Thursday, May 7, 2015

Cetak Surat Letak Jawatan Atas Kek


MARK HERMAN mengambil pendekatan unik mencetak surat peletakan jawatannya di atas sebuah kek di Tuscon, Amerika Syarikat, baru-baru ini. Agensi

TUSCON – Seorang lelaki yang ingin meletakkan jawatan di sebuah stesen televisyen, bertindak mencetak surat peletakan jawatannya di atas sebuah kek.

Portal UPI melaporkan, Pengarah Siaran Berita di KOLD-TV, Mark Herman mencetak surat peletakan jawatannya di atas sebuah kek besar dan menyerahkannya kepada majikan dan pekerjanya.

“Hari ini saya serahkan surat peletakan jawatan paling sedap,’’ katanya dalam akaun laman sosial, Reddit.

Herman yang bekerja dengan stesen televisyen itu sejak empat tahun lalu meletakkan jawatan selepas menerima pekerjaan baharu di stesen televisyen, WKRN-TV di Nashville.

“Saya sedar rakan-rakan sekerja akan merasa sedih dengan peletakan jawatan saya, jadi saya membuat kek ini untuk mengurangkan kesedihan mereka,’’ katanya.

Di atas kek tersebut, tertera notis peletakan jawatannya bermula 22 Mei lalu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk bertugas di stesen televisyen itu selama empat tahun.

Sumber : utusan malaysia

No comments:

Post a Comment