
Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk tetapi bagaimana dengan suami?
Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik.
Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.
* Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.
* Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.* Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali.
* Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.
* Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
* Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami suka.
* Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.
* Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.
* Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.
* Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.
* Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.
* Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.
* Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan.
* Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.
MalaysiaRia
No comments:
Post a Comment