nuffnang

Monday, May 4, 2015

Liberland Negara Terbaharu Dunia

LONDON – Seorang lelaki berumur 31 tahun mengisytiharkan sebuah kawasan seluas 7.76 meter persegi yang terletak antara Serbia dan Croatia sebagai sebuah negara baharu di dunia, dengan diberi nama sebagai Liberland.

Laman web Mirror melaporkan, Vit Jedlicka yang merupakan rakyat Republik Czech mempunyai harapan untuk tinggal di sebuah negara yang tidak memiliki tentera dan tidak dikenakan cukai.

Jedlicka berkata, pada awalnya dia hanya ingin membantah polisi yang dilaksanakan oleh negara kelahirannya tetapi kemudian sedar keadaan tidak akan berubah.

‘‘Jadi saya menubuhkan negara Liberland yang mendukung fahaman kebebasan,’’ katanya yang kini bertindak sebagai Presiden negara itu.

Negara kecil itu terletak antara tebing Sungai Danube, kawasan yang didakwa tidak pernah dituntut oleh Serbia dan Croatia.

Kawasan itu diisytiharkan sebagai sebuah negara pada 13 April lalu.

Kelmarin, 100 orang pertama tiba di negara baharu itu diberikan kerakyatan kehormat.

Lebih 300,000 orang dari seluruh dunia telah memohon untuk mendapat kerakyatan negara itu, walaupun Liberland tidak diiktiraf oleh negara lain.

Menurut Perlembagaan negara itu, semua orang boleh memohon kerakyatan, kecuali mereka yang berfahaman Komunis, Nazi atau mempunyai latar belakang pelampau dan jenayah.

Sumber : utusan malaysia

No comments:

Post a Comment