Wednesday, April 29, 2020

UEC-PISMP: Jiao Zong Degil Dengan Tuntutan Perkauman

Alasan untuk jadi guru Bahasa Cina di SJKC hanya helah mereka
BANGI – Pertubuhan radikal, Jiao Zong mengambil ‘peluang’ melakukan gerak kerja mereka memperjuangkan isu pendidikan Cina termasuk isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), walaupun negara kini sedang berdepan wabak COVID-19.

Terbaharu, Jiao Zong memuat naik kenyataan di Facebook menggesa calon yang memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan–UEC (PISMP-UEC) untuk kategori SJKC, menyemak Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temuduga.

Pertubuhan rasis itu menggesa calon yang tersenarai untuk ujian bertulis dan temuduga bagi kategori SJKC mengikuti tarikh yang telah ditetapkan untuk menduduki ujian bertulis dan temuduga secara atas talian, bagi mengelakkan tanggapan bahawa calon tersebut tidak berminat.

Jiao Zong juga meminta calon yang memenuhi kelayakan permohonan, tetapi tidak tersenarai untuk ujian kelayakan calon guru bagi kategori SJKC untuk menghubungi pertubuhan itu bagi membuat aduan.

Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris berkata, kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya membatalkan pengambilan pelajar UEC untuk mengikuti PISMP kerana bercanggah dengan Dasar Pendidikan Nasional.

Walaupun pengambilan khas PISMP bagi calon laluan khas UEC sudah dilaksanakan sejak 2011 – ketika pentadbiran Barisan Nasional – kini perpaduan negara telah tergadai, justeru perlu ada tindakan dari sekarang.

“Boleh lihat sendiri jurang perbezaan antara pelajar Melayu dengan Cina, apabila ramai pelajar Cina masih tidak fasih berbahasa Melayu malahan ada di kalangan mereka yang langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan walaupun negara telah merdeka lebih 60 tahun.

“Jadi, jika mereka kata alasan diterima masuk semata-mata atau khasnya bertujuan untuk mengajar atau menjadi guru Bahasa Cina di SJKC, saya amat yakin itu adalah helah mereka sahaja,” katanya kepada Ismaweb.

UEC adalah sebuah silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.

UEC juga membelakangi Perlembagaan Persekutuan apabila dilihat seolah-olah tidak mengiktiraf Perkara 153 iaitu bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan. - www.ismaweb.net

1 comment:

  1. Haramkan jer pertubuhan ni. Suruh mereka balik ke cina jika masih hendak uec.

    ReplyDelete