Friday, January 7, 2011

Kisah Tukang Besi Yang Mengambil Besi Dalam Api Dengan Tangannya

Di ceritakan daripada orang soleh: (kisah orang yang kehidupannya disibukkan dengan berbuat baik).
Satu hari aku melihat seorang tukangbesi, mengambil besi dalam api dengan tangannya, api itu tiada memberi mudarat bagi tangannya. Melihat hal yang demikian maka aku menjadi hairan, kerana kebiasaannya api memudaratkan”. Lalu aku bertanya kepadanya ..Wahai sahabat amalan apakah yang telah awak lakukan sehingga awak berani memegang besi dalam api dengan menggunakan tangan sahaja?”.


Jawab orang tersebut: “Sesungguhnya aku mempunyai jiran yang sangat cantik rupanya,sehinggalah aku tertarik dan jatuh cinta padanya. Tetapi cintaku hanyalah merupakan angan-angan sahaja dan aku tidak dapat memilikinya disebabkan wanita itu sangat warak.

Dengan takdir Allah satu hari terjadilah musim kemarau panjang sampai setengah tahun lamanya yang mengakibatkan semua tanaman kering dan susah untuk mendapatkan makanan serta air. dan banyak orang yang kebuluran.

Ketika itu datanglah perempuan itu kepadaku, lalu berkata: ..Berilah daku sesuatu makanan kerana mengharapkan keredhaan Allah”.

Maka aku berkata padanya: “Aku tidak akan berikan sesuatu makanan sehingga engkau serahkan dirimu padaku”. Lalu kata perempuan itu:”Aku tidak akan membuat maksiat dihadapan Allah”. Perempuan itupun pulang kerumahnya.

Pada hari yang kedua perempuan itu datang lagi dan berkata: ..Berikanlah sesuatu makanan padaku”. Aku berkata: “Tidak akan aku berikan makanan sehingga engkau serahkan dirimu padaku”. Mendengar kata-kataku itu lalu ia pulang kerumahnya.

Pada hari yang ketiga perempuan itu datang lagi dan berkata:”Berikan padaku makanan kerana mengharapkan keredhaan Allah, sesungguhnya aku sudah terasa sangat lapar”. Aku kata padanya: Kamu mesti serahkan dirimu padaku”. Setelah itu perempuan itu masuk kedalam rumahku, sehingga aku merasa sangat suka dan aku bahawa perempuan itu akan menyerahkan dirinya padaku. Tanpa membuang masa maka dengan segera aku menghidangkan makanan yang sedap-sedap, serta mempersilakannya untuk makan. Ketika itu ia bertanya: “Adakah engkau berikan makanan ini padaku kerana mengharapkan keredhaan Allah?”. Akujawab kata-katanya: ‘Tidak, aku berikan makanan ini padamu kerana aku berharap setelah itu engkau serahkan tubuhmu padaku”. Mendengarkata-kataku itu lalu ia keluar daripada rumahku dan pulang ke rumahnya sebelum menyentuh makan yang aku hidangkan itu.

Pada hari yang ke empat ia datang pula dan berkata: “Berikanlah padaku makanan kerana mengharapkan keredhaan Allah!” .Aku kata padanya: “Engkau mesti serahkan dirimu padaku”. Lalu perempuan itu masuk kedalam rumahku. dan pada kali ini aku sangat yakin bahawa ia akan menyerahkan dirinya padaku”. Kemudian aku hidangkan padanya makanan yang lazat rasanya. Tetapi perempuan itu tidak menyentuh makanan yang aku hidangkan. ketika itu. Allah menunjukkan kasih sayangnya padaku lalu aku berkata pada diriku sendiri: “Perempuan ini dapat menahan diri daripada segala perbuatan maksiat padahal ianya dalam keadaan sangat lapar, sedangkan aku tidak sanggup menahan daripada perbuatan maksiat, ketika itulah aku sedar dan hatiku dan memohon taubat daripada Allah serta mengutuk nafsu Syaitan yang merasuk diriku”. Setelah itu aku katakan pada perempuan ttu: “Silalah makan. makanan yang telah terhidang itu kerana mengharapkan keredhaan Allah”.

Apabila perempuan itu mendengar kata-kataku itu lalu ia berdoa: ..

“Wahai Tuhanku yang Maha pengasih. jika benarlah apa yang di perkatakan lelaki itu. maka haramkanlah dirinya daripada api dunia dan api akhirat”.

Allah memperkenankan doanya. Itulah yang menyebabkan api tidak memberi kemudaratan bagiku…

Pengajaran Daripada Kisah Diatas.
Ingatlah wahai saudara-saudaraku, manusia yang melakukan zina akan tercatit dalam dirinya satu catitan hitam yang akan menghantuinya sepanjang hidupnya. Manusia yang melakukan zina adalah seperti seseorang yang telah putus asa, kemudian dia meminum racun untuk membunuh diri. Apabila dia sudah minum racun tersebut kemudian baru dia sedar akan kemurkaan Allah dan dosa yang ia telah lakukan. Dikala itu ia sudah tidak tahu apa yang hendak dia lakukan.

Wahai saudara-saudaraku, jauhilah dari melakukan kerja- kerja maksiat, Allah sentiasa melihat kita walau dimanapun kita berada. Kalau masih mahu melakukan juga kerja maksiat, carilah tempat yang Allah tidak melihat kamu. Kalau kamu dapat mencarinya mungkin tempat itu ialah untuk kamu sendiri yakni wad orang gila.

www.malaysiaria.com.my

No comments:

Post a Comment