nuffnang

Wednesday, June 22, 2011

Sultan Murka Johor Masih Kotor

Yang tidur itu moleklah berundur...!
BATU PAHAT 21 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan tahap kebersihan di negeri ini yang amat memalukan sepanjang pemerhatian baginda semasa Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011 yang berakhir hari ini.


Baginda menegur Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat swasta yang mendapat kontrak memungut sampah yang disifatkan tidak melakukan tugas dengan sempurna dalam memastikan kebersihan.

"Tiap-tiap daerah ada 24 ahli majlis yang mana kerajaan bayar RM500 elaun tiap-tiap bulan, tetapi kira-kira 93 peratus tidur.

"Tak ada langsung beri pandangan, beri idea-idea bagaimana hendak bersihkan daerah. kepada ahli majlis yang tidur itu moleklah berundur," titah baginda pada sidang akhbar selepas merasmikan Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di sini, hari ini.

Turut mengiringi baginda ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Penasihat MAIJ, Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin.

Sultan Ibrahim bertitah, pihak swasta yang diberi kontrak memungut sampah di negeri itu dilihat gagal meningkatkan mutu perkhidmatan berbanding sebelum perkhidmatan itu diswastakan.

"Beta minta Kerajaan Persekutuan ambil tindakan yang serius kerana kalau syarikat-syarikat swasta ini tidak boleh buat kerja, serah balik kepada kerajaan negeri untuk menjalankan kerja pungutan sampah.

"Ada juga contohnya di Kluang, lori memungut sampah berkurangan. Dahulu ada 25 lori, tetapi kini tinggal 15 buah sahaja. Jadi, pungutan sampah tidak mengikut jadual," titah baginda.

KMJ 2011 edisi ke-14 yang bermula Sabtu lalu dan merentasi 10 daerah di Johor melabuhkan tirainya hari ini.

utusan

No comments:

Post a Comment