Pengalaman seperti ini sering mematikan keterujaan kita untuk memandu menuju ke destinasi. Namun sedar atau tidak, faktor tidak selesa ini kadang-kala bermula lebih awal sebelum kita memulakan perjalanan.
Antara masalah yang kerap dihadapi pemandu adalah kegagalan stesen minyak menyediakan kemudahan pam angin yang berfungsi dengan baik.
Lebih mengecewakan, terdapat segelintir pengusaha stesen minyak yang tidak pernah membaik pulih pam angin yang rosak selama berbulan-bulan dan seolah-olah wujud sekadar hiasan.
Dengan peningkatan kira-kira satu juta kenderaan pada setiap tahun, penulis pasti keadaan ini akan menimbulkan masalah kepada pemandu di negara.
Apatah lagi dalam kalangan pengusaha-pengusaha stesen minyak yang beranggapan perkara ini sesuatu yang remeh dan tidak pernah terbayang kehampaan pemandu ketika hendak mengisi angin atau lebih perit lagi ketika tayar pancit.
Penulis rasa sudah sampai masanya pemilik stesen minyak di negara ini sedar bahawa stesen minyak pada zaman ini bukan lagi sekadar persinggahan untuk pelanggan mengisi petrol dan diesel tetapi perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang diselanggara dengan baik.
Jika mampu sediakan sekali ruang-ruang rehat yang bersih dan selesa untuk pelanggan beristirehat seketika dan menyegarkan diri sebelum menyambung semula perjalanan.
Selain pam angin dan paip air yang tidak berfungsi, kemudahan seperti tandas juga sering diabaikan tahap kebersihannya. Tidak hairan jika permukaan lantai yang kotor dan dinding tandas yang berconteng masih sinonim dengan tandas stesen minyak.
Hal ini menimbulkan persoalan apakah syarat pematuhan yang dikenakan kepada pengusaha stesen minyak di negara ini untuk beroperasi. Jika tiada, sudah tiba masanya untuk kerajaan atau badan yang berkaitan mengetatkannya.
Pengusaha stesen minyak tidak boleh mengaut keuntungan semata-mata tanpa menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat kerana pengguna mempunyai kuasa memilih stesen minyak pilihan mereka.
Namun tidak dinafikan, ada pengusaha dan syarikat bahan api yang berusaha meningkatkan tahap perkhidmatan untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Jaminan tandas yang bersih, pemberian cendera hati walaupun sekadar sekotak tisu dan sebotol air minuman seperti yang dilakukan oleh sesetengah syarikat stesen minyak adalah antara langkah yang patut dicontohi.

Oleh : Abd. Halim Hadi
No comments:
Post a Comment