Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na'aman berkata, mempersoalkan motif proklamasidarurat adalah perbuat khianat dan derhaka serta harus dihukum.
Faiz berkata perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk menerima permohonan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk proklamasi darurat adalah berdasarkan kebijaksanaan baginda.
Katanya, bahawa selain perdana menteri, Seri Paduka juga telah menerima taklimat daripada penjawat awam utama sebelum keputusan itu diambil.
“Oleh yang demikian, sebarang perlecehan, ejekan, sindiran, putar-belit akan niat sebenar proklamasi darurat seperti yang dinyatakan dalam perutusan rasmi Istana Negara, boleh dianggap sebagai khianat serta derhaka.
“Sama ada ia dilakukan oleh orang biasa atau mereka yang ternama, secara terang-terangan atau terselindung, ia wajar dilihat sebagai suatu bentuk hasutan dengan niat jahat untuk menghilangkan hormat dan ketaatan rakyat terhadap institusi Raja Berperlembagaan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan Faiz itu bertajuk: Titah darurat: Penderhaka harus dihukum!
Istana Negara semalam mengesahkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong telah berkenaan untuk memenuhi permohonan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat negara dengan alasan untuk memerangi wabak Covid-19.
Namun, pengkritik, khususnya dari Umno, menuduh Muhyiddin berusaha untuk terus berkuasa setelah kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.
Anggota parlimen turut Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, yang juga adalah presiden Bersatu, dalam usaha untuk menekannya supaya membubarkan Dewan Rakyat agar pilihan raya umum dapat diadakan.
Faiz, dalam kenyataannya, juga mendakwa bahawa mereka yang "menyalak" mengenai pilihan raya harus belajar kesan penularan setelah pilihanraya negeri (PRN) Sabah diadakan pada September lalu hingga mencetuskan gelombang ketiga wabak Covid-19.
“Mereka yang terdesak mahukan PRU segera ternyata datang dari kalangan ahli-ahli politik yang berpolitik 24 jam terutama dari Pakatan Harapan (PH) serta kelompok kluster mahkamah dari Umno,” katanya.
Istilah "kluster mahkamah" telah digunakan untuk menyindir sekumpulan pemimpin Umno kanan yang berdepan tuduhan rasuah dan didakwa menuntut konsesi daripada perdana menteri.
Sebaliknya, kata Faiz, apa yang didambakan oleh rakyat adalah pemulihan ekonomi, keselamatan nyawa dan sistem keadilan yang utuh.
Faiz juga membidas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berkata Muhyiddin memilih jalan pendek, terdesak dengan memohon proklamasi darurat, sambil mengingkatkan presiden PKR itu bahawa Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pernah memberikan pengampunan kepadanya.
“Dan khusus kepada ketua pembangkang yang juga merupakan seorang bekas banduan, Anwar Ibrahim, saya ingin ingatkan jika rakyat boleh hormat keputusan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang membebaskan dan mengampunkan anda dari hukuman penjara kes liwat, walaupun ada yang tidak setuju dengan tindakan Agong ketika itu, kenapa tidak pihak anda hormat saja keputusan Agong sekarang mengisytiharkan darurat tidak kiralah apa jua sebab untuk darurat itu?” katanya.
Faiz menegaskan bahawa proklamasi darurat itu bukan keputusan Muhyiddin semata-mata tetapi keputusan kolektif oleh kerajaan.
“Sebelum proklamasi darurat diumumkan, Yang di-Pertuan Agong telah menerima mengadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan mendengar sembah taklimat daripada Ketua Setiausaha Negera, Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Idrus bin Harun; Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang; Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador; Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Ghani Salleh,’ katanya.
Justeru, tambah Faiz, Yang di-Pertuan Agong telah bertindak secara adil, berkecuali dan bebas tanpa dipengaruhi sebarang kepentingan selain dari kepentingan negara adil.
Muhyiddin, dalam ucapannya mengenai pengisytiharan darurat, menekankan bahawa tindakan itu bukan rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan.
Malah, katanya, kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa di peringkat persekutuan dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaan darurat itu. - malaysiakini
No comments:
Post a Comment