Malaysia akan menghadapi masalah besar dengan Undang-Undang Pengawal Pantai China (Coast Guard Law) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kongres Rakyat negara itu, badan pengubal undang-undang tertinggi China.
Undang-undang kontroversi itu yang diluluskan hari ini memberi kebenaran kepada kapal-kapal pengawal pantai China untuk menembak mana-mana kapal asing (yang memasuki perairan yang didakwa sebagai miliki China).
Ia (undang-undang pengawal pantai) memberi kebenaran kepada China untuk “mengambil apa-apa tindakan bersesuaian) untuk menghentikan atau mencegah ancaman daripada kapal-kapal asing.
Selain itu, undang-undang terbabit juga membenarkan anggota pengawal pantai China untuk merobohkan apa-apa struktur yang dibina di atas terumbu yang didakwa China sebagai miliknya dan menaiki (boarding) serta memeriksa mana-mana kapal asing yang berada di perairan yang Beijing dakwa sebagai miliknya. Undang-undang Pengawal Pantai China itu juga membenarkan pengwujudan “zon larangan” (exclusion zone) untuk mengelak kapal-kapal asing dan krew mereka daripada memasukinya.
Beting Patinggi Ali ini terletak di dalam perairan Sarawak tetapi dianggap oleh China sebagai wilayahnya yang paling selatan.
Mengapa admin kata Malaysia akan berhadapan masalah dengan undang-undang ini?
Ok, bayangkan kapal-kapal atau nelayan kita yang mahu menangkap ikan di Beting Patinggi Ali atau Pulau Layang-Layang yang China dakwa sebagai milik mereka di bawah “Nine Dash Line.” Di bawah Undang-Undang Pengawal Pantai China ini mereka boleh ditembak kerana memasuki perairan China.
Nelayan kita yang mahu ke Beting Patinggi Ali atau mana-mana pulau yang didakwa China sebagai miliknya (walaupun ia terletak di belakang rumah kita) boleh ditembak, ditangkap oleh anggota kapal-kapal pengawal pantai negara itu dan mungkin dibawa balik ke China untuk dibicarakan.
Akhirnya, merengkok 20 tahun dalam penjara China.
Apa akan jadi kepada resort di Pulau Layang-Layang dan apa-apa struktur yang kita bina di Pulau Layang-Layang dan terumbu karang lain di Laut China Selatan yang turut dituntut oleh China? Ya kemungkinan besar ia akan dirobohkan oleh China sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang China itu.
Peruntukan “zon larangan” (exclusion zone) di bawah undang-undang China ini boleh menyebabkan kita bakal “kehilangan” pulau dan terumbu-terumbu karang yang telah kita duduki sekian lama dan menganggapnya sebahagian daripada Malaysia.
Undang-Undang Pengawal Pantai yang diluluskan oleh China hari ini adalah suatu undang-undang yang menghalalkan penjajahannya terhadap negara asing.
Jika kita tidak berbuat sesuatu untuk menentang undang-undang pengawal pantai China, kita sudah boleh ucapkan selamat tinggal kepada sebahagian besar perairan kita di Laut China Selatan (yang dituntut oleh China).
Ini adalah suatu undang-undang extra-territorial yang sudah semestinya tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, walaupun jurucakap kerajaan China Hua Chunying sebagaimana dipetik oleh agensi berita Reuters berkata, undang-undang pengawal pantai itu selaras dengan undang-udang antarabangsa.
Tetapi apa opsyen yang kita ada?
Jika China “park” kapal-kapal pengawal pantainya yang setiap satu beratnya mencecah 10,000 tan-12,000 tan di Beting Patinggi Ali atau Pulau Layang-Layang dan tidak membenarkan kapal atau bot nelayan kita menghampirinya, apa yang boleh kita buat. –DSA
jika China “park” kapal-kapal pengawal pantainya yang setiap satu beratnya mencecah 10,000 tan-12,000 tan di Beting Patinggi Ali atau Pulau Layang-Layang dan tidak membenarkan kapal atau bot nelayan kita menghampirinya, apa yang boleh kita buat?
ReplyDeleteJangan lupa, sekarang ni Presiden Amerika Joe Biden, kita boleh merayu dia jatuhkan bom nuklear kat China kalau mereka cari pasal, geng mata sepet ni memang tak pernah bersyukur, negara dah besar melata, kecik sikit je dari rusia, tak cukup lagi tanah, udara dan laut diaorang nak claim" diaorang punya.