Monday, June 8, 2020

Dong Zong Cuba Perangkap Melayu?...Lancar Kempen Tangani Rasisme

Mereka dakwa Melayu tindas kaum Cina apabila sesama puak kiasu
Pertubuhan radikal, Dong Jiao Zong (Dong Zong) bersifat talam dua muka apabila melancarkan kempen yang kononnya sebagai usaha menangani kebencian dan diskriminasi terhadap kumpulan masyarakat tertentu ketika pandemik COVID-19.

Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris berkata, Dong Zong hanya bersikap harmoni dan bercakap mengenai hak sama rata serta perpaduan apabila mengeluarkan kenyataan kepada umum.

Namun, apabila berada sesama puak kiasu, Dong Zong akan bercakap mengenai penindasan kononnya Melayu tidak memberi peluang pekerjaan kepada kaum Cina, sedangkan syarikat mereka terang-terangan meletakkan Mandarin sebagai keutamaan, katanya.

“Mana boleh letak syarat begitu, ini negara Malaysia bukannya China atau Taiwan.

“Begitu juga Dong Zong akan menyentuh mengenai hak keistimewaan orang Melayu yang disifatkan oleh mereka sebagai rasis sebab hanya orang Melayu ada keistimewaan manakala bangsa lain tak ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kempen media sosial Menyalur Kasih Sayang Menjelang Wabak COVID-19 yang dilancarkan Dong Zong, kononnya bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepelbagaian serta masalah rasisme dan xenofobia.

Pertubuhan radikal Cina itu mendakwa, sejak penularan COVID-19, ketakutan terhadap wabak ini telah membawa kepada kebencian dan diskriminasi terhadap kumpulan masyarakat tertentu, terutama pekerja migran dan juga pelarian di seluruh dunia.

Menerusi kempen di media sosial, Dong Zong mengajak orang ramai agar menghasilkan slogan berkenaan konsep kepelbagaian dan mengambil gambar bersama slogan itu untuk dijadikan gambar profil di media sosial mereka.

Rashidi menyifatkan Dong Zong sengaja perangkap orang Melayu melalui kempen itu, kononnya sebagai rasis dan perkauman.

“Mereka perangkap orang Melayu dengan isu ini sebagai rasis padahal sejarah Tanah Melayu tidak begitu malahan orang Melayu memberi ruang yang luas kepada bangsa lain tinggal dan berniaga di negara ini.

“Tetapi mereka jadikan isu ini sebagai rasis. Dan banyak lagi yang menunjukkan Dong Zong selalu membangkitkan isu perkauman,” katanya.

Dong Zong antara pertubuhan yang rancak bergerak ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah, apabila manifesto parti itu terkandung janji untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) – antara perkara yang diperjuangkan sejak dahulu.

Sepanjang 22 bulan PH mentadbir, pelbagai usaha digerakkan Dong Zong antaranya menolak pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah vernakular dan meminta kerajaan menambah bilangan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). - ismaweb.net

2 comments:

  1. Sebab utamanya...Melayu Islam di negara ini TIDAK berpegang kepada tali Allah...TIDAK bermuafakat...TIDAK bersatu hati... ! Mahathir macam ini...Nuar macam ini...Mat Sabu macam ini...Zahid macam ini..Hj.Hadi macam ini... Kelam kabut.. Jadi lemahlah.. Fong Zong naik tocang laaa... Salah si Melayu2 ni jugak... Ubahlah.. !!!

    ReplyDelete
  2. Melayu juga harus bangkit kerana secara langsung atau tak langsung kaum cina 'tindas' ekonomi Melayu di Tanah Ibundanya sendiri.

    ReplyDelete