SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi komitmen kedua-dua negara dalam memastikan kejayaan projek rel berkelajuan tinggi (HSR) menghubungkan republik itu dan Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Singapura-Malaysia di sini, kedua-dua pemimpin bagaimanapun berkata sasaran awal projek itu dijadual siap pada 2020 perlu dinilai semula berdasarkan skala dan kompleksnya projek itu.
HSR adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini dan telah mendapat banyak perhatian, baik di dalam negara mahupun antarabangsa, dengan banyak negara menawarkan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bagi projek itu.
Kedua-dua pemimpin juga amat teruja dengan sokongan dan perhatian daripada komuniti global dan tidak sabar untuk meneruskan projek ikonik pencetus perubahan itu, yang akan menambah baik rangkaian perhubungan, memudahkan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura dan pada masa sama meningkatkan rangkaian perniagaan serta mengeratkan hubungan rakyat dengan rakyat.
Mengambil perhatian perkembangan projek itu berjalan lancar, kedua-dua pemimpin berkata persetujuan telah dicapai bagi dwikonfigurasi lokasi bersama Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), jalur frekuensi khusus untuk operasi HSR serta mengenal pasti lokasi depot dan kemudahan yang stabil di Malaysia. - Bernama

No comments:
Post a Comment