Monday, January 3, 2011

Doa Seorang Sahabat

Sebuah kapal karam di tengah laut akibat badai dan ombak hebat.

Hanya dua orang lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang terselamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal bersendirian di sisi-sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang kedua tetap kosong.

Seminggu kemudian, lelaki yang pertama merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sebelah tempat lelaki pertama itu tinggal. Sedangkan di sebelah tempat tinggal lelaki ke dua tetap tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian, dan makanan. Keesokan hari, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap tidak mendapatkan apa pun. Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan bersiap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Dia memutuskan untuk meninggalkan lelaki kedua tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima berkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Selepas kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit menggema,

“Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”

“Berkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doakulah yang dikabulkan,” jawab lelaki pertama.

“Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak perlu mendapat apa-apa,” sambungnya lagi.

“Kau salah! Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya dikabulkan. jikalau tidak, maka kau takkan mendapat apa-apa.”suara itu membentak membahana.

“Katakan padaku, doa apa yang dia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?” tanya lelaki pertama itu.

“Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!”

Nota kaki: Kesombongan membuatkan kita merasa lebih baik dari orang lain. Sedarilah betapa banyak orang yang telah berkorban segala sesuatu demi kejayaan kita. Tidak sepatutnya kita mengabaikan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu hanya dari “yang terlihat” sahaja. Sesungguhnya semua perhitungan di tangan-Nya.

...malaysiaria

No comments:

Post a Comment