Apabila Nazri Aziz umumkan penyelesaian bagi 86 orang pelajar yang bermasalah dengan biasiswa JPA,begitu jelas, Melayu akhirnya terkulai. Tiada mana-mana pihak yang mampu bersuara bagi pihak Melayu. UMNO yang kerap melaung-laungkan cerita kononnya memperjuangkan dan mendaulatkan bangsa, lebih sibuk bercerita tentang keuntungan kapitalis-kapitalis yang berwajah GLC.
Nur Jazlan anak Mat Rahmat yang hidup, membesar dan kaya-raya kerana UMNO, bahkan menjadi Pengerusi UDA Holdings atas kapasiti UMNO juga, sudah boleh gelak besar sebab pemimpin-pemimpin UMNO yang lain berkongsi pandangan, persepsi serta layanan terhadap Melayu-Bumiputera sepertinya.
MCA berpuas hati. MIC juga berpuas hati. DAP tepuk tangan sebab 'kedua-dua anak buah' berjaya membuat desakan. PAS dan Melayu PKR tumpang bertepuk tangan bagi pihak DAP sebab 'perjuangan' mereka untuk menghapuskan Melayu-Islam sebab bimbangkan ASSOBIYYAH telah pun membuahkan hasil.
Daripada 86 orang pelajar yang menerima biasiswa JPA yang dibisingkan dalam tempoh beberapa minggu lalu, ini adalah pembahagiannya:
Cina - 71 orang
India - 11 orang
Melayu-Bumiputera - 4 orang
Ternyata kerajaan akhirnya tunduk kepada tuntutan dan kehendak para pemimpin kaum Cina sekalipun semuanya tahu, undi kaum Cina bukan untuk Barisan Nasional, bahkan keinginan mereka untuk melihat UMNO berkubur begitu ketara. Dari semasa ke semasa pun, para pemimpin Cina terutama dari DAP mahu melihat UMNO terhapus.
Malangnya pada masa yang sama, pembahagian biasiswa yang sepatutnya berlandaskan kepada Perlembagaan Negara telah dicabuli oleh UMNO sendiri. Kerana terlalu ingin mengambil hati meskipun mereka akan diludah, dikencing, dicerca, dimaki dan dicarut-carutkan, UMNO akur untuk menyerahkan sebahagian besar peruntukan biasiswa kepada Cina dan India.
Memang UMNO terlalu zalim! Zalim kerana terlalu mengikut kehendak undi! Zalim kerana tidak mengikut Perlembagaan Negara! Zalim kerana membenarkan sebarang anasir yang akan mengganggu gugat Perlembagaan selepas ini, hidup selesa tanpa rasa bersalah sedikit pun!
Dan kita akan dapat lihat, daripada 82 anak keturunan imigran yang diberikan biasiswa JPA itu, berapa ramai yang akan balik semula ke Malaysia untuk berkhidmat dan membalas balik budi kerajaan dan berapa ramai pula yang akan mengambil keputusan untuk lari ke luar negara selain menukar kerakyatan kerana kerajaan tidak melayan mereka melebihi kaum Melayu-Bumputera atas alasan mereka adalah aset negara?
Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, golongan itulah yang paling ramai lari dan golongan itulah yang paling banyak meletakkan syarat untuk pulang semula ke Malaysia menabur khidmat selepas mereka MENCURI dan MEROMPAK bahagian Melayu-Bumiputera dalam soal BIASISWA!!!
http://theflyingkick.blogspot.com
No comments:
Post a Comment