Dekan Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Zaid Ahmad berkata, keadaan sekarang jelas mencerminkan masyarakat di Malaysia lebih memilih untuk mengangkat ideologi Barat yang kononnya lebih komersial dan menolak imej Malaysia sedikit demi sedikit.
“Kita sudah merdeka lebih setengah abad, tapi sayangnya pemikiran kita masih dijajah. Lihat sahaja nama tempat, jalan, bangunan atau projek perumahan yang baru membangun, kebanyakannya menggunakan nama dan istilah Inggeris, Perancis atau negara Eropah lain.

Menurut beliau, isu penamaan tempat yang menjurus ke arah kebaratan bukan suatu perkara baharu tetapi masalah itu masih berlaku kerana sikap kurang mementingkan nilai-nilai keMalaysiaan serta komitmen dan kesungguhan politik yang tidak berterusan.
Jelasnya, ada sesetengah pihak yang menganggap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu tiada nilai glamor dan perlu digantikan dengan bahasa lain bagi memberi nilai tambah kepada harga pasaran.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya amat sedih jika tiada tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu ini. Perlu ada penguatkuasaan yang lebih ketat daripada pihak berwajib sebelum meluluskan sebarang penggunaan istilah atau nama yang tidak melambangkan jati diri kita,” jelasnya. - utusan
No comments:
Post a Comment