DALAM era Malaysia baharu, kebebasan bersuara sangat dialu-alukan. Ini juga antara perkara teras yang dicanang membezakan Malaysia baharu dengan Malaysia lama.
Namun seperti selalu, ada kalanya lebih mudah bercakap daripada buat. Terutama dalam menguruskan perbezaan pandangan. Apatah lagi pandangan itu pula menyanggah mereka yang berkuasa.
Yang tidak disangka apabila pihak yang tidak bersetuju diberi gelaran bukan-bukan. Janggal bunyinya apabila perlu membuat sindiran seperti itu. Terdesak sangatkah?
Kenapa harus melabel beberapa pakar perlembagaan dan undang-undang antarabangsa yang tidak bersetuju dengan langkah Kementerian Luar menandatangani Statut Rome sebagai ‘profesor kangkung’.
Menjunjung kebebasan bersuara datang bersama kesediaan menerima perbezaan dan untuk meyakinkan pandangan siapa betul, maka semuanya bergantung kepada hujah.
Hujah lawan hujah. Bukan hujah dibalas sindiran, apatah lagi dibuat oleh mereka yang berada di tampuk kuasa. Ini bukan perang dalam media sosial. Jangan rendahkan kedudukan berbanding empat profesor itu tadi.
Ingat, ahli akademik yang digelar profesor kangkung ini adalah mereka yang dihormati dalam lapangan undang-undang masing-masing. Mereka bukan ahli politik. Hujah mereka berasaskan ilmu undang-undang perlembagaan dan undang-undang antarabangsa.
Maka menyanggah mereka juga harus berasaskan fakta bukan memalukan atau ‘membuli’ mereka yang tiada pengikut ini. Rakyat bersedia mendengar pandangan kedua-dua pihak, sebelum membuat penilaian.
Justeru, yakinkan rakyat dengan menguatkan hujah mengatasi hujah empat profesor itu tadi mengapa Statut Rome itu perlu diterima Malaysia.
Semudah itu sahaja, tapi kalau Rebus sic stantibus pun tidak berapa pasti, kenalah belajar dengan Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamed, antara pakar undang-undang antarabangsa yang ada di tanah air. Tak ramai. - utusan online

No comments:
Post a Comment