LAMANYA masa perkahwinan membuat agenda seks membuahkan kebosanan. Agar terhindar dari ancaman tersebut, ikuti panduan ini.
Adakah anda mengalami kebosanan kerana pernikahan yang telah lama berlangsung sehingga agenda ranjang mulai menjemukan? Jangan bimbang untuk menghadapinya. Anda hanya memerlukan beberapa pembaharuan dalam perhubungan sehingga acara bercinta menjadi sebuah agenda segar yang selalu dinantikan…..
Perbanyak kebersamaan dengan pasangan
Ketika tidak ada anak-anak dan rutin kerja sedang cuti, pilihan terbaik adalah menggunakan waktu tersebut dengan sebaik-baiknya untuk meluangkan kebersamaan dengannya. Tinggalkan pesan di telephonenya dan ajaklah dia untuk keluar bersama atau pergi bercuti sementara anda menitipkan anak-anak dengan ibu mertua atau pengasuh. Memberikan waktu intensif berdua selama beberapa ketika akan membuat kebersamaan anda berdua kian intim. Jika tidak sempat keluar rumah, melakukan agenda menonton film bersama di tempat tidur dan diakhiri dengan sesi bercinta menjadi sesi paling intim yang boleh dicuba. Bersenang-senang
Ada sebuah kajian terbaru yang menyatakan bahawa pasangan yang menikmati kegiatan di luar bilik seperti menari atau berjoging akan melahirkan kebersamaan lebih hebat. Nah, tak ada salahnya untuk memperbanyak aktiviti fizikal bersama sehingga kedekatan antara anda dan dia kian intim.
Selain mengintimkan kebersamaan dengan bersenang-senang bersama, aktiviti sukan seperti meditasi atau berenang boleh menjadi medan yang mendekatkan keintiman sekaligus meningkatkan tenaga anda. Hasilnya, pasangan anda pun jadi lebih seksi dan stamina ranjang pun lebih hebat.
Manjakan tubuh
Jangan lupakan rawatan diri yang membuat anda kelihatan lebih cantik dan menarik. Cuba bercermin dan perhatikan wajah dan tubuh anda sama ada anda sudah mulai memerlukan perawatan wajah atau belum? Atau bilakah terakhir kali anda melakukan perawatan kuku atau jari? Segeralah manjakan tubuh anda sehingga kepercayaan diri lebih terpancar ketika sesi bercinta bermula.
Berikan sentuhan inisiatif
Jangan menunggu dia untuk memberikan kehangatan. Bersikaplah spontan baik dalam memberikan ciuman, pelukan atau membuatnya tidak tahan dengan menahan hasrat seks sementara waktu. Biarkan rasa ghairahnya terwujud pada waktu berikutnya sehingga luapan hasrat seksual kian membara.
Anonymous
No comments:
Post a Comment