KESELAMATAN di tempat awam adalah satu isu yang sangat utama kepada masyarakat dan tanggungjawab utama bagi pihak kerajaan. Menyediakan suasana aman dan harmoni dalam sebuah negara yang merdeka adalah kewajipan pemerintah. Keamanan sosial, ekonomi dan politik adalah asas dalam sesebuah negara bagi melahirkan rasa selamat dan tenteram kepada rakyat untuk menjalani kehidupan seharian.
Namun lewat kebelakangan ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan beberapa siri pembunuhan yang melibatkan penggunaan senjata api berlaku dalam tempoh yang amat kerap. Perkara ini diburukkan lagi apabila ada kejadian yang berlaku di tempat awam dan di khalayak ramai.
Hal ini menunjukkan pertamanya bahawa pemilikan senjata api secara haram begitu mudah diperoleh daripada pasaran gelap. Keduanya, adalah bagaimana pengawasan dan pencegahan jenayah oleh pasukan keselamatan terhadap kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang dilihat semakin berani melawan undang-undang.
Perkara ini jika tidak dibendung dengan serius dan dicegah dengan segera mungkin akan menjadi lebih teruk serta menggugat keamanan sosial terutamanya keselamatan rakyat yang sepatutnya tidak perlu risau untuk berasa selamat ketika berada di tempat awam.
Namun dengan berlakunya jenayah di tempat awam secara berleluasa kebelakangan ini seperti di jalan Genting Klang tempoh hari, tidak mustahil akan ada kejadian berbalas tembakan di kawasan terbuka antara kumpulan kongsi gelap dan perkara ini boleh membahayakan nyawa masyarakat awam selain meninggalkan trauma kepada mereka yang menyaksikan kejadian tersebut.
Justeru pihak pasukan keselamatan yang selama ini berjaya menjaga keamanan dan kesejahteraan dalam negara perlu meneruskan tugas cemerlang dengan membanteras dan membendung jenayah ini serta meningkatkan usaha dalam menjejaki seterusnya menghapuskan kumpulan kongsi gelap yang menjadikan undang-undang negara sebagai peraturan picisan mereka.
Rata-rata rakyat Malaysia masih yakin dengan pasukan keselamatan negara dalam menjaga keamanan namun jika ada isu ketirisan dalam menjalankan amanah dan menegakkan undang-undang juga patut diambil serius oleh pihak kerajaan dan pegawai tertinggi pasukan keselamatan. Rakyat tidak mahu dinodai oleh imej luaran yang dilihat berintegriti tetapi sebaliknya berlaku.
Oleh yang demikian, semak semula segala perancangan yang dibuat oleh pasukan keselamatan adalah amat penting bagi melihat apakah strategi dan gerak kerja yang dilakukan selama ini berhasil atau hanya melengkapkan laporan bulanan jabatan.
Tidak dinafikan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pasukan keselamatan seperti Rakan Cop dalam strategi membanteras dan mengurangkan jenayah. Namun apakah segala strategi dan perancangan yang dilaksanakan selama ini masih relevan dengan teknologi terkini yang semakin canggih dan sentiasa berkembang dengan begitu pantas?
Pasukan keselamatan negara perlu menggandakan usaha mereka bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa tugas untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan dalam negara masih berjaya dilaksanakan dengan membuktikan ketangkasan mereka menyelesaikan isu-isu jenayah yang melibatkan kumpulan kongsi gelap bersenjata api dapat ditumpaskan.
Sememangnya jasa dan pengorbanan anggota keselamatan tidak terbalas dengan harga gaji di hujung bulan kerana merekalah barisan hadapan yang menggadaikan nyawa serta mengorbankan masa semata-mata mahu memastikan keamanan dan kedaulatan undang-undang dalam negara terus terpelihara

Oleh : Mohammad Syukri Ibrahim
No comments:
Post a Comment