Sukar untuk dipercayai bahawa wujud ‘skandal’ di antara sesetengah pegawai bank dengan ejen menjual kereta terpakai yang mana mereka mengeksploitasi individu yang mempunyai masalah untuk menjelaskan pembiayaan bulanan.
Dikhabarkan, seorang pegawai itu mampu memperoleh ‘duit kopi’ sehingga 10 peratus daripada nilaian kereta yang berjaya dilelong.
Perkara itu didedahkan oleh Presiden Mahkamah Timbang Tara, Prof. Tan Sri Dr. Muslim Yacob yang menggesa agar kegiatan tersebut dihentikan kerana jelas berlaku penganiayaan terhadap pengguna.
Beliau berkata, tidak hairanlah apabila wujud kes-kes pengguna berdepan masalah kereta ditarik meskipun belum tiga bulan berturut-turut gagal menjelaskan bayaran bulanan.
“Pegawai-pegawai bank ini sesetengahnya dia sudah deal dengan ejen tarik kereta terutamanya dan penjual kereta-kereta terpakai. Memang sudah ada pembeli.
“Mereka sasar kereta-kereta yang mempunyai harga jualan balik yang tinggi seperti Honda, Toyota dan sebagainya. Melalui skandal ini ejen kereta terpakai dapat memperoleh kereta berkenaan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran melalui proses lelong yang sudah diatur oleh pegawai bank,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini, baru-baru ini.
Muslim berkata, ekoran nilai kereta yang dilelong terlalu rendah, maka pihak bank sekali lagi didakwa bertindak memangsakan pengguna dengan memaksa peminjam menyelesaikan baki pembiayaan yang masih ada.
Ujarnya, ia tidak ubah seperti perangkap serampang dua mata yang membolehkan bank menikmati keuntungan berganda sedangkan pengguna ditekan tanpa belas kasihan.
“Setelah dapat duit jualan melalui lelongan yang dibuat oleh sebuah syarikat pelelong, kalau kata ada baki yang menyebabkan bank rugi, peminjam menanggung risiko iaitu nilaian kerugian itu dikenakan kepadanya.
“Orang ini memang tidak akan bayar sebab dia sakit hati, kereta sudah dilelong tapi masih perlu membayar dengan jumlah yang besar. Akhirnya, bank akan mufliskan peminjam,” jelasnya.

Oleh : Hadi Ab. Manap
No comments:
Post a Comment