Tak perlu ragu mendedahkan sayang dan cinta yang anda rasakan pada anak, suami, isteri, dan ibu bapa dengan sentuhan. Sebab memeluk, memegang tangan, atau mengusap kepala, terbukti membuat hidup seseorang lebih bahagia. Anda ingin tahu manfaat lain dari dekapan anda pada si dia atau ahli keluarga yang lain?
1. Sentuhan dari orang yang kita sayangi akan meningkatkan jumlah hemoglobin di dalam darah. Seperti yang kita tahu, hemoglobin merupakan salah satu bahagian dari tubuh yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, termasuk jantung dan otak. Bekalan hemoglobin yang meningkat ini dipercayai secara ilmiah akan mempercepatkan proses penyembuhan selepas sakit.
2. Memeluk seseorang yang anda sayangi sebanyak empat kali satu hari boleh menjauhkan kemurungan. Malah secara ilmiah, lapan pelukan sehari akan memberikan kestabilan mental yang lebih kukuh, dan 12 pelukan sehari akan membantu perkembangan psikologi seseorang. Penelitian lain menyebutkan manfaat pelukan, di antaranya mengurangkan tekanan, membantu pola tidur yang sihat, memberi semangat, dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
3. Sebuah kajian yang dilakukan University of California juga membuktikan betapa dahsyatnya sentuhan dari suami, isteri, bahkan kekasih. Sebanyak 25 perempuan yang menjadi objek penelitian diberi semacam panas yang membuat mereka merasa kesakitan. Lalu mereka dipersilakan memegang bola kecil, tangan lelaki asing, dan tentunya tangan pasangan. Ajaibnya, ketika mereka saling berpegangan dengan tangan pasangan, rasa sakit yang dirasakan jauh berkurang dibandingkan ketika mereka memegang bola kecil atau tangan lelaki asing.
4. Kajian yang diterbitkan oleh Journal of Epidemiology and Community Health mendedahkan fakta bahawa bayi yang sedari lahir selalu diberi sentuhan (pelukan, ciuman, belaian) petanda kasih sayang oleh orang tuanya tumbuh menjadi peribadi yang baik dan bijaksana dan bersedia menerima sebarang cabaran.
No comments:
Post a Comment