Keputusan ada pada parti Melayu Islam, bukan parti lemah seperti MCA
BANGI – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa parti politik Melayu Islam termasuk UMNO untuk mengutamakan kesatuan dan kuasa wewenang umat Islam.
Menegaskan perkara itu, Setiausaha Agungnya, Eqwan Roslan berkata, pemimpin Islam perlu bijak menolak sebarang kerjasama dengan parti yang biadab dan tidak mahu menjaga sensitiviti umat Islam serta negara.
“Jangan utamakan kerjasama politik dengan parti yang telah terbukti berulang kali mengguris perasaan umat Islam.
“Buktikan laungan kesatuan umat bukan sandiwara politik ketika kedudukan lemah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Baru-baru ini, berlegar spekulasi bahawa kira-kira 20 wakil rakyat parti rasis dan cauvinis, DAP akan keluar parti dan menyertai parti perkauman MCA.
China Press melaporkan terdapat spekulasi bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng akan keluar parti bagi menyertai MCA.
Tindakan wakil rakyat Perak itu dikatakan mungkin diikuti sejumlah Ahli Parlimen dan ADUN lain yang jumlahnya mencecah 20 orang.
Sementara itu, semalam, MCA membidas pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan menyatakan bahawa perkara itu tidak pernah dirunding bersama parti komponen atau diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.
MCA berkata, mereka terkilan dengan laporan itu dan masih tidak dapat mengesahkan kesahihannnya.
Katanya lagi, pada hemat MCA, sebarang pelantikan ke jawatan dalam BN perlu dibuat berlandaskan perlembagaan BN dan secara konvensinya pencalonan ini harus dibentangkan serta dipersetujui secara konsensus di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
Eqwan menegaskan, UMNO sewajarnya menilai kembali kerjasama mereka dengan parti perkauman berkenaan.
“Keputusan adalah pada parti Melayu dan Islam, bukan pada parti lemah seperti MCA yang menagih kerusi majoriti Melayu,” tegasnya. - ismaweb.net
No comments:
Post a Comment