Monday, June 29, 2020

Siasah Melayu....Setia Untuk Dikhianati

Kiasu mahu himpun seramai boleh kaumnya di Parlimen
DALAM diam-diam, secara sedar atau tidak, strategi kiasu sebenarnya mahu meletakkan seberapa ramai yang boleh kaum mereka di dalam Parlimen tanpa mengira sama ada ianya calon daripada MCA, DAP, GERAKAN hatta PKR sekalipun.

Oleh itu kiasu akan terus mendesak supaya MCA menuntut semua kerusi tradisi, yakni kerusi yang sebelum ini diletakkan calon Cina di kawasan yang berpotensi memberi kemenangan, walaupun kawasan itu jelas majoritinya Melayu.

Desakan ini lebih menggila terutamanya apabila MCA kini berada bersama Perikatan Nasional (PN), yang mana merupakan kerajaan Melayu-Muslim.

2. Dengan menguasai majoriti kerusi di dalam Parlimen, maka segala bentuk tuntutan dan cadangan penggubalan akta yang mewakili kepentingan kiasu atau kaum Cina akan menjadi lebih mudah.

Pertambahan kerusi Cina bermakna pengurangan kerusi Melayu.

Ini seterusnya akan mempengaruhi kuasa tawar-menawar di dalam Dewan Rakyat.

Kuasa politik Melayu tentunya berkurangan, lantaran perpecahan parti-parti Melayu sedia ada dan tidak senada.

Yang lebih memburukkan keadaan adalah ada di antara wakil-wakil rakyat Melayu tersebut merupakan barua kiasu dan Cina serta hanya menjadi Pak Turut seperti PAN mahupun rosak fikiran mereka dengan fahaman liberalisma seperti PKR.

Golongan ini tentunya tidak boleh diharapkan mewakili majoriti Malayu di Malaysia.

3. Seterusnya kita akan menyaksikan harapan untuk meletakkan Islam di tempat tertinggi berkecai.

Agenda mengangkat Mahkamah Syariah seperti Rang Undang-Undang (RUU) 355 akan menjadi kenangan.

Yang akan kedengaran kelak adalah cadangan membuang perkataan Islam dalam kad pengenalan dan juga cadangan pengiktirafan UEC.

Kesemua kebiadapan ini berlaku ketika mereka belum lagi menjadi majoriti.

Aspirasi kiasu Cina tentunya mendapat sokongan wakil rakyat non-Muslim yang lain yang mana akan memburukkan lagi keadaan.

4. Senario ini amat merbahaya dan umat Islam harus menyedari perkara ini sebelum terlambat.

Bagi mengatasi keadaan ini, Muafakat Nasional (MN) mesti bertegas dalam memastikan kesemua kawasan majoriti Melayu WAJIB diberi kepada calon Melayu Islam, tanpa berkompromi dengan sesiapa pun.

Jangan nanti kita hanya mampu tercenggang tanpa dapat berbuat apa-apa apabila hak keistimewaan orang Melayu dicabul, dan lebih parah lagi apabila ada usul mahu mengugut kedudukan Raja-Raja Melayu.

5. Sebelum ini dalam Barisan Nasional (BN) tidak ada PAS. Sekarang orang Melayu sudah ada MN gabungan PAS dan UMNO yang majoriti adalah Melayu Islam.

Kerusi tradisi UMNO tentunya terpaksa dikongsi bersama dengan PAS. Ini tentunya tidak menguntungkan permuafakatan politik sedia ada dan bakal mengundang konflik.

Bagi mengatasi masalah tersebut, maka adalah lebih baik kerusi majoriti Melayu yang sebelum ini dipegang MCA dan MIC diberikan kepada PAS.

Apakah setelah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU140, UMNO masih mengharapkan kepada MCA dengan membelakangi PAS jika kawasan Melayu yang berpotensi dimenangi oleh calon Melayu.

Hanya dengan berselindung disebalik “setia kawan” sekalipun, jelas telah gagal maka perlu diserahkan juga kepada MIC atau MCA.

Adalah lebih baik sekiranya MCA memberi tumpuan kepada kerusi majoriti bukan Melayu yang nampaknya mempunyai prestasi buruk sehingga gagal dipertahankan.

6. UMNO dan juga PAS kena ingat dan sedar sekarang ini momentum menolak Pakatan Harapan (PH) semakin hari semakin menebal dikalangan orang Melayu.

Jangan kerana hendak menunjukkan setia kawan kepada MCA dan MIC, akibatnya orang Melayu mulai mual dan bosan dengan MN pula, sedangkan sudah terang lagi bersuluh MCA dan MIC GAGAL menawan pengundi bangsa mereka sendiri.

7. Cukup-cukuplah bermain strategik politik pusing sana sini namun masih beralasan mahu menjaga hati setia kawan, sedangkan kawan itu sendiri mengkhianatinya – hingga ke tahap kehilangan kerajaan dan akibatnya segala yang dibina oleh UMNO semasa mentadbir kerajaan sekian lama dalam sekelip mata tergadai dan lenyap dari pandangan akibat dilelong.

Apakah UMNO mahu mengatakan MCA dan MIC tidak bersalah?

8. Dan ahli UMNO harus ada Saja’ah (BERANI) bersuara menegur dan menasihati pemimpin yang sudah tamat tarikh luput atau sudah patut berundur kerana terpalit dengan sejarah yang tidak menyenangkan.

Dan pemimpin itu juga harus menerima kenyataan bahawa dirinya sudah menjadi liabiliti kepada parti.

Ahli-ahli bawahan sudah menyampah dan meluat dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin yang buruk perangai itu.

Perubahan paradigma perlu dilakukan, UMNO dan PAS adalah parti sandaran majoriti orang Melayu, maka pemimpin harus berani menghadap cermin dan berani pula mengatakan di mana letaknya dirinya di dalam parti?

Adalah lebih elok pemimpin-pemimpin tersebut berundur secara terhormat.

9. Sekiranya MN masih pengecut dan tidak mempunyai kejantanan untuk berbuat demikian.

Pemimpin-pemimpin Melayu kena peka dan bertindak bijak serta segera menghantar calon Melayu di kawasan Melayu untuk mensabotaj rancangan kiasu dan Cina.

Umat Melayu Islam perlu lebih bijak dan berlepas diri daripada politik kepartian sempit.

Sebanarnya Melayu tidak ketandusan. Tanpa UMNO dan PAS, kita masih mempunyai parti-parti Melayu lain seperti PUTRA, BERJASA dan IKATAN.

Sekiranya MN masih meletakkan calon MCA, umat masih mempunyai calon Melayu Islam lain yang boleh dipilih.

10. Umat Islam mesti ada pilihan memilih Melayu Islam dalam setiap kawasan yang dipertandingkan.

Mesti ada calon Melayu Islam, tidak kira parti apa sekalipun, dan jika terdapat Melayu lawan Melayu, maka pengundi harus bijak memilih Melayu Islam yang mempunyai integriti, intelektualiti, spiritualiti (kerohaniah) yang tinggi serta berakhlak mulia, beradab dan tawadhu.

Semua ini perlu bermula dengan ilmu, mempunyai kefahaman dalam politik Islam dan bukan politik kepartian, ini perlu mula diajar di masjid-masjid sebagai pencetus proses overhaul politik Melayu Islam di Malaysia.

Oleh: Haji Rashidi Haris
Ketua Media MUAFAKAT

No comments:

Post a Comment