Tuesday, January 18, 2011

Benarkah Pas Perjuangkan Islam?

PAS menegaskan mereka memperjuangkan Islam. Ideologi mereka ini berjaya menarik ramai orang Islam untuk berasa diri telah menyahut seruan Allah untuk berjihad menegakkan negara Islam, hudud, mencegah maksiat, arak, zina, judi, hiburan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Itu asas kepada penyertaan ramai ahli Pas kerana mereka percaya Pas menegakkan kebenaran dan UMNO bertanggungjawab melakukan kemungkaran. Pas sahaja yang benar dan UMNO sahaja yang salah.

Jika hujan, banjir, tanah runtuh, taufan dan segalanya kerana kemurkaan Allah pada UMNO dan jika terjadi pada Pas itu adalah ujian Allah, jika ahli UMNO mati, sakit, menderita, ditangkap dan segalanya kerana dosa mereka dan jika ahli Pas pula kerana syaitan dengki melihat mereka senang.

Jika kilang arak dibuka UMNO dituduh menghalalkan yang haram, jika Pas pula dikatakan itulah Islam sebenar bertolak ansur dengan agama lain sehingga mahu dibina kilang arak lagi, jika UMNO yang bekerjasama dengan bukan Islam, ditangkap basah, maksiat, judi dan segalanya, UMNO dihukum kafir, jika Pas yang melakukan semua itu dikatakan Allah sudah ampunkan dosa, tidak mengapa dan macam-macam lagi.

Dipendekkan cerita, Pas semua betul dan UMNO semua salah. Kita memahami akan Dasar Penubuhan Negara yang dipersetujui semua wakil kaum dan agama, tetapi mereka yang bermanfaat sering memainkan isu ini untuk meraih sokongan dengan mendorong rakyat kepada penentangan.

Sedangkan pemanupulasi ini sedar, cara untuk merubah Dasar Penubuhan Negara adalah melalui undian 2/3 Ahli Parlimen (MP).

Ini kerana keikhlasan merubah Kedaulatan Undang-Undang Negara bukanlah di jalanan, di pembesar suara, di mana-mana tetapi di Dewan Tertinggi Negara. Para pemimpin Islam yang berjumlah 130 orang di Dewan Parlimen (23 Pas, 16 PKR, 4 Bebas, 87 BN) hanya perlu bekerja keras meyakinkan 15 lagi MP yang bukan beragama Islam untuk menegakkan hukum Islam sebagai undang-undang negara.

Islam adalah agama yang benar. Asas kepada penubuhan negara Islam adalah menegakkan kebenaran dan meruntuhkan penipuan. Benarkah ahli Pas perjuangkan Islam? Jika benar, mengapa mereka tidak mendesak Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang untuk mendesak menafikan tuduhan Ummi Hafilda ke atas Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Shamsidar dan anak yang dikatakan anak Anwar?

Lakukan ujian DNA ke atas keempat-empat mereka dan lihat DNA anak tersebut sama dengan Azmin atau Anwar? Maka tertegaklah kebenaran dan hancurlah penipuan. Jika tidak cukup Islamik, Datuk Seri Anwar, Azmin dan Shamsidar perlu bersumpah. Jika tidak cukup juga, Datuk Seri Anwar dan Azmin perlu bersumpah di atas mimbar Khutbah Jumaat menafikan perkara itu.

Bukankah itu harapan kita semua untuk menegakkan Islam? Malahan, jika benar anak gadis itu anak Anwar maka adalah haram bersentuhan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Haram duduk serumah berduaan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Jika anak itu berkahwin dan diwalikan bukan bapa sebenar, maka perkahwinan tidak sah dan ramai lagi anak haram akan lahir. Jika tidak benar dan anak gadis itu anak Azmin yang sah maka terbelalah maruah beliau, Azmin, Shamsidar dan Datuk Seri Anwar yang sering "dituduh" rendah moralnya.

Bangunlah ahli Pas, kita cegah kemungkaran dan mengelakkan kemurkaan Allah. Percaya pada janji Allah, kebenaran akan tertegak dan penipuan akan tersungkur. Jihadlah, selamatkanlah masa depan dan syurga anak gadis yang tidak berdosa itu.

Jika anda tidak menyahut cabaran ini, maka perjuangan anda menegakkan Islam dalam Pas hanyalah palsu dan menipu diri sendiri tapi tidak mampu menipu Allah.

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Batu Caves, Selangor

2 comments:

  1. pas dan umno sama sahaja..kita tak tahu sebab kita bukan berada dalam keadaan itu...tak tahu siapa yang salah dan benar...masing2 simpan rahsia ,,kesalahan yang disembunyikan, mane kerajaan yng betoi ?,mampukah orang yang ditindas untuk bangun untuk mempertahankan nasib diri bila orng sekitar tak ambik peduli . tak siapa tahu siapa yang salah dan benar ,,hanya ALLAH yang tahu..jangan tuding jari jika berlaku sebarang masalah ....kerna tanpa kite sedari kita juga menjadi penyumbang kepada masalah tersebut...tak lakukan tangjwb kite sebaiknya..kerana ape..kerana kite lemah dan tak mampu sehingga sanggup tengok org lain juge musnah

    ReplyDelete
  2. En Mustakim, kejaan yang awak banggakan tu dah lebih setengah abad meneraju pemerintahan negara. Sepatotnya awak pun dah tahu berapa orang pemimpin awak yang betol betol iklas mahu memajukan negara dan berapa orang pulak yang jadi tukang songlap dana kejaan
    Apabila group awak gagal membela nasib orang Melayu, apa salahnya jika kita berpakat mengubah kerajaan sepenggal dua beralih angin kata orang. Mana tahu pasokan yang selama ini awak sentiasa perlekeh rupanya apabila diberi kepercayaan mereka dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik dan memberansangkan
    En Mustakim, jika sekiranya mereka ini menunjukkan reputasi yang terok maka kita rakyat boleh mengubah kerajaan kembali kepada yang asal
    Negara negara maju yang lain telah lama mengamalkan cara begini sehingga mana mana kuasa politik dalam negara mereka sentiasa berusaha memberi yang terbaik di kalangan mereka silih berganti, hasilnya negara mereka terus maju, tetapi sungguh malang bagi kita kerana rakyat sebahagian besarnya mudah merasa selesa dan terjamin lantas enggan menukar kerajaan walaupun mereka mendapati kerajaan menunjukkan reputasi yang semakin lemah. Situasi sebegini bukan sahaja berpunca daripada rakyat sahaja malah dorongan di pihak kerajaan juga telah mempengaruhi kewarasan pertimbangan rakyat sehingga mereka tetap berkata elok dan baik pada hakikatnya kerajaan sedang menindas rakyat
    Saya selalu berharap majoriti rakyat akan sedar kepincangan kerajaan dan bersedia untuk berubah demi kebaikan bersama

    ReplyDelete