin Pas sendiri yang melakukan provokasi membakar perasaan penyokong-penyokong parti itu untuk melawan pihak berkuasa.

Pas amat memahami bahawa apa yang hendak dituntut oleh Bersih sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan. Malahan kerajaan juga khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuka ruang seluas-luasnya kepada mereka untuk berunding.

Namun Pas tidak mempertimbangkan itu semua, sebab itulah ramai yang mempertikaikan apa perlunya Pas terlibat dalam Bersih, kenapakah parti itu tidak mengkaji fakta benarkah selama ini pilihan raya di Malaysia tidak bersih dan adil.

Kalau tidak bersih dan adil, bagaimana mungkin Nik Abdul Aziz masih kekal menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990? Mana mungkin terjadi Datuk Seri Azizan Abdul Razak berupaya menjadi Menteri Besar Kedah

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana Pas pernah menawan Terengganu pada tahun 1999 dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menjadi ketua pembangkang di Parlimen.

Ternyata sekali, ketaksuban berpolitik terutamanya impian menawan Putrajaya sudah menguasai kepimpinan Pas.
Atas sebab itulah segala keikhlasan dan ketelusan kerajaan dalam memperbaiki sistem pilihan raya tidak pernah dihargai oleh Pas.

Sebaliknya Pas hanya mengangguk dan menyokong sahaja terhadap segala apa yang dikatakan oleh Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga yang kini seolah-olah menjadi idola baru kepada parti itu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, Pas boleh berhujah apa sahaja bagi menghalalkan penyertaan mereka dalam demonstrasi berkenaan termasuklah memberi kalungan 'pingat keberanian' kepada Unit Amal parti itu.

Tetapi hakikatnya orang Melayu terutamanya golongan atas pagar semakin memahami betapa Pas sudah kehilangan jati diri sebagai sebuah parti Islam.

Jika Pas masih lagi memperjuangkan Islam sudah pasti parti itu akan mengelak daripada terlibat dalam sebarang perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara.

Kini Pas boleh mengkaji apa sumbangan besar mereka kepada perhimpunan Bersih. Perhimpunan itu bukan sahaja tiada kaitan dengan pilihan raya sebaliknya lebih kepada agenda politik semata-mata.

Mungkin Pas boleh tersenyum bangga kerana matlamat pembangkang untuk menarik perhatian dunia melalui kekecohan dan keganasan sudah tercapai.

Namun ia sama sekali tidak akan menguntungkan politik parti itu kerana sebesar mana pun sumbangan Pas dalam demonstrasi anjuran pakatan pembangkang, percayalah mereka tidak akan dihargai.

Oleh itu adalah wajar untuk Pas membersihkan segala kekotoran politik yang semakin melumuri parti tersebut. Perhimpunan Bersih tidak memberi apa-apa manfaat politik kepada Pas.

Sebaliknya, sejarah politik negara akan mencatatkan bagaimana sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup membiarkan penyokong-penyokong bertindak ganas semata-mata demi mencapai agenda politik pihak lain. 'Tahniah Pas'!  

Oleh : Zulkiflee Bakar