Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan tindakan pihak berkuasa menanggalkan gambar Pengerusi Parti Komunis China Moa Tze Tong dalam sebuah restoran di Pulau Pinang sebagai salah.
Kor Ming yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, tindakan pihak berwajib juga disifatkan sebagai tidak wajar kerana gambar tersebut hanyalah sebagai hiasan bagi mempromosi restoran tersebut.
Katanya, pada abad ke-21 ini rakyat dapat membezakan antara gimik pemasaran dan ideologi komunis.
“Adalah salah dan tidak wajar bagi pemerintah pintu belakang PN untuk membuang hiasan promosi restoran yang nakal hanya kerana mereka memasang gambar Pengerusi Mao.
“Ayuh, rakyat Malaysia pada abad ke-21 dapat membezakan sendiri apa itu ideologi komunis dan gimik pemasaran,” ciap Kor Ming di Twitternya.
Semalam, tular gambar hiasan dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis dalam media sosial.
Hiasan berlebihan seolah-olah mengagungkan pemimpin luar dan berfahaman komunis menimbulkan pertikaian warganet.
Selain hiasan didinding cawan dan peralatan dalam restoran itu turut mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di dua premis restoran tersebut.
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah restoran yang menghias dua premisnya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais, berkata siasatan dijalankan setelah polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.
Kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam. – Mkini
Reaksi isu karikatur Mao di restoran terlalu keras, kata MCA
MCA menyatakan keprihatinannya terhadap reaksi pihak berkuasa terhadap sebuah restoran di Pulau Pinang yang menampal kertas hias dinding (wallpaper) karikatur pemimpin revolusi komunis Mao Tse Tung, yang juga pengasas Republik Rakyat China.Katanya, pada abad ke-21 ini rakyat dapat membezakan antara gimik pemasaran dan ideologi komunis.
“Adalah salah dan tidak wajar bagi pemerintah pintu belakang PN untuk membuang hiasan promosi restoran yang nakal hanya kerana mereka memasang gambar Pengerusi Mao.
“Ayuh, rakyat Malaysia pada abad ke-21 dapat membezakan sendiri apa itu ideologi komunis dan gimik pemasaran,” ciap Kor Ming di Twitternya.
Semalam, tular gambar hiasan dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis dalam media sosial.
Hiasan berlebihan seolah-olah mengagungkan pemimpin luar dan berfahaman komunis menimbulkan pertikaian warganet.
Selain hiasan didinding cawan dan peralatan dalam restoran itu turut mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di dua premis restoran tersebut.
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah restoran yang menghias dua premisnya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais, berkata siasatan dijalankan setelah polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.
Kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam. – Mkini
Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng berkata, gambar pada kertas hias dinding di restoran masakan Hunan di Bukit Mertajam itu hanya hiasan dan menyifatkan tindakan polis terlalu keras dan "sensitif".
Dia mengatakan bahawa perkara itu tidak perlu ditangani polis tidak dan ia boleh merosakkan hubungan dengan kerajaan China.
"Saya menasihatkan pihak berkuasa agar tidak terlalu agresif dan menangani perkara itu dengan cara yang lebih mesra.
"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar netizen tidak menjadikan perkara ini sebagai isu perkauman untuk mengelakkan merosakkan keharmonian antara kaum dan juga hubungan persahabatan antara Malaysia dan China," katanya.
Tan, yang juga ketua biro MCA mengenai hubungan China, menyatakan bahawa isteri pemilik restoran itu berasal dari China.
Dia menyamakan kertas hias dinding karikatur Mao di restoran itu dengan orang Malaysia yang memasang gambar Tunku Abdul Rahman ketika membuka restoran di luar negara.
Dia berkata, tindakan itu tidak boleh dianggap sebagai agenda untuk mempromosikan ideologi tertentu.
Dia juga menekankan bahawa China dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi dan perdagangan yang baik.
"Dari tahun 2013 hingga separuh pertama tahun 2020, China telah melabur sejumlah RM9.1 bilion di bahagian utara Semenanjung Malaysia.
"China juga memainkan peranan aktif dalam membantu Malaysia memerangi wabak Covid-19," katanya.
Semalam, polis menyerbu restoran Xiang Ge Li Li La Authentic Hunan di Bukit Mertajam dan menurunkan gambar latar dinding yang memaparkan lakaran menyerupai karikatur komunis.
Isteri pemilik restoran itu yang berusia 35 tahun bersama suaminya mengatakan bahawa perkataan Cina di poster itu tidak mempromosikan komunisme tetapi sebaliknya membawa slogan jenaka mengenai makanan. - www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment